Sabtu makan kenduri di Kajang dan Bandar Seri Putra. Ahad pula makan kenduri di Cheras dan Shah Alam. Jadi, Isnin tu ingat nak rehat dan lepak di rumah je. Makan pun Ummi cadang nak masak nasi dan lauk simple² je la. Nak rilek² je...
Breakfast berdua dengan Walid, di Batu 10.
Anak² diberi tugasan untuk kemas wardrobe masing². Berplastik hasilnya; nak hand down, nak donate dan nak buang. Nanti ada program kutipan pakaian boleh terus hantar ke sana.
Menjelang tengahari, anak saudara Ummi Abg Anas called nak datang rumah. Kacau daun betullah haha... Terpaksalah maksunya masak lebih 😂
Fa, cucu saudara Ummi ni dah 2 tahun usianya. Suka main dengan Adik dan Kakak, tapi takut tengok Paklong Fawwaz :D
Abang tak usik dia pun, tapi dia tak nak pandang Abang. Siap tutup muka haha...
Ni je Ummi sempat masak. Nak defrost ayam pun ambil masa. Jadi, Walid beli ayam Baker's Cottage 2 ekor. Ada juga sup daging korban, dapatlah depa rasa juga daging korban hari tu. Alhamdulillah si kecik tu pun makan banyak. Mamanya suap nasi kuah sup dan ayam.
Nanti mai lagi rumah Toksu tau 🤗
Ayam BC tu ayam apa PH?.
ReplyDeleteAyam Baker's Cottage Ezna...
DeleteJap edit jap :D
Ohhh Ok tau Bakers Cottage. Huiii ayam dia besar tu.
Deletebyk tu decluttering brg2...MZ pun nak kena cari masa la esp bj boys tu byk dh yg tak dipakai sbb dh tak muat, tgh membesar la belaka esp ariff dan razeen
ReplyDeleteAbang dah habis sekolah. Mana yg tak pakai dah tu donate/buang je la MZ.
DeleteBetul, diorg pun tengah membesar, byk dah baju seluar senteng 😅
Masa saya menetap tak jauh dari BC, memang selalu beli ayam panggang BC bila tetamu datang mengejut. Saya tinggal masak nasi ayam je. Cepat dan mudah 😀
ReplyDeleteSy baru berjinak² dgn ayam BC ni puasa hari tu kot 😁. Tapi betul, mudah sangat nak hidang dekat tetamu sbb sentiasa ada stok. Dulu suka beli ayam golek dekat² rumah tapi lepas PKP dah tak meniaga :(
DeleteSy baru je mkn ayam BC yg blackpepper =D
ReplyDeleteKami selalu beli yg ori je... Lepas ni bole try yg black pepper
Deletealhamdulillah...seronok ada tetamu mai rumah
ReplyDeleteAlhamdulillah bawa rahmat :)
DeleteSA minggu ni dah start nak decluttering...minggu ni gak nak repair bilik air, nak epoxy atap dan bilik air..skrg tgh survey tukang untuk ganti kitchen kabinet
ReplyDeleteBanyak nak buat tu SA... Semoga dipermudahkan urusan 🤲🏻
DeleteBudak kecik suka main dengan anak kucing. Jangan dipicitnya anak kucing tu, sudahlah. 😁 Terasa nak kemas almari pula lepas baca entri ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah cucu saya baik hihi...
DeleteSy pun ada lagi tempat/ruang nak kemas juga Nur. Tak pernah selesai kerja kemas mengemas ni kan
ayam bakers cottage penyelamat bila orang nak datang rumah :D
ReplyDeleteBetul tu Mazni :)
DeleteLama tak beli ayam BC. Buat nasi arab makan dengan ayam BC tu sedap jugak.
ReplyDeleteTq Cie bagi idea 🤗
DeleteNx time Akk boleh buat kalau ada tetamu datang
Hubby suka beli ayam BC ni bila tinggal berdua dgn anak soleh 😍
ReplyDeleteNiat nak rehat, malah DTG tamu ya kak 😄. Anak kecil nih kalau dikasih sup dan ayam, biasanya memang lahap langsung
ReplyDeletemeriah sekejap rumah ya bila ada tetamu dtg... suka laa si kecik tu ramai melayan
ReplyDeleteAyam BC memang penyelamat. Sedap pulak tu. Ada adik akak sorang ni setiap kali balik rumah mak mesti beli.. banyak pulak tu. Sebab dia tau anak² buah lain mesti serbu rumah nenek bila tau sepupu Kajang balik.
ReplyDelete