Wednesday, 4 November 2026

Winter Time


Ibu (Pengarah Asasi) pesan pada anak-anak Asasinya supaya bersedia menghadapi 'winter' aka musim tengkujuh. 

Antara pesanan Ibu, bawa payung dan baju hujan. Walid beli payung ni dekat Decathlon, RM49 sekaki. 

"Pakai sampai habis degree nanti"  
🤭

Wind breaker Abang beli online je. Tapi pendek sikit, bukan jenis labuh. Dia dah test pakai pergi kedai time hujan, tak basah katanya. 
Okay, good 👍🏻 

Cuma kasut je masalah sikit. Ikutkan nak beli kasut jenis getah tapi saiz kaki Abang ni susah cari kasut. Jadi dia beli plastic shoe cover. Teringat pulak zaman Ummi sekolah dulu. Kalau hari hujan kami ambil plastik balut kasut sekolah. Tak basahlah kasut sekolah. Zaman sekarang ada item khusus yang dipanggil show cover yang fungsinya sama iaitu melindungi kasut dari basah dek hujan. 

Setakat hampir seminggu balik ke kampus, takde hujan lebat lagi Abang kata. Hujan sikit-sikit, sekejap-sekejap  tu adalah. 
Takpe kita sediakan payung sebelum hujan :D 

18 comments:

  1. Apa kata PH belikan waterproof spray utk kasut. Dekat Decathlon ada jual rasanya. Ada satu lagi, crep protect spray boleh beli dekat JD Sports Malaysia, saya google yg ni boleh tahan 4 minggu.

    ReplyDelete
  2. jaga elok2 abang payung mahal tu nk guna smp degree

    ReplyDelete
  3. Baru nak pesan sama macam pesanan Carneyz

    ReplyDelete
  4. Mahal payung tu, kena jaga elok2...
    sediakan payung sebelum hujan..

    ReplyDelete
  5. suspens jap tgk perkataan winter hehehhe

    ReplyDelete
  6. lebat sangat gi kelas pakai selipar jelah...masa ammi kerja di Raja Chulan dulu tiap petang kitorang berjalan reramai ke LRT Masjid Jamek. Kalau hujan abis basah kasut. Sudahnya ada kawan cina sorang ni dia ajak beli kasut getah berlubang2 kat pasar malam. RM10 je. selesai masalah...kasut tu pun elok je rupanya takdelah nampak rupa rm10 pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib pakai kasut. Tapi tak sure la kalau hujan lebat nanti boleh pakai selipar.
      PH nak cari kasut jenis getah la utk Abg ni. Cuma nak cari saiz susah. Kena ukur di kaki dia, tak boleh beli sembarangan

      Delete
  7. payung mahai mmg kena guna smp degree ni..hahaha

    ReplyDelete
  8. Sediakan payung sebelum hujan ye PH... 😉

    ReplyDelete
  9. Tue lah sekarang ini kena siap sedia baju hujan. Almaklumlah berkenderaan roda dua. Nasib bukan roda tiga ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena hati² Shai, jalan licin kalau hujan. Roda dua pun takpa, janji boleh naik pi sana sini

      Delete