Monday 29 January 2024

Siakap 3 Rasa Express

Masak Siakap 3 Rasa ni Jumaat lepas. Express sebab guna paste segera yang Walid beli di Danok.

Panaskan dulu paste ni kemudian curahkan ke atas ikan yang siap digoreng. Senang sangat! Cuma dari segi rasa, bagi Ummi biasa² je. Rasa sos Thai tu overpowering, jadi tak pedas. Lebih kepada manis. Ummi pun lupa  nak tambah cili. Dah kata curah je :p

Siangnya dah menghabiskan seekor ikan siakap, malamnya makan nasi lemak bungkus ja ahak! 

Yang berdaun pisang tu beli dekat pasar malam. Yang lagi 3 tu rezeki dari surau. Alhamdulillah.

Lepas Isyak keluar ke SG, bawa baju² Abang ke laundry mart, bagi kering. 

Lepak dekat Nas Bistro sementara tunggu baju² dikeringkan. Bagus depa support فلسطين 👍 Walaupun ada typo, kita maafkan :) 

Itu malam, siangnya pun ada cerita gak... Lepas breakfast di Seha Kitchen, kami singgah di kubur. Walid nak ziarah kubur Abe, disamping ziarah kubur Tok. 

Balik rumah sempat lagi buat bunga rampai... Sebab nak makan lepas solat Jumaat dan menu pun senang jadi kita leha-leha dulu :D 

Sempat juga Ticket to Paradise ni...

Nanti² kalau ada yang pergi Siam, boleh cuba  paste ni selain Tom Yum paste yang macam Cik As bagi Ummi dulu.

9 comments:

  1. seronoknya ade pes mcm ni.. just curah jerk atas ikan.. jd ikan tiga rasa.. :D..

    ReplyDelete
  2. Pemberitahun pun bolehh....
    🤣

    ReplyDelete
  3. Saya baru tengok Ticket to Paradise semalam.

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang kena tambah juga 'perasa' lain supaya cukup rasa. Biasanya paste memang begitulah kan PH.

    ReplyDelete
  5. sos ready made memang memudahkan cuma rasa dia antara sedap dengan tak sedap la..

    ReplyDelete
  6. Siakap 3 rasa express....i like express2 nihhh

    ReplyDelete
  7. Betul-betul mudah dengan adanya pes ni. Next time kena tambah cili potong bagi pedas dan lagi umphh...

    ReplyDelete
  8. Haa paste tomyum tu ada jual PH. Saya guna paste tu buat tomyam semalam (30 Jan 2024). Sedap paste ni.

    ReplyDelete
  9. Saya biasa selalu beli tomyum paste di Malaysia. Kalo ke Thailand malah sering lupa, pdhl di negara asalnya yaa 😄.

    Lihat kuburan di atas, langsung ingat sebentar lagi ramadhan, dan belum sempat ziarah kubur ke papa mama mertua.

    ReplyDelete