Tuesday 2 January 2024

Pekan Ahad, Baling

Setelah bertahun² lamanya tak berkesempatan ke Pekan Ahad, balik kampung kali ni Ummi tak lepaskan peluang menyelusuri jalan-jalan kenangan :D Pekan Ahad ialah pekan sehari yang beroperasi setiap hari Ahad (pagi hingga tengahari). Dulu, kami ada Pekan Khamis, di Parit Panjang. Namun, seiring perubahan masa, dengan pelbagai jenis kedai, pasaraya dsbnya, Pekan Khamis hilang ditelan arus kemodenan. 

Nampaknya Pekan Ahad juga mengalami perubahan. Dulu, tapaknya besar, luas melimpah berhampiran stesen teksi Baling, Poliklinik Azhar dan tapak parkir berhampiran Pejabat Pos baru. Sekarang, ianya beroperasi di tapak pasar tani, berhampiran pasar. Keluasannya mengecil dan kemeriahannya juga turut berkurang :( 

Waktu ni hujan, tapi Ummi turun kereta juga. Abang, as usual jadi bodyguard aka tukang angkat barang :D 

Pucuk maman. 
Nak beli untuk Cik Leha tapi kami nak balik ke Jitra semalam dua. Cancel. 

Seger buger petainya. 

Inilah yang jadi idaman Ummi; ubi keling @ ubi kemili. Sekilo RM12. Sedap direbus bersama garam dan dimakan umpama makan ubi rebus atau dimasukkan ke dalam kari ayam, pengganti kentang. Kalau Ummi, Ummi rebus dan cicah bersama sambal belacan, buat ulam. 

Kacang poi. Dah jumpa Ummi beli juga sekilo, RM10. Rebus dan makan macam kacang rebus juga. 

Ikan sungai! 
Bakaq cicah ayaq asam sedap ni....

Ikan-ikan segar... 

Udang lipan, kesukaan arwah Pak Cik. 

Satu lagi hajat Ummi, kami panggil pulur (empulur) jagung. Ada juga menyebut sodek jagung. Tak silap, sebelah Kelantan disebut ketiak jagung. Pulur jagung ni sedap direbus bersama kulit dalamnya yang nipis dan dibuat ulam. Sedap juga dibuat masak lemak putih + suhun. Makngah pernah masak kari bersama ikan temenung. Walah! 

Siput kecor pun ada! 

Eh, Gulai Batang Pisang pun depa jual dah sekarang. Dulu tunggu kenduri baru dapat makan ☺️

Hujan makin lebat, jadi kami terpaksa berpatah balik. Apapun satu kepuasan bagi Ummi dapat ke Pekan Ahad yang dirindu :) 

Sebelum tu kami singgah sarapan di kedai berhampiran pasar ni...

Nasi Lemak tu ohsem! 

Murtabak panas-panas ni baru 4 ringgit. Jumlah keseluruhan kami 6 beranak makan nasi lemak bungkus, roti canai dan air pagi tu tak sampai RM30 pun! Itu yang seronok bila singgah makan di pekan kecil macam Baling ni. 

Dah la murah, sedap ya amat! Licin semuanya haha...





21 comments:

  1. Kacang poi tu lah kot linda jumpa kt nat perlis hr tu...
    Betul PH, kalau balik kg.. Seronoknya p pasar... Semua fresh2.. Makan pun murah2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, akk ada baca entry Linda tu.
      Sesekali layan juga kacang poi tu...tp akk lagi suka ubi keling:D

      Delete
  2. biasa dgr pekan rabu...kalini dgr pekan ahad...sronok dpt ke pasar tu....mcm2 nk di bli kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekan Rabu tu hari² ada MT :)
      Pekan Ahad ni Pekan sehari, hari Ahad je beroperasi

      Delete
  3. waahhhhh ikan segarrrr petaaaiii! ana pun suka pegi Pasar Pagi mcm ni puas hati nak beli brg basah hehe

    ReplyDelete
  4. Wah seronokkan tengok barang segar macamni.kadang pi pasar cmni bukan nak beli sgt tapi syok ronda tgk ikan sayur fresh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mama3A...
      Seronok tengok semua segar dan murah!

      Delete
  5. PH dah rebus semua ka ubi keling tu..Saya ada beli juga balik Kedah baru ni...Saya try buat pengat ikut cara orang siam...eh,sedap la dapa tekak saya..
    Kalau ada stok lagi..moh la try PH..nanti share

    ReplyDelete
  6. Ubi keling tu try buat pengat tengok PH...
    Saya pun baru ni beli ubi keling ni & try masak pengat ikut cara orang Patani..sedap pada tekak saya..Try la kalau masih ada stok ubi keling tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis dah ubi kelingnya pun MC :D
      Tapi first time ni dengaq ubi keling bole buat pengat. Ada rezeki nak buat la

      Delete
  7. sedapnya ubi keling rebus,lepas makan minum air kosong rasa manis je mulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ratah gitu ja Mama Pia kan...sedar2 habis semangkuk 🤭

      Delete
  8. Baru tahu empulur jagung buat lauk. Macam batang pisang juga ya cara masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain sangattttt cara masaknya NA but boleh dibuat lauk juga.

      Delete
  9. Haruslah teruja mengimbau kenangan silam kan PH heheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Mrs A...sesekali dapat peluang, kita ambil sepenuhnya ahak!

      Delete
  10. Kombinasi terbaik tu - murah dan sedap! Terliur tgk nasi lemak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap nasi lemak tu sis ...nasi lemak style kampung 😋

      Delete
  11. ubi kemili tu sha pernah beli online di shopee.. menarik rasa dia..
    Seronok kalau pergi pasar pagi ini.. macam macam ada..

    ReplyDelete