Thursday 8 June 2017

Careless me :(


Hampir berlaku musibah semalam dek kelalaian Umi :(

Pertama, semasa menunggu azan isyak semalam Umi jerang nasi atas dapur gas. Malas nak guna rice cooker sebab nak masak secawan je. Sebelum solat tu Umi kecilkan api sambil pesan pada Tok, tolong tengok kan juga takut Umi terlupa. Lepas terawih 4 rakaat, tanya Tok katanya dah masak nasi tu. Oklah. Umi pun tak check lah dah tutup api ke belum. Siap solat terawih around 10 tu Umi masuk ke dapur nak minum. Allahu api dapur belum tutup rupanya! Alhamdulillah tak hangus nasi tu sebab Umi lapik periuk dan slow api. Cuma berkeraklah nasi tu. Kalaulah tak masuk semula ke dapur lepas terawih tu...nauzubillah. 

Kedua, time Umi nak bangun sahur Adik pula baru terjaga and nak bf. Tapi terpaksa bangun juga sebab dah 4.30 time tu. Tak puashatilah Adik, menangis je bila Umi bawak turun bawah. Letak sekejap Adik di kerusi, Umi terus ke dapur. Masak air, on plug nasi (reheat) dan tenggek kuali atas dapur, nak panaskan lauk. Sempat lagi ambik pinggan cawan bawa ke meja makan. Nampak Adik dah diam, di pangku Tok. Umi terus ke bilik air untuk khidmat diri. Tengah ambik wuduk baru teringat kuali atas dapur. 

Keluar je dari bilik air dah nampak api marak 'makan' kuali. Asap pun dah berkepul-kepul. Cepat-cepat Umi tutup suis dapur gas then ambik air siram api tu. Dua kali siram jugaklah baru padam. Alhamdulillah syukur sangat takde apa2 tapi Umi traumalah jugak. Nak on suis dapur lagi satu pun dah ketar-ketar. 

Ketiga, Umi plan nak iron baju sekolah anak2. Sementara tunggu iron panas betul2 untuk iron seluar sekolah Abang, Umi iron lah dulu baju raya Angah. Entah macam mana iron 'menyambar' seluar baju melayu dia. Hampir berlubang seluar dia. Terkejut sungguh Umi. Dah bertenang sikit minta dia try pakai, nak tengok nampak ke tidak part yg hampir terbakar tu. Taklah obvious sangat, boleh cover lagi dengan sampin. Alhamdulillah.

Taktau lah kenapa careless sangat. Mudah-mudahan Allah lindungi kami sekeluarga dari sebarang musibah. Aamiin. 

Credit. 



5 comments:

  1. kadang tuh ada masa kita ni jd careless sgt2 kan.. tenangkan diri... istighfar banyak2.
    Try buat satu kerja at a time.. selebihnya tawakal 'ala Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu la akak. Tetiba rasa panik sbb baby menangis kot, terus kelam kabut sampai jadi careless.

      Thanks for the advice Kak... Appreciate it very much.

      Delete
  2. Ada masa mmg macam hari malang buat kita PH. Insyaallah , tak de papelah jangan fikir sangat.

    Bab kuali tu kalau duk atas dapur kalau dah panas sangat mmg boleh menyambar apikan. Hakak pun pernah kena jugak mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah takde apa2 Kak. Tapi cuak la jugak :(

      Delete
  3. bnyak ye perkara yg buruk berlaku, kdg2 zie pun ada satu hari tu nasib malang je..duduk kejap, baca doa banyak, selawat zikir, lps tu lega balik

    ReplyDelete