Sunday 9 February 2014

Cik Balqis balik kampung...


Sempena cuti raya cina minggu lepas kami balik kampung. Selain menghadiri kenduri anak buah saya, Yanti kami juga mengadakan kenduri aqiqah Balqis di kampung. 

Pertama kali Cik Balqis balik kampung jadi saudara mara memang teruja nak berkenalan. Dah jadi macam retis anak mokcik...:) sekejap orang ni cium, kejap orang tu dukung bertukar- tukar tangan. Kebetulan ramai yang berkumpul time kenduri. Alhamdulillah she was well behaved all the time. Sepanjang journey tido je memanjang...


Ini first time gantung 'curtain' dalam keta. Abang2 dia mokcik tak kesah tapi hat ni pompuan...mokcik concern lebey, takut gelap...:)

Wajah kesayangan hamba 


Balqis makan kenduri. Baju ni uncle Akmal bagi.. siap pesan suruh ambik gambar bila Balqis pakai..nak tengok. hikhik


Semasa majlis berendoi. Lena atas buai tapi kejap je. Tak biasa kot. Baju hadiah dari untie atiqah. Sama kes macam kat atas, wassap gambaq bila pakai...:) sponsor nak tengok bukti. He he

Nanti kita sambung cerita kenduri ye...



No comments:

Post a Comment