Saturday 6 January 2024

Bakso Simple

Ada lebihan meatball selepas masak Pasta Carbonara Homemade. Jadi, sarapan pagi Jumaat lepas Ummi masak bakso. Kuahnya Ummi tumis sebelah malam dan sebelah paginya cuma tambah meatballs. 

Ringkas je, apa yang ada di dapur je; kobis, bawang goreng dan sambal kicap. 

Resepi: Bakso
Sumber: RASA

Bahan Kisar Halus 
Bawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Halia
Buah keras - rendam seketika

Bahan² Lain
Bihun - dicelur
Meatballs 
Kobis - hiris halus memanjang
Bawang goreng 
Daun sup - jika ada 
Sos cili - Ummi ganti dengan sambal kicap  

Cara Penyediaan;
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus hingga naik bau
2. Masukkan 2 liter air @ secukupnya. Biar hingga mendidih dan perasakan dengan garam,gula dan serbuk perisa. Ummi letak 1 kiub ayam. 
3. Masukkan meatballs dan sesuaikan rasa. Bila kuah mendidih, tutup api. Siap! 

Nampak pucat sebab gambar sebelum Subuh 🤭 Sarapan untuk anak³ sebelum ke sekolah. Kalau letak sos cili berseri sikit kan... Sebenarnya Ummi tersilap, pi buat sambal kicap tu sebab dok teringat nanti² nak buat soto. Sambil memikir sambil buat kerja, gitulah. 

Apapun, alhamdulillah untuk rezeki yang diberi. 




14 comments:

  1. Asal sedap. Saya lagi suka sambal kicap.

    ReplyDelete
  2. Gitulah kita PH. Tangan buat kerja, memikir macam-macam. Kadang lain yang dirancang, lain hasilnya.

    ReplyDelete
  3. simple tapi menyelerakan. Saya baru tahu kena letak buah keras ya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki harini...bakso tambah cili kicap lebih nyum2 tp jgn lebih sgt nt skt perut haha

    ReplyDelete
  5. Hehehe.. betul tu, PH. Kalau bakso kena ada sos cili. Tak apalah, bend dah jadi. Biasalah mak² banyak fikir tapi nampak kejadian tu sedap dan mengenyangkan nak² jika banyak bebola dagingnya.

    ReplyDelete
  6. Yang ringkas itu ada ketika lebih sedap dari yg perfect🤭

    ReplyDelete
  7. Comfort food pagi2.. pasti sedap tu.

    ReplyDelete
  8. asal sedap dan boleh blend together, on je

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah rezeki...sedap ni

    ReplyDelete
  10. Walaupun simple tapi nampak sedap 👍🏻

    ReplyDelete
  11. Rasa nak masak macam ni la untuk bekal esok...agaknya rajin x SA ni...bukan apa..SA bila batuk and demam ni nak makan simple2 je..yang sup2 boleh segar badan ni kan...

    ReplyDelete
  12. lagi teruk saya nak masak lain yang jadinya lain...dah siap baru terlintas eh tadi aku nak masak tu tapi kenapa jd lauk ni..

    ReplyDelete