Sunday, 22 May 2022

Majlis Permuafakatan UPKK SRAI & Mesyuarat PIBG SMKA

Busy kami suami isteri semalam ☺️

Ummi joined Majlis Permuafakatan Tahun 5 & 6 sempena UPKK/PSRA. Majlis diadakan secara atas talian. 

Tahun ni UPKK akan diadakan seperti sebelum PKP. Akan ada ujian bertulis macam Abang dulu (2019).

Jadual peperiksaan pun dah keluar...

Simpan sini untuk mudahkan rujukan. 

Ini pula perancangan sekolah untuk kecemerlangan UPKK. Mudah-mudahan segala yang dirancang dipermudahkan-Nya 🤲

Penutup majlis, bacaan akujanji murid. 

Manakala, Walid pula ambik giliran menghadiri Mesyuarat PIBG di sekolah Abang. 

YB Menteri Agama tak datang pun, hantar wakil. Nampak dalam TV, beliau ada event di Terengganu semalam. 

Kata Walid, sambutan ibu bapa sangat menggalakkan alhamdulillah. Ada pemilihan AJK PIBG, setiap tahun. Sesi lepas ayah Nawal terpilih jadi YDP (undian online). Tahun ni beliau undur diri sebab banyak komitmen lain dan tuntutan kerja hakiki. Sewaktu beliau jadi YDP PIBG SRAI dulu, sumbangan dan ketokohannya sangat menonjol. Walid pula tercalon untuk jadi AJK. Tapi, undian memihak kepada bekas pelajar batch pertama SMKA ni. Terbaik! 

Batch ke-35 🤩

Sibuk dengan program/mesyuarat dan tuition Angah sebelah petang, terlupa ada jemputan open house. Maaf ye Nuzul, 
Ummi lupa. 





Saturday, 21 May 2022

Resepi ~ Kari Ayam & Nangka Muda

Ada kisah sebenarnya tentang nak beli ayam semalam. Seperti biasa, kalau ke pasar Ummi suka beli ayam dekat Adik Ayam :)

Tapi, semalam dia kata "ayam dah habis Kak!" . Aik, belum pukul 8.30 pagi ayam dah habis... Yang tinggal ayam pencen dan ayam kampung. 

Mujur stok ayam di gerai gerai 'Kak Ikan' masih ada. Ummi beli 2 ekor macam biasa. Pelanggan-pelanggan yang datang kemudian macam dah berebut-rebut... Pegang yang ini, orang tu punya...pegang yang lagi satu, pun dah bertuan 😇😇😇

Rupanya ada isu tentang bekalan ayam segar sekarang ni ye, terutama di negeri Selangor. Kesian pula pada yang nak buat kenduri ke, open house ke musim-musim raya ni :( 

Berbalik kepada tajuk, semalam Ummi beli juga nangka muda. Hari ni Ummi buat masak Kari Ayam bersama Nangka Muda. 

Lauk ni kalau ada kenduri di kampung, femes ni! Regu dengan ikan goreng atau ikan masin dan ulam serta sambal belacan. Kalau ada kerabu tauge ke, pucuk paku ke lagilah umph! 

Resepi: Kari Ayam bersama Nangka Muda
Sumber: HaSue

Bahan-Bahan
Nangka muda yang sudah dipotong - Ummi rebus dulu hingga nangka empuk
3 s/m serbuk kari ayam/daging - bancuh dengan sedikit air utk dijadikan pes 
Ayam - dipotong kecil 
 Minyak untuk menumis
100ml susu cair @santan cair - Ummi guna satu pek kecil santan segar 
Garam/gula/perasa(jika suka) secukup rasa

Bahan Tumbuk Halus 
1 tangkai cili merah - Ummi guna 5 biji cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cm halia
1 sudu mkn belacan - 1 inci belacan

Cara-Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau
2. Masukkan pes kari ayam (serbuk kari ayam/daging + air) dan tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan ayam dan reneh hingga ayam kecut dengan api perlahan
4. Tambah sedikit air. Kemudian masukkan nangka dan biarkan hingga ayam dan nangka empuk
5. Masukkan santan, garam dan sedikit gula. Kacau sebati. Biarkan kuah mendidih seketika. Tutup api. Siap!

Resepi ni Ummi kongsi ikut pemahaman dan cara penyediaan Ummi. Untuk keterangan lebih jelas sila ke blog HaSue ye. Terima kasih banyak atas perkongsian resepi ni 🌹 Sangat sangat sedap hasilnya, alhamdulillah. 

