Tuesday, 27 January 2015

Pulut Kuning Pisang Raja



Assalamualaikum
 Salah satu perkara yg best bila jadi surirumah ni bila terasa je nak makan apa2 boleh terus je ke dapur buat apa yg patut. Provided that bahan yg nak dimasak tu ada di dapur :)

Hari ni saya teringin nak makan pulut kuning. Beras pulut memang ada. Biasanya kalau Mak datang rajinlah beliau masak pulut. Beras pulut yg ada tu pun lebihan Mak masak tempohari. Saya baru first time masak pulut ni. Kalau pulut tanak yg ala2 masak nasi tu pernahlah. 

Pagi sebelum majlis akad nikah Anas tempohari Mak masak pulut utk sarapan. Saya observe cara Mak dan try hari ni. Mak saya takde resepi/sukatan2 tertentu. Semuanya main agak2 je. Alhamdulillah it turns out so well. Di samping pisang raja yg hanya tinggal 3 biji je saya juga buat rendang ayam. Bang-aji tak makan pulut dgn pisang macam saya :)


Sewaktu saya belajar mengaji (muqaddam & al Quran) dengan Makteh sewaktu kecik2 dulu, ibubapa kami akan sedekahkan pulut pisang jika ada antara kami (anak2 murid) yang khatam muqaddam dan mula membaca al Quran. Sekali sekala ada yg hantar pulut bersama sambal bilis. Kami makan sepinggan 3-4 orang. Hidangan special bila ada yg khatam quran. Biasanya pulut bersama ayam bakar. Nikmat betul menjamahnya.

Saya cuma kepilkan disini nota utk diri sendiri, for future reference.
1. Bersih dan rendamkan beras pulut selama +-1 jam.
2. Panaskan kukusan. Kukus pulut tadi sehingga lembut.
3. Satukan santan, garam & serbuk kunyit. Gaulkan sebati dengan pulut tadi.
4. Kukus semula hingga masak.

Al fatihah utk Makteh yg telah kembali ke rahmatullah bulan puasa lepas. 

Monday, 26 January 2015

Super Crispy Fried Chicken


Assalamualaikum
 Sekejap tenggelam sekejap timbul puan blog ni :) sibuk menguruskan battalion tentera kecik saya :)

Hari ni saya nak share resepi best yg saya cuba semalam. Sumber resepi saya copy dari akhbar the star, ahad lepas. 

 Saya tambah sedikit maggi cukup rasa dlm bahan perapan.

Untuk coating, saya guna 4 sudu makan tepung gandum, 2 sudu makan tepung beras dan 1 sudu teh baking powder. Sebabnya saya takde stok all-purpose flour. 

Keadah menggoreng spt di bawah;


Notes for self: goreng dulu till golden brown. Toskan and check bahagian dlm dah masak belum. Jika belum goreng semula dgn mengenepikan (selak) sedikit bahagian yg crispy tu. 

Hasilnya tadaa.....


Yang bestnya dah tinggal seketul Bang-aji tanya "Ayamas ke Umi?"
Hello! 
Homemade la B :)

Selamat mencuba!

Wednesday, 21 January 2015

Cara mudah susun buku sekolah anak...


Bila Abang dapat buku teks minggu lepas, saya sangat teruja untuk 'mengerjakan' buku-buku tersebut - balut, tulis nama dsbnya. Ada beberapa buah buku yg masih elok berbalut jadi mudah sikit kerja saya. Cuma bab menulis nama tu yg lotih den! Bukan sekadar buku teks (akademik & agama) yg berbelas2 buah, dgn buku latihan lagi utk hampir setiap subjek juga buku kerja dan buku tulis. Lenguh tangan mokcik. Tahun depan saya dah usulkan dekat Bang-aji utk buat cop nama Abang. Senang & cepat gitu.

Sedang elok saya bertungkus lumus dgn buku2 Abang tu, kawan baik saya, Shad wasap satu gambar cara mudah utk susun buku anak2 ke sekolah. 


Alang2 dah ada good idea macam tu terus saya follow. Tapi saya upgrade sikit dgn menambah label (numbering) mengikut aturan subjek setiap hari. Tidaklah nanti Abang terkial-kial mencari buku dlm beg sekolahnya. 

Macamana nak buat tu?
1. Balut buku dgn wrapper plastik spt biasa
2. Ambil kertas warna/sticker berlainan warna (5 warna). Satu hari satu warna (isnin - jumaat)
3. Potong kecil2 dan lekatkan di atas wrapper plastik tadi dgn menggunakan double-sided tape. Labelkan mengikut subjek. Contoh hari isnin color codenya warna pink. Subjek pertama BM. Tulislah 1. Saya bahagikan pula buku teks (a) dan buku latihan (b). Saya tak lekatkan terus di kulit buku bimbang buku akan rosak jika ditanggalkan label tersebut. Maklumlah buku pinjaman. Tahun depan murid lain pula akan guna buku tersebut. Jadualnya pasti berbeza dari tahun ke tahun.
4. Lekatkan tape lutsinar (selotep) di atas sticker/label tadi agar ia kemas & tidak tertanggal. 
5. Setiap hari ambil buku mengikut kod warna yg sama sahaja. Susun dalam beg ikut numbering yg diberi berpandukan jadual sekolah. 



Sticker saya tak sama size... hantam sajalah labu..itu je yg ada. Huhu 


Akhir sekali lekatkan lebihan sticker tu pada jadual sekolah anak, takut lupa / keliru waktu nak susun buku.

