Pagi Ahad kami bersarapan di rumah Maksu. Tok Umi dan Tok Ayah dah bertolak ke Tasik Banding sebelum Subuh lagi. Sekejap je dapat jumpa depa.
Maksu beli nasi lemak bungkus, kuih-muih dan roti Arab. Ummi pula goreng mee Lada hitam dan panaskan nasi goreng Uda malam tadi.
Bila mak ayah takde tu, sempoi je kami bersarapan... Bersembang je yang lebih hihi... Time ni lah nak membawang :p
Letih berborak, Maksu bawak ke belakang rumahnya ... First time ni Ummi ke belakang rumah depa.
Teruja bila nampak pelbagai tanaman di sini. Paksu tukang tanam, Maksu tukang petik ja. Paksu ni tangan sejuk macam Tok Ayah. Subur-subur tanaman depa 😍
Pokok Lemuni
Daun pokok ni digunakan untuk buat nasi lemuni, hidangan istimewa negeri Jelapang Padi. Istimewa sungguh sampai Ummi pun belum pernah rasa ☺️
Ketumbar Jawa
Selain untuk tujuan perubatan, daun dan batangnya boleh dimasukkan ke dalam masakan tomyam. Aroma dia lebih kuat dari daun ketumbar biasa. Kata Maksu, kedai tomyam banyak guna daun ketumbar Jawa ni. Patutlah sedap!
Maksu sebut cemumaq :p Nama lain semeru. Inilah ulam favorite Ummi. Sedap pucuk cemumaq ni. Lemak-lemak gitu rasanya. Benih depa ambil di kebun Tok Ayah. Nanti ada masa nak pi cari jugalah:D
Pokok-pokok di atas pertama kalilah Ummi tengok. Sebab tu excited sungguh :D Tanam pun dalam pasu je tapi boleh hidup subur.
Lamanya Ummi tak makan ulam daun cekur ni. Dulu-dulu rajin ke Pasar Tani Melawati... sekarang dah malas... Situ banyaklah ulam-ulam kampung macam ni.
Subur kan? Ummi tanam sekali je hidup :( Dok semai lepas tu, dah taknak hidup pulak.
Pokok Kesum
Pun sama, tak berjaya lagi menanamnya walaupun dah cuba pelbagai kaedah.
Letak dalam cucur atau mee sedap ni.
Selain tu, pokok-pokok hiasan pun banyak Paksu tanam...
Baru tahu ketumbar jawa boleh masukkan ke dalam tomyam. Teringin hendak tahu rasa.
ReplyDeletePH pun baru tahu :)
DeleteBestnya tgk kebun org lain subur2 semua tanaman. Kami ni jenis tangan panas, asal tanam je tak lama lepas tu mati :p
ReplyDeleteItulah, rasa macam Ya Allah, seronoknya... PH ni kdg hidup, kdg mati pokok-pokok yg ditanam:D
DeleteHijauuuu.. memang sejuk sungguh tangan. Kita ada kawan orang Penang yg rajin buat nasi lemuni ni.
ReplyDeleteMesti SK pernah rasalah ye nasi lemuni ni ...
Deleteuishhhh terpandang pulut panggang terus terasa nak makan. bertahun dah ammi tak makan pulut panggang sbb bila nak beli asyik jelah dah habis...bila tak teringin merata pulak nampak
ReplyDeleteNak selamat, time jumpa je terus beli Ammi :D
DeleteOoh gitu rupa daun lemuni.
ReplyDeleteSaya pernah makan nasi lemuni, sedap jugak.
Advance dari sy ni Ujie:D
Deletekehijauan yg segar dan menyihatkan.. 👍👍
ReplyDeleteBetul Wak...segar je mata tengok sana-sini hijau...
DeleteArini sy pn mcari pokok d nursery hehe. Beli pokok jasmine tingin
ReplyDeleteWah best tu 👍
Deletecemumaq tu kampung kami sebut senerui...
ReplyDeleteLayur kat bara api sat bagi sikit terbamar dan keluar bau harum..cicah cabai picit ikan keli panggang tawar...mmmmm