Kari sebegini Ummi suka kuahnya cair sedikit. Kalau campur kentang, kena pekat. Selera masing-masing :)

Selamat mencuba 🤗 

Thursday, 19 May 2022

Dinner di Jees Seafood Sri Gombak


Memandangkan hari Jumaat tu penat memasak secara back-to-back untuk jamuan raya sekolah dan office, makanya malam tu ajak Walid makan di luar. Nak makan tomyam ..

Walid tanya nak makan di Jees ke Wira, Ummi ikut aje. Balik dari kerja Walid terus singgah di Jees Seafood Sri Gombak buat reservation. Di Wira biasanya lebih crowded. Kami nak makan dalam suasana lebih tenang dan selesa. Lama ni mengidam nak makan tomyam. Asyik-asyik layan mamak je, sebab depa je  yang buka lepas raya hari tu... 

Licin  😂

Kami ordered ;
Tomyam Ayam
Siakap 3 Rasa
Sup Sayur
Telur Dadar
Nasi Putih
Teh O ais & Teh Ais 
Total: RM106

Paling sedap Siakap 3 Rasa tu. Walaupun agak pedas tapi anak3 boleh makan.  Lauk tomyam dan sup sayur tu kami bungkus bawa balik sebab masih banyak berbaki. Bahagian yang tak termakan ni selalunya Ummi anggap portion Abang ☺️ Kalau Abang ada sekali, confirm tak berbaki :) Hati ibukan, tetap ingat anak.

Alhamdulillah, finally our craving for tomyam was satisfied :D 








Tuesday, 17 May 2022

Nawfal Nak Raya

Ahad malam kami layan telefilem Nawfal Nak Raya. Sebab esoknya cuti (Wesak Day hari Ahad) bolehlah tidur lewat. 


Telefilem ni mengisahkan seorang kanak-kanak yang berusaha mengumpul duit dengan mengutip botol plastik dan tin minuman untuk dijual, ambil upah angkat barang di pasar dan tolong Abg Lan Naga berniaga jagung bakar dan rebus. Tujuan dia nak beli baju raya, sedondon dengan crush dia, Zara; warna biru tikus 😂😂😂 Biru turquoise sebenarnya tapi dia salah dengar & nak cepat sebab ayah Zara tu garang haha ... 

Ayah Nawfal (Beto Kusyairi) keluar negara mencari rezeki, tak kirim khabar berita selama 3 tahun. Ibunya (Nadiya Nissa) yang bersusah-payah mencari rezeki untuk menampung kehidupan mereka dua beranak. Jalan cerita simple saja tapi sesuai ditonton bersama anak-anak. Pelakon pun hanya Beto & Nadiya je Ummi kenal. Tapi, pelakon pembantunya, Cik Ijah sangat menonjol lakonannya. Anaknya, Rosyam Nor (kemain namanya 😂) kawan baik kepada Nawfal. Cik Ijah & Rosyam ni kelakar, tidaklah rasa sarat sangat telefilem ni w/pun Nawfal dan ibunya menghadapi pelbagai ujian semasa ketiadaan ayahnya. 

Yang menarik perhatian kami, of course-lah nama watak utamanya tu, Nawfal :) Ejaan nama tu sebijik macam nama Angah hehe... Selalu orang eja Naufal, tapi yang ini Nawfal sama dengan Angah. 

Yang baju oren tu Rosyam Nor :D 

Ending? 
Ayah dia balik, belikan dia baju Melayu warna turquoise 🤩 Eh, jangan ingat happy ending. Baju ayah dia beli tu tak muat dengan dia. Saiz 3 tahun lepas 😂😂😂 Meraunglah si Nawfal dalam bilik "Nawfal nak raya!!!"


Monday, 16 May 2022

15 Syawal ~ Beraya di Rumah Toktam

Sebelum tu nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga guru. Anda semua insan terpilih yang sangat besar jasa baktinya pada setiap insan. Mulianya jadi guru, hingga akhir hayat dipanggil orang dengan gelaran "cikgu". 

Credit source. 