Saya dah praktis method ni sepanjang minggu ni. Alhamdulillah sangat praktikal. 
 Jutaan terima kasih kpd pencetus idea ni. Moga Allah mudahkan urusan anda atas asbab anda telah mudahkan urusan saya :)
Barakallahu fik.

Tuesday, 20 January 2015

Logo Baru Pos Malaysia


Perasan tak pos malaysia dah ada logo baru? Saya tahu pun sebab Khamis minggu lepas Bang-aji ke majlis pelancaran logo baru Pos Malaysia di dayabumi. 

Bukan nak share pasal majlis tu sbb saya tak pergi pun...he he.. cumanya nak share souvenir yg Bang-aji bawak balik :) masa saya kerja dulu saya selalu bawak balik souvenirs utk Bang-aji. Maklumlah saya dlm line event management. Macam2 souvenirs yg saya dapat - pen, keychain, notepad, diari, pen drive dsbnya. Kebanyakannya masih tersimpan elok. 

Jom tengok apa yg ada dalam goodie bag Pos Malaysia hari tu; 

Saya dapat pen, T-shirt, cupcake, mineral water & bag.
Yang paling istimewa setem hari pertama...
Alhamdulillah rezeki saya.
Inilah logo baru depa
 Tak lama lagi dapatlah tengok postmen hantar surat dgn kenderaan berlogo baru serta uniform baru :)



Tahniah!

Monday, 19 January 2015

Makan Kenduri: Edisi Safar 1436H



Tersentak sekejap bila dengar deejay radio IKIM sebut tarikh bulan Islam semalam. Dah di penghujung bulan rabiul awal rupanya. Nak tak nak kenalah rajinkan diri up cerita kawin bulan safar tempohari, sebelum up cerita kawin bulan rabiul awal. Busy mokcik mengalahkan menteri :)

Pada bulan tersebut kami banyak keluar daerah utk makan kenduri. Bermula dengan kenduri Atun di trolak, (6 Safar) diikuti pula dgn kenduri Anas pada 13 Safar di sg petani kemudiannya kenduri Ali di Lunas pada 27 Safar. Makan kenduri edisi safar akhirnya dinoktahkan pada 28 safar. Satu majlis di bangunan tnb bangsar dan satu lagi di kejiranan kami. Kami rasa berbesar hati utk meraikan dan berkongsi kegembiraan di hari bahagia mereka.

Namun, ada juga majlis yg terpaksa kami let go, majlis kenduri Atim, bekas teman sepejabat. Ralat juga tapi sbb bertembung dgn kenduri Anas terpaksalah menguzurkan diri.

Semoga rumahtangga mereka diberkati oleh-Nya. Dilimpahkan rezeki yg berkat & zuriat yg soleh/solehah. Amin.

Akhir kalam;


Senyum.

Saturday, 17 January 2015

Nasi Lemak Kuning, Ayam Goreng Berempah



Assalamualaikum
 Dah seminggu tak bersiaran... bukan Apa, sibuk membiasakan diri dgn rutin harian Abang yg dah masuk sekolah. Nanti kita citer lain kali ye.

Dah lama teringin nak makan nasi lemak buatan sendiri. Tapi sebab Abang & hubby dah tak sempat sarapan di rumah, saya tunggu weekend baru masak nasi lemak ni. 

Saya buat nasi lemak kuning resepi cikpuan zalinah. Harum nasinya gabungan serai, daun land an juga halba. I like! 

Nasi ni saya gandingkan dgn ayam goreng berempah resepi k.amie. Dah berkali- kali saya guna resepi ni utk ayam goreng berempah. Utk sambal tumis, saya ikut respi k.sha masterchef.  Rindu dgn blog k.sha... sibuk menulis agaknya sbb tu dah lama beliau tak update blog. Jangan lupa telur rebus sama itu timun ye. Baru ngam. Regukan dgn teh o perisa strawberry dari Cameron Highlands yg ex-boss bagi. Memang terangkat :)

Selamat mencuba!

Monday, 12 January 2015

Abang Darjah Satu


Encem tak Abang?
Ramai cakap nampak macam budak darjah 4@5...hehe

Ini pula gambar dalam kelas...
Curi2 tangkap gambar dia dalam kelas.
Nampak steady je sampai Umi jengok pun dia tak perasan

Alhamdulillah bermula fasa baru dalam hidup Abang. Hari ni Abang mendaftar sebagai pelajar tahun satu. Semuanya mudah bagi Abang. Bangun awal, terus mandi dan solat subuh. Harap ianya berpanjangan menjadi tabiat baik utk Abang. 

Abang ditempatkan di kelas kedua. Untuk minggu orientasi ni pelajar dibahagikan mengikut abjad pangkal nama. Sudahnya kelas Abang hanya mempunyai tiga 'kuntum' bunga! Kebanyakan pelajar lelaki berpangkal nama Muhammad/ Mohd... huruf M... sebab tu majoriti pelajar lelaki :) rabu ni akan diadakan ujian utk tentukan kelas. Saya tak kisah je kelas mana pun... Abang pun baru darjah satu.

Stationary set ni hadiah dari maksu dia. Saya hanya beli pencil box je.

Memandangkan Abang anak sulung, kebanyakan peralatan dan pakaian sekolahnya semua yg baru. Rezeki dia.... harapan saya semoga dia menggunakan segala kemudahan yg kami sediakan dgn baik dan rajin belajar. Macam Umi dan Walid dulu2...:)


Alhamdulillah yuran dan buku-buku latihan semua dah setel. Buku teks je belum diperoleh. Insha Allah dalam minggu ni juga. 

Good luck Abang!