Friday, 17 July 2020

Pesan 'Puan Sri Mawar' 🌹🌹🌹



Betul, masa dengan anak-anak sangat pantas berlalu. Kejap je lagi Abang akan masuk asrama. Si bongsu pula dah nak masuk sekolah. Rasa macam baru je lagi dok siapkan dia, pakaikan dia baju, mandikan dia... Sekarang semua perkara dia nak dan boleh buat sendiri.

Baru-baru ni masa Aida datang ziarah Tok, kalut Ummi tengok dia melayan anak-anaknya; 7, 5 dan 2 tahun. Ummi pun 2-3 tahun lepas macam tu juga. Sekarang ni dah lepas fasa tu. Our fokus is on growing up the children. Hal sekolah, hal didikan Abang yang dah menginjak remaja dsbnya. Tanggungjawab tu tetap ada, sampai bila-bila pun tak habis. Cuma pendekatan dan cabaran berbeza. Apapun enjoy every moment that we have with them ❤️.

Wednesday, 15 July 2020

Back to School (during RMCO)



15/7/2020 (Rabu) Abang kembali ke sekolah selepas 4 bulan bercuti (14/3-14/7/2020) kerana pandemic Covid-19 di seluruh dunia. 14/3 tu mula cuti sekolah semester 1 berterusan hingga 14/7 bila PKP mula dilaksanakan pada 18/3/2020. Saja tulis tarikh sebab perkara ni pasti jadi sejarah.


Lama benar bercuti. Risau betul Ummi takur baju/seluar sendat haha... Alhamdulillah boleh pakai lagi 😁 Songkok je beli baru.

Pesanan mesra dari guru kelas... 











Hari pertama yang penuh debaran, kejutan dan keterujaan..

Attendance pakai QR code. 

Murid hanya dibenarkan masuk selepas jam 7. Jadi, yang datang awal perlu tunggu dulu. YDP pun turun padang, ambil bacaan suhu murid-murid. Sebelum naik ke kelas ada satu lagi tempat cek suhu kata Abang. This time alat tu dah dilekatkan di dinding, hulur dahi je kata Abang 😂

SOP baru yang disediakan oleh pihak sekolah.


Waktu persekolahan dipendekkan 2 jam lebih awal. Makanan secara packed food disediakan oleh Ibu. Hari ni Abang, Aqil AI dan Amirul ditugaskan untuk ambil makanan di kantin dan dibawa ke kelas. Ialah, nak harapkan pekerja kantin berapa orang je.


Dari gambar dan info yang dikongsikan nampaknya pihak sekolah dan JAIS sangat menitikberatkan langkah-langkah pencegahan dan menyediakan SOP yang sangat ketat. Insha Allah ditambah dengan kawalan kendiri yang ampuh, diharapkan tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini. Tahniah dan terima kasih kepada pihak sekolah yang bertungkus-lumus menyediakan segala kemudahan untuk anak-anak 🌹🌹🌹


Setiap meja dah dilabelkan nama murid. 

Hand sanitizer untuk setiap kelas. 

Sinki pun sama... Untuk setiap kelas

Selain beroperasi dalam norma baru, sekolah Abang juga ditadbir oleh barisan pimpinan baru. GB lama, Tn Hj SZS kembali ke JAIS dan dihantar bertugas di PAID Tg Karang rasanya. PK I, Cg Nita pula bertukar ke SRAI yang baru dibuka... Sabak Bernam ke Sg Besar. Maaf, Ummi selalu confused dua tempat ni 😅. Ustaz Ram pula dapat tawaran KPM mengajar di SK, alhamdulillah. Terima kasih atas ilmu yang diajarkan buat anak-anak kami 🌹🌹🌹

Alhamdulillah hari pertama lancar cuma waktu balik tadi ada 'kejutan' untuk ibubapa :) Mujur tergerak hati Ummi keluar kereta. Rupanya ibu ayah kena beratur dan ambil giliran menjemput anak masing-masing dengan memaklumkan nama & kelas pada guru yang bertugas di pintu pagar. Kemudian info disampaikan kepada guru lain yang bertugas memanggil murid tersebut. Panggilan dibuat melalui microphone. Siap ada rostrum lagi untuk cikgu bertugas. Pagi tadi anak-anak beratur, tengahari ibu ayah pula beratur. Fair! 

