Sunday 29 May 2016

Nadeen Sufya



Introducing our new family member, Nadeen Sufya. Patutnya 'keluar' 27/5 tapi Nadeen dah tak sabar nak jumpa Umi Walid agaknya maka bersalin awal 3-4 hari.  Hari ni dah seminggu usia Nadeen. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

May 20th, it was supposed to be the final antenatal check up tapi Umi kena admit sbb high BP. Lepas jumpa nurse ambik BP, berat & urine test tu Umi rilek je makan nasi lemak & teh tarik ngan Walid & Kakak. Padahal bacaan BP Umi 140+/90+. For me it's 'normal' especially bila dekat due. Umi ni ada penyakit risau & takut bersalin, sampai takleh tido malam. Ssshh jangan habaq kat orang :p 

Bila jumpa Dr S, Umi perasan airmuka dia menunjukkan something is bothering him. Bacaan BP Umi time ni 157/99. Tengok angka 99 tu Umi pun terkejut hehe. Dia cakap Umi kena admit, dia nak monitor BP Umi for 48hrs. Terus mata Umi masuk habuk, pelan2 ambik tisu lap ayaq mata. In my mind I'll be in labor anytime itu yg touching. Teringat sempat ke nak peluk cium Abang & Angah, nak call Tok, Tok Umi semua, nak solat taubat, solat hajat huhuhu. 


So start petang tu Umi admitted. Satu family kita berkampung di Pusrawi hinggalah Nadeen selamat dilahirkan isnin lepas. Syukur alhamdulillah both Umi & Nadeen are doing well. 

No comments:

Post a Comment