Sunday, 18 June 2023

Cupcake Coklat Kukus

I came across this recipe masa dok belek phone. Tengok bahan semua ada. Yang penting, mood rajin pun ada :D 

Resepi: Cupcake Coklat Kukus 
Sumber: My Resepi

Bahan-bahan A:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat 
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula - Ummi letak 1/2 cawan 

Bahan-bahan B (diayak bersama)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahan C:
1 sudu kecil esen vanilla 
3 biji telur gred A
Coklat chip

Cara-cara:
1. Satukan bahan-bahan A di dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana. Kacau sehingga tidak berketul. Tutup api dan biarkan sedikit sejuk.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji selang setiap seminit ke dalam bahan A tadi. Pukul sebati. (Ummi guna senduk kayu shj). 

3. Masukkan pula bahan-bahan B yang sudah diayak. Gaul sebati.

4. Kemudian masukkan esen vanilla dan gaul lagi sehingga sebati.

5. Sendukkan adunan ke dalam paper cups, taburkan coklat chips. (Ummi guna acuan plastic, paper cups takde). 

6. Kukus hingga masak (sekitar 20-30 minit). Nak tau dah masak ke belum, ambil lidi dan cucuk bahagian tengah kek. Jika melekit, kukus lagi. Jika tidak melekit/melekat pada lidi, dah masak. Tutup api. Siap!

Lembut, gebu-gebas dan kurang manis. I like...

Senang sangat. Lepas ni nak suruh anak⁴ je buat :D 








10 comments:

  1. Mesti seronok anak2 PH bila nanti dapat buat sendiri kek coklat kukus ni. Lepas tu, buat tambah frosting choc, melelehhhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk percubaan ni kita buat basic je, nanti² bole letak frosting semua. Tq SK bagi idea šŸ˜˜

      Delete
  2. dapnya...nak plak panas2 tu kan..yum yum

    ReplyDelete
  3. bonding time ngan anak- anak kat rumah buat kek sesama pun best kan PH....

    ReplyDelete
  4. Terasa pulak kita, bahan semua ada kat rumah, tapi mood rajin tak ada šŸ¤­šŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood tu yg penting PU, takde mood kek tak jadi w/pun bahan ada haha....

      Delete
  5. Lama x membaking... masa PKP je suka buat keja² baking ni... skrg ni alahai

    ReplyDelete
  6. ammi pun ada semua bahan tu...macam boleh je diprojekkan weekend ni

    ReplyDelete