Sengaja Ummi pilih frasa 'masuk jawi' supaya anak4 cakna bahasa orang lama :)
Kenduri kesyukuran untuk Asyraf ni diadakan pada hari Khamis 22/12. Inilah sebab utama kami balik kampung tempohari.
Menjelang Zohor Paklong hidangkan pula Mee Kari, alternative untuk yang tak nak nasi. Cuti sekolah, banyak kenduri.
Orang sini panggil pulut kucai. Belah Ummi panggil pulut kacau. Di sesetengah tempat, wajik kan? Airtangan Tok Kodiang ni. Ummi makan 2-3 ketul. Jarang dapat jumpa pulut kacau sedap, apatah lagi airtangan orang tua-tua.
Sebelah pagi majlis untuk jemputan wanita, ada bacaan Yasin. Lepas Zohor pula tetamu lelaki hadir dan ada bacaan doa selamat. Ini untuk penduduk perumahan ni la. Jemputan lain-lain (kawan-kawan, sanak saudara) tu datang je sepanjang majlis berlangsung.
Sepanjang hari jugalah kami berkampung di rumah Maklong ni. Dok ulang makan entah berapa kali.
Alhamdulillah! Anak teruna bongsu dah masuk Jawi.. Syukur! Ibu panggil WAJIK ada yang panggil Pulut Manis.. Dulu2 kenduri kendara mesti ada diorg gubah buat kelopak bunga letak didpn pelamin.. Kan?!! Ingat lagi x?! Zaman 80an awal 90an.. ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah Asyraf dh melangkah ke alam remaja seterusnya dewasa...temat SA dipanggil wajik..tp SA x berapa suka sebab manis
ReplyDeleteTerliur dengan gulai batang pisang.
ReplyDeleteLama tak dengar kosa kata "masuk jawi"..
ReplyDeleteBagus anak-anak dilatih cakna bahasa lama dan dialek daerah yang semakin dilupa..Tahniah Asyrah..
Meriahnya ..seronok berkumpul sedara mara ( kalau bahasa lama tempat kita sebut sedara mara tu sebagai beradik-beradik kan PH?)🤭
Musim masuk jawi kan skrg.. kalau sini tak panggil wajik.. kami panggil kuih tu 'nasik manis'
ReplyDeletetahniah Asyraf! semua lauk kenduri nampak sedap je PH. Lama tak makan wajik. Skrg mmg susah nak jumpa.
ReplyDelete