Tuesday 28 January 2014

Langkawi Day 3



Langkawi Day 1
Langkawi Day 2

Hari ketiga di Langkawi kami hanya berjalan santai mengelilingi bumi Mahsuri. Agenda penting hari ni cuma nak shopping di pekan Kuah. Apalah maknanya datang ke Langkawi jika tak membeli sedikit sebanyak coklat kan?

Awal pagi kami brisk walking di pantai dulu. Nak mandi tak boleh, air pasang.



Destinasi pertama hari ni ialah Dataran Lang. Kagum Abang & Angah  tengok burung besar. Kami memang berhajat nak ambil gambar berlima kat sini. Sepuluh tahun dahulu hanya kami berdua di sini.  Mujur ada seorang mamat Korea sudi ambilkan. Semangat betul mamat ni ambik gambar, siap baring bagai ala2 pro. Dalam hati saya agak mesti gambar cantik ini berdasarkan gaya dia shoot. Tapi yang ado! Hahaha.  Then my turn to take his photo. Dia posing angkat basikal...:) lawak betul mamat nie.

Puas posing sana sini kat Dataran Lang ni, kami bergerak ke Kompleks HiG (Haji Ismail Group). Shopping jom!!! Tak sah le kalau datang Langkawi tak shopping kat HiG. Ada 2-3 kedai milik HiG di sekitar Kuah. Kompleks ni yang terbaru dibuka hujung tahun lepas. Semua bawah satu bumbung - coklat, pinggan mangkuk, tuala, kain batik dll. Actually semalam dah datang kejap, usha mana yg berkenan. Hari ni dtg senang nak pilih sbb dah shortlisted.




Mula-mula pilih set pinggan dulu. Memang rambang mata, rasa nak beli semua. Bukan takat cantik, murah pulak tu. Saya teringin nak beli set pinggan yg 40 pcs, complete semua tapi bila tengok kotak, besar pulak. Confirm tak boleh hand carry. Udahnya saya beli set pinggan 20 pcs, teko, mug dan  set sudu dan garfu. Ikut hati nak beli macam2 lagi tapi bila fikir dah tak muat beg, redha je lah... hubby nak hadiahkan periuk kaca yg than panas pun terpaksa saya tolak. Baikkan isteri dia?

Selesai bab pinggan, bab coklat pulak. Punyalah seronok ambik, main campak2 je dalam troli. Sekali masa bayar, coklat saja dah rm150.. tak pernah seumur hidup saya spent sebanyak tu utk coklat. Huhu..


Selesai membeli belah kami ke Tg Rhu. Subhanallah cantik sangat pantainya. Tapi kami tak singgah, panas terik waktu tu. Anak2 pun dah lapar dan mengantuk. Kami makan t/hari di gerai berdekatan. Kemudian balik ke hotel berehat.

Petangnya kami keluar bersiar-siar lagi. Singgah di gerai belakang airport utk minum petang. Terdapat beberapa gerai menjual pelbagai jenis juadah. Kami memilih utk menikmati laksa, pasembor dan mee rebus.


Seekor ikan utk setiap pinggan. Mabeles!

Pasemboq sedap tapi kurang intipatinya..:) takde tauhu atau cucuq udang

Sedang enak menikmati makanan dan panorama indah di tepi pantai, hujan turun tiba-tiba. Tak sempat nak menghabiskan pasembor yg dipesan, terus saya berlari ke kereta. Takut Balqis demam kena hujan. Walid & geng selamba aje menghabiskan makanan mereka. He he..

Kemudian kami ke Pantai Cenang. Bukan ke pantai tetapi ke kedai-kedai yang terdapat di kiri kanan jalan di situ. Pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yg terdapat di sini antaranya  souvenir, pakaian, beg, makanan, pakej pelancongan, massage dll.




Selesai makan malam kami balik ke hotel, berehat dan berkemas.

Hasil tangkapan! Penuh satu luggage bag..hikhik
TBC...






No comments:

Post a Comment