Khemah menunggu... 

Anak-anak ni menunggu ikut kelas masing-masing di khemah yang disediakan dan juga di kantin. Minggu depan, bila Angah & Kakak start sekolah, bertambahlah list nama Ummi kena sebut...
Fawwaz 6 I
Nawfal 3 C
Balqis 1 A
haha...

Abang siap remind, Angah tu kena sebut full name Ummi... Ada 4-5 orang murid darjah 3 nama Nawfal 😂😂😂

Tuesday, 14 July 2020

Al Fatihah ~ Pak Lang Hassan (1949-2020)



Setelah lebih 3 minggu dirawat di ICU Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Paklang @ Wan Lang, bapa saudara pupu Ummi kembali ke rahmatullah jam 11.10 malam tadi (14 Julai 2020, Selasa).

Alhamdulillah Allah bagi Ummi kesempatan bertemu arwah bulan lepas. Baca SINI. 


Walaupun ketika itu arwah bergantung pada alat bantuan pernafasan, tapi setiap kali Ummi seru namanya, Ummi bercakap-cakap dengannya arwah memberi reaksi. Dalam tarikan nafasnya bila Ummi panggil..."Paklang, Na ni..." 
Allahu, menitik juga airmata ini 😭😭😭

Sosok tubuh yang disenangi, disegani dan disayangi ramai pergi menghadap Sang Pencipta di usia 71 tahun. Jenazah telah dibawa pulang ke rumah jam 3 pagi tadi dan akan disemadikan selepas zohor nanti. Semoga dipermudahkan urusan buat keluarga arwah. Hanya doa dari kejauhan yang mampu dikirimkan.

Didoakan agar arwah ditempatkan di kalangan para solehin, diampunkan segala dosa, salah dan silapnya dan beroleh syurga yang tertinggi. Aamiin.

Al Fatihah buat Paklang

Monday, 13 July 2020

Pontian lagi...



Sebelum sekolah dibuka, sempat lagi kami ke Pontian, ikut Walid outstation. Trip kali ni lebih seronok berbanding kunjungan kami pada Disember tahun lepas.

Kampung Hj Ibrahim Majid yang kena PKPD hari tu. Tak jauh dari tol Simpang Renggam, hala ke Benut. 


Now everything goes back to normal dah, alhamdulillah.
Kali ni kami menyewa homestay sebab bawa Tok sekali. Bila di homestay, rutin harian Ummi seperti memasak, membasuh pakaian dsbnya tetap berjalan seperti biasa. Terisilah masa Ummi berbanding duduk di hotel.


Anak-anak pun seronok dapat main di luar.
Banyak aktiviti/perkara yang kami lakukan kali ini menjadikan kunjungan kali ni lebih menyeronokkan.


Ada satu petang tu lepas Walid balik kerja kami  pusing-pusing sekitar Pontian sampai ke power plant Malakoff di Tanjung Bin. Singgah bergambar sekejap. Time ni para pekerja baru habis shift agaknya, berpusu-pusu keluar dari plant. Kebanyakannya pekerja warga asing. Seperti kebanyakan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar yang lain, Malakoff juga menaja sebuah masjid berhampiran, Masjid Kg Serkat. Tapi, sebab dah hampir senja takde kesempatan untuk kami berziarah ke masjid tersebut.


Ini pula kami dinner bersama family Jaja. Dibawa makan di sebuah kedai makan favourite Jaja. Nyata, pilihan orang tempatan tidak mengecewakan sampaikan hari nak balik tu kami repeat makan di sini.

