Thursday 24 March 2016

Makan Kenduri di Taman Layang-Layang Kepong



Sabtu 19/3 kami ada 2 jemputan kenduri, satu di Taman Layang-Layang (Taman Metropolitan) Kepong. Satu lagi di JB. Memandangkan saya tengah sarat kami hanya ke Kepong. Tak larat nak travel jauh dah. 

Majlis diadakan secara open air tapi deko sangat cantik & sweet. Cuaca agak redup tapi faham2lah dalam keadaan El Nino ni bahangnya sangat terasa. Berpeluh2 kami menjamu selera. Kebetulan kipas yg disediakan hanya stand fan. Dah tu berpusing sehala je. Untunglah couple yg duduk betul2 depan kipas tu :) Angah yang jarang berpeluh pun dah keluar peluh. Balqis pulak pipi dah macam pakai blusher. Abang toksah cakaplah, lencun! 


W/bagaimanapun menu sangat sedap; ayam, kambing, lembu, fish fillet, aiskrim, kuih muih complete la semua. Tuan rumah nampaknya sangat berbesar hati mengadakan majlis ni. Selain makanan yg enak, tetamu juga dibekalkan dgn pelbagai jenis cenderahati. Moga murah rezeki mereka sekeluarga. 

Door gift yg cantik berbalut tu di dalamnya berisi glass canister yg sangat cantik

Terima kasih Tn Hj Jamil sekeluarga atas undangan yg diberi. Selamat pengantin baru kpd pasangan mempelai. Moga berbahagia hingga ke syurga. 

No comments:

Post a Comment