Tup-tup dapat info hari sukan sekolah tahun ni dibuat pada 23/3, hari pertama cuti sekolah. Tetiba je... Terpaksalah cancel plan nak pergi makan angin huhu... Minta hotel tukar date, mujur ada available room date baru tu. Bab ni kita cerita kemudian :)
Sepanjang minggu lepas anak2 pakai baju sukan. Seronok Ummi tak payah gosok baju sekolah. Macam-macam acara di sekolah tu; latihan sukaneka, raptai perbarisan, merentas desa, tarik talik dan acara olahraga.
Ramai juga actually yang tak dapat join event semalam. Mana yang dah ada fixed plan macam balik kampung, makan kenduri, bercuti ke memang tak joinlah. Tapi kemeriahannya tetap terasa.
Abang masa acara lompat jauh. Tak sumbang mata tapi untuk acara lontar peluru dapat sumbang 2 mata untuk rumah kuning. Untuk tarik tali dapat naib johan.
Angah masa raptai perbarisan. Masa ni belum beli topi. Dia minta hadiah topi untuk birthday dia hehe...
Semalam acara kemuncak; perbarisan dan sukaneka. Menang kalah semua dapat pingat. Seronok anak2 sebab semua dapat hadiah.
Jom saksikan kemeriahannya 🤗
The one and and only Abang 😆
Angah depan sekali tu 😍 |
Kreatif betul cikgu2 sekarang ni. Penapis sayur tu dijadikan cengkerang ninja turtle.
Penapis sayur tu cikgu bagi bawak balik. Angah hadiahkan kat Ummi, hadiah birthday katanya 😆😆😆
Pembawa bendera ni semua wakil sekolah ke MSSD. Hebat juga anak2 SRAI ni.
Dah panas berjemur, Ummi bawak tuan puteri dua orang ni lepak di surau. Tapi Kakak ni lagi suka tengok orang bersukaneka. Memang copy paste Ummi ni, time muda remaja dululah. Kuat bersukan. Sekarang ni dah kertu, dok bawah khemah or tempat teduh sambil berkipas macam mak datin haha...
Tahniah rumah biru jadi juara keseluruhan 👍👍👍
Terima kasih cikgu2 yang sanggup korbankan 1 hari cuti sekolah untuk anak2 kami. Memang all out cikgu2 semua; dari berpanas setiap hari buat latihan, cari idea untuk perbarisan, hias khemah, memasak untuk jualan tabung sekolah dsbnya. Bak kata kawan Ummi Cik Pujah, cikgu2 dah sanggup berkorban, tak kan parents tak sanggup nak support kot. Cikgu buat semua ni untuk anak2 kita juga. Setuju sangat.
Well done semua warga SRAI; cikgu2, anak2, PIBG, parents...moga dirahmati Allah sentiasa 💐💐💐
waaa meriahhhh sungguh hari sukan diorang ni..
ReplyDeleteYes, meriah sangat
DeleteBagus dan semangat cikgu2nya, tapi mmg kena camtu, adanya cikgu2 yg kretip mmg menyumbang kpd kemeriahan hari sukan. Pendek kata mmg cikgu2 bekerja keras utk menjayakan satu2 event sekolah..hehe..base on my xperience la.
ReplyDeleteBetul kak. Cikgu2 memang all out jika ada apa2 acara. Salute!
Deletebest nya perbarisan macam-macam topeng ada :)
ReplyDeleteKreatif depa ni kak laili 👍
Deletemeriah.. kanak2 suka la hari2 aktiviti2 sukan ni =D
ReplyDeleteSeronok..teringat masa anak dara SA tu kecik2..memang seronok pi acara suka sekolah...
ReplyDelete