Ingat lagi dulu ada rancangan hiburan terbitan RTM, Mekar Sejambak namanya. Tapi yang Ummi nak cerita ni bukan pasal rancangan hiburan Mekar Sejambak ni, tapi tentang kuntuman bunga mawar yang sedang berkembang mekar di luar rumah.
Ada yang hampir layu, ada yang sedang mekar, ada juga yang masih kuncup. Subhanallah indah ciptaan-Nya.
Pokok ros Ummi ni memang kerap berbunga tapi jarang keluar bunga banyak serentak begini. Jika dikira kudup bunga yang belum kembang dan yang sudah berkembang dari satu batang ni memang sejambak jadinya. Lebih dari 7 kuntum rasanya. Bunga ni muncul di hujung dahan yang muda. Kalau dahan tua (belah atas warna coklat) tu bunga biasanya sekuntum dua saja. Itu pun dah membuatkan Ummi tersenyum lebar apatah lagi sejambak begini.
Ini kali kedua pokok ros Ummi ni berbunga lebat serentak.
Gambar-gambar bawah ni masa kali pertama dulu... Sangatttt cantik!
Mulanya pasu ni di luar rumah tapi bila Ummi sedar ada orang potong bunga ni Ummi angkat pasu letak dalam pagar. Kedekut haha...
Mungkin dia pun geram tengok cantik sangat bunga ni, lalu diambil. Ummi pula biar di luar agar lebih ramai dapat menikmati keindahannya tapi bila dah kena curi begini bunganya, bawalah masuk dalam pagar. Nak protect dan menikmati sepenuhnya keindahan bunga ni.
Mekar Sejambak tu tahun bila yek? Apa pun alhamdulillah dapat menikmati keindahan Ciptaan Allah S.W.T. Salam jumaat penghulu segala hari.
ReplyDeleteJumuah mubarakah!
DeleteMid 80s Shai. PH sekolah rendah time ni.
Sajalah tu PH nak bagi tahu dia masa muda remaja lagi sekarang. ha ha ha
DeleteHahaha... Tau takpa 😆
DeleteBukan senang nak jaga bunga ros smp berbunga, lagi2 berbunga banyak macam ni. Kudos sis! Yang ambik smp 2 kuntum tu, dia nak buat mandi bunga ke? Maklumlah zaman skrg ni susah nak jumpa jodoh 🤭
ReplyDeleteRasanya dia tertarik sebab lawa sangat bunga ni. Geram kot tengok. Tapi bagus, dia gunting bukan patahkan tangkai. Maybe peminat bunga juga
Deletecantiknya bunga ros kaler pink ini. dpt menyerikan laman rumah..
ReplyDeleteMemang terang warnanya cikgu, memukau pandangan.
DeleteMesti berseri² halaman rumah PH ada bunga mekar sejambak merah-merah macam ni. Rancangan MS tu fav kami adik-beradik. Awal² dah tunggu depan Tv, hehehe.
ReplyDeleteAlhamdulillah lawa la buat sementara SK hihi... Sementara kebanyakan tananan lain tu pokok-pokok hijau.
DeleteYe, suka tengok gaya artis zaman tu. Lawa dan manisssss belaka.
Uish ada yang berani ambil ye.. sayangnya. Cantik sangat, bau pun wangi ye
ReplyDeleteBerkenan kot :D
DeleteAah bunga ros ni wangi sangat. Bila cium bunganya rasa best, macam cium baby :)
alaaah kenapalah ada tangan yang iseng begitu yaaa.. tak tahukah itu sama dengan mencuri :( . walau pun letak di luar pagar, tetap ada pemilik yang sah kan.
ReplyDeletecantiiik memang kak.. warnanya pun bikin happy sangat, karena so vivid ^o^
Agaknya dia berkenan dgn bunga ni Fanny.. cantik bangat kan... Digunting elok, bukan dipatahkan tangkai, means orang tu pun suka bunga agaknya. Cuma geram jadi dipetiknya tanpa izin. Kakak agak begitulah :)
DeleteKembang mekar betul tu. Pasu bunga Cie tu dah takde bunga. Dan la beberapa bulan je.
ReplyDeletewahhhh cantikkkk
ReplyDeletemakin berseri2 laa halaman rumah
hahhhh.. ada orang gunting rose tu.. adoiii... bukan setakat buah, bunga pun diambil. Jahat betul!
ReplyDeleteMZ flower lover!
ReplyDeleteamboi, biasher ye yang gunting bunga di perkarangan rumah orang tu...
ReplyDeletecantik warna pink camni. ihh apa punya perangaila pergi gunting bunga orang...
ReplyDelete