Setiap pagi Walid keluar berjogging di Stadium Mini Pontian. Life is so laid-back here. Tak perlu rushing nak ke tempat kerja, memang santai... Takde traffic jam, heaven! 



Tenang dengar bacaan Surah Al Kahfi di pagi Jumaat 

Pagi jumaat tu Ummi ikut. Bawak kids sekali beriadah. Meriah kawasan ni dengan pelbagai aktiviti riadah. Ada tai-chi, zumba dsbnya.

Adik & Kakak ikut atok/nenek buat tai-chi 😁


Nak melepak tengok air pasang macam depa ni pun boleh...

Waktu balik pula kami ikut tol Sedenak untuk balik ke KL seperti disarankan oleh suami Jaja. Katanya lebih dekat berbanding tol Simpang Renggam dan melalui Benut. Kami ok je sebab memang suka explore new places.


Dalam perjalanan tu nampak gerai menjual nenas. Sukanya Ummi tengok disekeliling rumah penjual ni ditanam dengan nenas. Rare lah bagi Ummi yang asal Kedah ni kan... Kalau sepokok dua tu tak hairan sangat ini banyak tau! Rupanya Walid pernah singgah di sini tapi dia ingat-ingat lupa tempat ni. That time was his first visit to Pontian, sebab tu blur. Dimaafkan haha...

Banyaknya pokok nenas 🤩


Ini ladang nenas yang terbentang luas di sepanjang jalan. Ralat sebab tak berhenti ambil gambar anak-anak buat kenangan. Nak pergi lagilah tu. Alasan sangat kan?

Teruja sungguh Ummi sebab masa belajar Geografi dulu cikgu selalu cerita pasal ladang nenas di Johor. Kali ni nampak depan mata. Arwah cikgu Ummi dulu orang Spg Renggam, lagilah terasa kaitannya. Al fatihah untuk Cg Rahman b Atan. Cikgu paling sempoi dan sporting 🌹🌹🌹. 





Inilah cerita 5 hari 4 malam kami di Pontian :)

Saturday, 11 July 2020

Deco ~ Repainting Rak Buku & Side Table



Sekarang Bang-Aji tengah rajin menghias rumah. Hasil bertapa, beberapa bulan sepanjang PKP 😁 Favorite dia mengecat. Entah berapa tin dan botol cat dah dibelinya untuk projek-projek mengecat dan DIY dia. Ummi ok je. Siapa tak suka suami rajinkan? Rumah pun jadi lawa.

Sekarang ni asal nampak ada comot, tak bertangguh terus touch up. Alhamdulillah anak-anak kami bukan jenis conteng dinding, jadi walaupun hampir keseluruhan ruang bercat putih, mudah dijaga. Yang comot tu kadang kerusi meja bergesel dengan dinding ataupun adalah sekali sekala tangan kotor 'ter-parking' dekat dimding.

Ini tengah cat tangga, sebelum raya hari tu... Seperti biasa, Abang pembantu setia Walid. 


Dah habis segala dinding di rumah ni Walid cat dan touch up, beralih pula ke perabor-perabot lama dia repaint. Ini antara projek repainting barang-barang rumah. Repainting ni biasanya pakai cat spray je. Senang!
Rak buku... Beli di Giant, dah lebih 10 tahun rasanya... Tahan sampai sekarang. 


Asal warna putih, Ummi suruh Walid cat hitam... 


Cat yang digunakan, jenama Anchor. Yang hitam tu namanya Honda Gold. Jenama Samurai Paint. Harga RM9 dan RM11 respectively.


Side table 
 Ummi suruh cat hitam, Walid pi spray cat gold sebab cat hitam dah habis. Bolehlah kan? Warna asal beige.

Frame cermin ni warna gold asalnya. Walid touch up bagi berseri semula. Walid nak tukar warna hitam, Ummi taknak.  Masih suka warna gold tu, classy.


Inilah hasilnya...


