Sunday, 16 July 2017

Jamuan raya sekolah anak2...


18 Syawal | 12 July

Hari rabu sekolah Abang buat jamuan raya. Seperti biasa setiap kelas dah ditentukan menu yang perlu dibawa. Kelas Abang kena bawa aneka kerepek. Umi beli maruku je. Yang kelakar bila tanya Abang habis tak maruku kita? Dengan sedih dia jawab, itu yang Abang malu tu, takde sapa nak makan :( hahaha... Rileklah Abang, dah orang lain bawak spaghetti, bihun, makcik kantin buat nasi tomato, cikgu2 gotong royong masak rendang memang lah tak laku maruku kita. Kerepek semuanya buat kudap-kudapan depan TV sedap lah :p



Berbalang-balang kerepek/maruku/rempeyek memang lah tak habis kan...

20 Syawal | 14 July

Turn sekolah Angah pula buat jamuan raya. Seperti biasa juga, konsep potluck. Dia request Umi buat 'kek anggur'. Umi layankan aje... Nanti Umi share resepinya :)


Cikgu susun ikut yang sama tone warna baju melayu. Cute la pulak 

Sebelum ni sikit je gambar dia. Dah jadi abang besar (6 tahun) di sekolah sekarang kurang lah pemalunya 


Ini bukan tukar baju tapi gambar sambutan hari guru hari tu. Cikgu baru forward.  Kita copy je buat kenangan.

Meriah raya tahun ni, sampai penat rasanya asal hujung minggu je keluar beraya. Tapi apapun  alhamdulillah rezeki kan... Wajib disyukuri.

5 comments:

  1. Hihihi....tak pelah, tak laku kita bawak balik je .... kita makan depan TV...berbaloi baloi weyh! haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak laku pun takdenya bawak balik Kak... Dah masuk bilik guru kot hehe

      Delete
  2. tak laku takpe bole bawa balik makan dekat rumah mesti habis, biasa kalau sekolah anak2 saya yang tak habis tu dorang akan agihkan pada semua orang bawa balik jadi takdelah anak2 kecewa makanan tak habis, walaupun sebenarnya memang tak habis pun tapi dah diagihkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah ke mana maruku tu sis...yg dia bawa balik makanan yg tak tahan lama; spaghetti, buah2... Agaknya cikgu simpan kot, boleh makan kemudian.

      Delete
  3. Meriahnya sambutan Raya. Mcm2 makanan Ada. . budak2 bukan makan banyak pun

    ReplyDelete