Berbalik kepada tajuk, semalam kami ke rumah Toktam untuk beraya. Jemputan open house Toktam sentiasa dinanti dan pasti tak sanggup nak dilepaskan. Rugi, makanan sedap-sedap  :D 

Toktam Rah dan adik-beradik dia semua handal memasak dan they are very close to each other. Setiap kali ada sesi makan-makan depa akan berganding bahu memasak dan melayan tetamu. Kiranya kami pun kenal dan mesra dengan keluarga sebelah Toktam Rah. 

Kek Oren Wanchu ni paling sedap pada Ummi. Tak pandanglah RV dengan kek batik tu, asyik ulang kek oren ni je...

Ummi makan di dapur, mengadap tingkap ni...  Ralit tengok view cantik sambil tangan menyuap nasi. Hujan pula time tu ... 
Asyik! 

Lumayan collection depa semalam 🤭
Tq Toktam, Makngah Yati, Maklong Fida & Paktam Faiz. 

Walid beli lemang 2 batang sebagai buah tangan. Dah sampai Sri Gombak masa otw balik, baru teringat lemang ni! 

Rezeki kami anak-beranaklah nampak gayanya. 



14 Syawal ~ Berkelah di Sekolah

Ambil kesempatan kelonggaran yang diberi oleh KPM, kami ke asrama melawat Abang. Lama tunggu kesempatan ni sebab ikut kata mak-mak yang lebih senior, seronok berkelah dengan anak-anak di asrama :)

Sabtu kami datang tak bawa apa pun. Sebab first time kan... W/pun dah tahun ke-2 anak di asrama, ini kali pertama dapat melawat. Tahun lepaskan banyak duduk di rumah berbanding asrama. Datang dropped barang pun tak boleh berbual, kena jaga jarak dsbnya. 

Ada parents bawakan anak-anak food. Kami beli je makanan di kantin; pisang goreng cheese, nasi goreng kampung dan air. Nampak kawan-kawan Abang di meja hujung, belanja air dekat depa. Bukan apa, Ummi ni dulu budak asrama. Faham sangat bila dok asrama ni, lapaq sokmo :) 


Semalam datang lagi :)
Ummi bawa nasi dan lauk lunch. Kakak dan Angah dah makan nasi goreng di rumah, tapi nak juga makan dengan Abang. 

Ikutkan ada jemputan open house di USJ, rumah Uncle Syed. Jauh sangat, tak larat nak makan 'jem' :p Tahun ni makin selektif dalam berziarah. Kalau kenduri, Insha Allah kami datang. Kalau open house, prioriti pada rumah saudara-mara. Zaman beraya setiap hujung minggu dah berlalu haha... 

Anak-anak pun dah ada komitmen contohnya tuition. Jadi, tak boleh sesuka hati nak beraya sepanjang hari. Faktor usia pun sama :p 

Sunday, 15 May 2022

Menang GA SR x Mitch Memoir Budak Kampung

17/4 blogger Syazni Rahim @ SR dah umumkan pemenang Giveaway SR x Mitch Memoir Budak Kampung. Alhamdulillah syukur, nama Ummi terselit sebagai salah seorang pemenang. 

4 dari 28 orang peserta dipilih sebagai pemenang. Alhamdulillah.

Ummi simpan cerita ni sebab menunggu hadiahnya. Alhamdulillah semalam Ummi terima hadiahnya; buku Memoir Budak Kampung karya Sdr Mitch. 

Seronok dapat buku ni apatah lagi tebal isi kandungannya :) Cumanya belum sempat nak baca, baru Bab 1. 
Sebab sibuk beraya! 

Tapi, Bab 1 tu pun dah mengujakan Ummi. Kisah penulis dibawa ke pekan sehari (pekan sari) oleh ibunya. Ummi sendiri terkenang kembali memori zaman kanak-kanak bila sesekali dibawa ke pekan sari atau pasar malam oleh Tok. Berapa gembiranya hati bila dibelikan sesuatu oleh Tok. Kalau penulis memilih guli, Ummi biasanya minta Tok belikan cekak atau getah rambut. Dan berbeza dengan penulis, kami naik kereta prebet sapu atau bas ke pekan, penulis pula naik beca :) 

Bagi Ummi, buku ni benar-benar mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak. Yang lebih seronok, buku ni asyik kena kidnap dengan Kakak. Dia pun excited nak tahu tentang kehidupan zaman kanak-kanak 'kawan-kawan sebaya' Ummi haha... 

Terima kasih banyak SR dan Sdr Mitch atas penganjuran GA ni. Mudah-mudahan bertambah rezeki dan terus sukses untuk keduanya.