 Rak buku ni memang wow sangat 🤩🤩🤩
Nampak macam baru. Nampak elegan... Kualiti cat pun bagus, nampak berkilat rak tu selepas dicat. Sesuai sangat berganding dengan black printer tu. Tq B ❤️

Ini side table tadi tu. Cantik juga but not my favourite :(  Rasa nak tukar warna hitam jugak 😅


Wednesday, 8 July 2020

Repair & Reno Master Bedroom & Bathroom ~ Part I (Pre)


Baru-baru ni kami repair & renovate (R&R) master bedroom dan bilik air. Sepatutnya projek ni dilaksanakan pada bulan 3 tapi terpaksa ditangguhkan sebab PKP. Alhamdulillah seperti dijanjikan kerja penambahbaikan bilik tidur kami ni sempurna dalam masa 2 minggu. But of course ada few things like pilih tiles, cleaning etc began earlier. Kali ni Ummi nak kongsi dulu diari kerja-kerja awal sebelum projek bermula. Masih menggunakan khidmat Aiman Kontraktor yang telah kami kenali sejak 10 tahun lepas. Puashati dengan kerja dia. Selalu above expectation alhamdulillah.

Credit source. 

Setiap malam sebelum tidur Ummi tenung je syiling ni... Risau takut runtuh 😅


Sheer curtain tu pun dah berlubang. Tuan rumah sewa bagi kami masa awal kahwin dulu. Bawa dari rumah sewa hingga ke rumah sendiri. 

Bilik air asal ni. 

Bilik air ni dah bertahun tak digunakan. Ada leaking pada bahagian lantai. Sudahnya jadi stor! Susah juga sebenarnya sebab terpaksa kongsi satu bilik air sahaja di tingkat atas ni. Tapi apa boleh buat bajet takde nak renovate. Takat repair tu mampu lagi tapi kami plan nak renovate sekali dengan master bedroom. Sekali jalan je... Itu yang makan tahun juga baru dapat realisasikan impian kami ni.

Jom baca catatan Ummi tentang projek ni...

Reno Diary - Pre

16/5  - Pilih Tiles di LS Home Decor, Selayang




Time ni fasa PKP yang  boleh naik kereta 4 orang. Fasa 3 kot... Tenang sikit hati nak pilih tiles sebab dapat bawa the youngest two bersama :)

Lantai bilik. 

Tiles untuk feature wall bilik air 

Design pilihan... 

Lantai bilik air. Pilih tiles kesat supaya tak licin. 

20/5  - Barang Sampai 




Barang dah sampai. Kami cuma pilih tiles. Yang lain seperti sinki, faucet dll serah pada AK. Mujur juga raya kali ni dalam PKP, aktiviti ziarah raya tak dibenarkan kecuali raya pertama sahaja. Tidaklah segan sangat sebab barang-barang pembinaan dan barang yang nak dibuang memenuhi ruang beranda dan porch. Bawah tangga pun penuh dengan barang dari stor (bilik air utama). Kesian Paklong aP, nak datang beraya Ummi tak bagi haha...

30/5 - Survey Curtain 




Kami ke H&A Craft untuk survey dan dapatkan quotation. Memang berkenan dengan service H&A Craft ni. Tapi survey juga di Elyza. Dua-dua memberikan layanan yang sangat baik. Cuma, harga H&A Craft lebih menepati bajet kami.

31/5 - Gotong Royong 😁





Kerja pembersihan akhir sebelum AK mulakan kerja. Anak-anak bergotong royong bersihkan bilik ni. Time ni barang-barang semua dah dipindahkan ke bilik Kakak dan Abang. Bilik depa pula dah jadi macam stor 🤭


Antara yang dibuang... Katil ni beli masa kami mula kahwin dulu. Dah berbelas tahun usianya... Kaki pun ada yang reput, dimakan anai-anai.
Lagi kesan reput dan lembab akibat leaking. Puncanya dari bilik air tengah. Dah repair & reno 2 tahun lepas. Baca SINI ye 🤗


Finally, the room was ready for make over 💃💃💃