Wednesday 10 January 2024

Kursus Ikatan & Simpulan Daerah Gombak

Kakak dan Angah joined kursus ni secara online untuk dapatkan sijil bagi pemarkahan PAJSK. 

2 Jan lepas bawa balik sijil. Sepatutnya sebelum cuti sekolah tempohari tapi Cg Nas tak sempat bagi. 

Bayaran RM10, sekolah daftarkan. Walaupun dikelolakan oleh Pengakap tapi unit beruniform lain juga boleh turut serta.

Kena tonton video baru boleh jawab. Itupun berkali² ulang tengok sebab banyak perkara yang tak tahu, esp Kakak. Dia ahli BSMM (PBSM). Angah familiar sikit dengan jenis² Ikatan & Simpulan ni sebab dia ada belajar. 

 Markah lulus 80%, layak dapat sijil.  100 peserta pertama yang score 100% untuk first attempt, dapat sijil emas. Anak² Ummi 2-3 kali try baru lulus haha... Tapi, ada seorang dari SRAI dapat sijil emas ni 👍

Selain tu, SRAI antara 10 sekolah yang dapat plak untuk penyertaan terbanyak. Unit beruniform di SRAI hanya aktif peringkat sekolah. Jadi, bila ada peluang dapat sijil peringkat daerah begini, ramailah yang ambil peluang untuk sertai. 

Tahniah semua! 


9 comments:

  1. Lama dah tinggal lupa dah ilmu ikatan & simpulan ni.

    ReplyDelete
  2. Zaman kita ikat tali kasut pun macam macam style..hihihi

    ReplyDelete
  3. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete
  4. Bagus ni PH. Dulu Dania pun saya galakkan masuk aktiviti yang dapat sijil. Kalau sek men nanti....Form 5 pajsk ni ada markah 10% dan kena masukkan markah ni untuk apply universiti awam.

    ReplyDelete
  5. Oh! Boleh 2-3 kali. Oklah itu berjaya juga.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  6. SA pun dah lupa la ilmu pasal ikatan dan simpulan ni...x sesuai betul rasanya join Pengakap dulu..hahaha..tahniah anak-anak PH...

    ReplyDelete
  7. Zaman sekolah dulu ada juga belajar ikatan dan simpulan ni . Sekarang dh terlupa dah

    ReplyDelete