Thursday, 22 October 2026

Mekar Sejambak

Ingat lagi dulu ada rancangan hiburan terbitan RTM, Mekar Sejambak namanya. Tapi yang Ummi nak cerita ni bukan pasal rancangan hiburan Mekar Sejambak ni, tapi tentang kuntuman bunga mawar yang sedang berkembang mekar di luar rumah. 

Mari sama-sama kita nikmati keindahan ciptaan Allah SWT... 

Ada yang hampir layu, ada yang sedang mekar, ada juga yang masih kuncup. Subhanallah indah ciptaan-Nya. 

Pokok ros Ummi ni memang kerap berbunga tapi jarang keluar bunga banyak serentak begini. Jika dikira kudup bunga yang belum kembang dan yang sudah berkembang dari satu batang ni memang sejambak jadinya. Lebih dari 7 kuntum rasanya. Bunga ni muncul di hujung dahan yang muda. Kalau dahan tua (belah atas warna coklat) tu bunga biasanya sekuntum dua saja. Itu pun dah membuatkan Ummi tersenyum lebar apatah lagi sejambak begini. 

Ini kali kedua pokok ros Ummi ni berbunga lebat serentak. 

Gambar-gambar bawah ni masa kali pertama dulu... Sangatttt cantik! 

Sudah la cantik, wangi pulak tu ❣️

Mulanya pasu ni di luar rumah tapi bila Ummi sedar ada orang potong bunga ni Ummi angkat pasu letak dalam pagar. Kedekut haha... 


Taklah...
Sebenarnya sayang dan sedih bila tengok 2 kuntum kena gunting. Selang sehari pulak tu :( 
Mungkin dia pun geram tengok cantik sangat bunga ni, lalu diambil. Ummi pula biar di luar agar lebih ramai dapat menikmati keindahannya tapi bila dah kena curi begini bunganya, bawalah masuk dalam pagar. Nak protect dan menikmati sepenuhnya keindahan bunga ni. 


Salah satu memori paling indah bagi Ummi bila melihat bunga ni kembang cantik begini. Selain rasa seronok, timbul juga rasa yakin yang kita mampu membela pokok ros ni. Sense of achievement. 
Semuanya dengan izin Allah pastinya. 

20 comments:

  1. Mekar Sejambak tu tahun bila yek? Apa pun alhamdulillah dapat menikmati keindahan Ciptaan Allah S.W.T. Salam jumaat penghulu segala hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumuah mubarakah!
      Mid 80s Shai. PH sekolah rendah time ni.

      Delete
    2. Sajalah tu PH nak bagi tahu dia masa muda remaja lagi sekarang. ha ha ha

      Delete
  2. Bukan senang nak jaga bunga ros smp berbunga, lagi2 berbunga banyak macam ni. Kudos sis! Yang ambik smp 2 kuntum tu, dia nak buat mandi bunga ke? Maklumlah zaman skrg ni susah nak jumpa jodoh 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dia tertarik sebab lawa sangat bunga ni. Geram kot tengok. Tapi bagus, dia gunting bukan patahkan tangkai. Maybe peminat bunga juga

      Delete
  3. cantiknya bunga ros kaler pink ini. dpt menyerikan laman rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terang warnanya cikgu, memukau pandangan.

      Delete
  4. Mesti berseri² halaman rumah PH ada bunga mekar sejambak merah-merah macam ni. Rancangan MS tu fav kami adik-beradik. Awal² dah tunggu depan Tv, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lawa la buat sementara SK hihi... Sementara kebanyakan tananan lain tu pokok-pokok hijau.

      Ye, suka tengok gaya artis zaman tu. Lawa dan manisssss belaka.

      Delete
  5. Uish ada yang berani ambil ye.. sayangnya. Cantik sangat, bau pun wangi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkenan kot :D
      Aah bunga ros ni wangi sangat. Bila cium bunganya rasa best, macam cium baby :)

      Delete
  6. alaaah kenapalah ada tangan yang iseng begitu yaaa.. tak tahukah itu sama dengan mencuri :( . walau pun letak di luar pagar, tetap ada pemilik yang sah kan.

    cantiiik memang kak.. warnanya pun bikin happy sangat, karena so vivid ^o^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya dia berkenan dgn bunga ni Fanny.. cantik bangat kan... Digunting elok, bukan dipatahkan tangkai, means orang tu pun suka bunga agaknya. Cuma geram jadi dipetiknya tanpa izin. Kakak agak begitulah :)

      Delete
  7. Kembang mekar betul tu. Pasu bunga Cie tu dah takde bunga. Dan la beberapa bulan je.

    ReplyDelete
  8. wahhhh cantikkkk
    makin berseri2 laa halaman rumah

    ReplyDelete
  9. hahhhh.. ada orang gunting rose tu.. adoiii... bukan setakat buah, bunga pun diambil. Jahat betul!

    ReplyDelete
  10. amboi, biasher ye yang gunting bunga di perkarangan rumah orang tu...

    ReplyDelete
  11. cantik warna pink camni. ihh apa punya perangaila pergi gunting bunga orang...

    ReplyDelete