Monday 29 January 2018

Rezeki jangan ditolak...


Sebelum ke program team building minggu lepas Walid bagitau depa plan nak makan durian. Umi pun apalagi pesanlah jangan lupa bawa balik 😆 tapi bila Walid call jumaat tu katanya tak tahulah jadi ke tidak nak makan durian tu. Walid kan tak suka durian, jadi ke tidak takde hal pun. Umi yang frust haha...

Tapi itulah kalau dah tertulis rezeki kita, pusing kot mana pun dapat juga, alhamdulillah. 

Rupanya dalam tempat event tu, Dusun Eco Resort tu sendiri ada pokok durian. Boss Walid borong semua untuk anak2 buah dia. Adalah baki 4 bijik depa suruh Walid bawa balik sebab semua dah tak nak. Kenyang la tu 😁 

Sebijik dah selamat masuk perut 😝

My most favorite ulas, kucing tidur 😘



'Makan besar' lah hantu-hantu durian kat rumah ni 😋😋😋
Durian kampung memang sedap... Ulas besar2, isi pun tebal. 

Pulut durian Kedah style
Tak cukup makan gitu je, Umi buat pulut durian; pulut + santan + durian ngap! Tak sangka pula anak2 pun suka especially Angah. Bertambah-tambah dia makan. 

Lagi 2 biji Umi buat kuah durian. Walid bawa ke ofis semalam. Umi buat pulut kukus and Walid beli roti cicah dengan kuah durian tu. 


Alhamdulillah for the rezeki. 

7 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Dah tertulis rezeki tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...

      Terima kasih sudi tinggalkan jejak :D

      Delete
  2. I agree, always sambut rezeki with open arms, especially if it is durians!

    ReplyDelete
    Replies
    1. So true. I couldn't agree more with you haha...

      Delete
  3. Alhamdulillah, rezeki dah tertulis tu.

    ReplyDelete
  4. Lama tak makan serawa durian. Teringinlah jugak lagi lagi tengok gambo ni hihi... Ohh makan durian mcm tu Kedah style yeh....
    Cantik kejadian pulut tu PH... hakak selalu tanak je, nak cepat siap, pemalas punya orang hihi

    ReplyDelete