Tuesday, 9 June 2026

Cucu Saudara Mai Melawat

Sabtu makan kenduri di Kajang dan Bandar Seri Putra. Ahad pula makan kenduri di Cheras dan Shah Alam. Jadi, Isnin tu ingat nak rehat dan lepak di rumah je. Makan pun Ummi cadang nak masak nasi dan lauk simple² je la. Nak rilek² je... 

Breakfast berdua dengan Walid, di Batu 10. 

Anak² diberi tugasan untuk kemas wardrobe masing². Berplastik hasilnya; nak hand down, nak donate dan nak buang. Nanti ada program kutipan pakaian boleh terus hantar ke sana. 

Menjelang tengahari, anak saudara Ummi Abg Anas called nak datang rumah. Kacau daun betullah haha... Terpaksalah maksunya masak lebih 😂

Fa, cucu saudara Ummi ni dah 2 tahun usianya. Suka main dengan Adik dan Kakak, tapi takut tengok Paklong Fawwaz :D 
Abang tak usik dia pun, tapi dia tak nak pandang Abang. Siap tutup muka haha... 

Ni je Ummi sempat masak. Nak defrost ayam pun ambil masa. Jadi, Walid beli ayam Baker's Cottage 2 ekor. Ada juga sup daging korban, dapatlah depa rasa juga daging korban hari tu. Alhamdulillah si kecik tu pun makan banyak. Mamanya suap nasi kuah sup dan ayam. 

Nanti mai lagi rumah Toksu tau 🤗

23 comments:

  1. Replies
    1. Ayam Baker's Cottage Ezna...
      Jap edit jap :D

      Delete
    2. Ohhh Ok tau Bakers Cottage. Huiii ayam dia besar tu.

      Delete
  2. byk tu decluttering brg2...MZ pun nak kena cari masa la esp bj boys tu byk dh yg tak dipakai sbb dh tak muat, tgh membesar la belaka esp ariff dan razeen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang dah habis sekolah. Mana yg tak pakai dah tu donate/buang je la MZ.
      Betul, diorg pun tengah membesar, byk dah baju seluar senteng 😅

      Delete
  3. Masa saya menetap tak jauh dari BC, memang selalu beli ayam panggang BC bila tetamu datang mengejut. Saya tinggal masak nasi ayam je. Cepat dan mudah 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy baru berjinak² dgn ayam BC ni puasa hari tu kot 😁. Tapi betul, mudah sangat nak hidang dekat tetamu sbb sentiasa ada stok. Dulu suka beli ayam golek dekat² rumah tapi lepas PKP dah tak meniaga :(

      Delete
  4. Sy baru je mkn ayam BC yg blackpepper =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami selalu beli yg ori je... Lepas ni bole try yg black pepper

      Delete
  5. alhamdulillah...seronok ada tetamu mai rumah

    ReplyDelete
  6. SA minggu ni dah start nak decluttering...minggu ni gak nak repair bilik air, nak epoxy atap dan bilik air..skrg tgh survey tukang untuk ganti kitchen kabinet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak nak buat tu SA... Semoga dipermudahkan urusan 🤲🏻

      Delete
  7. Budak kecik suka main dengan anak kucing. Jangan dipicitnya anak kucing tu, sudahlah. 😁 Terasa nak kemas almari pula lepas baca entri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cucu saya baik hihi...
      Sy pun ada lagi tempat/ruang nak kemas juga Nur. Tak pernah selesai kerja kemas mengemas ni kan

      Delete
  8. ayam bakers cottage penyelamat bila orang nak datang rumah :D

    ReplyDelete
  9. Lama tak beli ayam BC. Buat nasi arab makan dengan ayam BC tu sedap jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Cie bagi idea 🤗
      Nx time Akk boleh buat kalau ada tetamu datang

      Delete
  10. Hubby suka beli ayam BC ni bila tinggal berdua dgn anak soleh 😍

    ReplyDelete
  11. Niat nak rehat, malah DTG tamu ya kak 😄. Anak kecil nih kalau dikasih sup dan ayam, biasanya memang lahap langsung

    ReplyDelete
  12. meriah sekejap rumah ya bila ada tetamu dtg... suka laa si kecik tu ramai melayan

    ReplyDelete
  13. Ayam BC memang penyelamat. Sedap pulak tu. Ada adik akak sorang ni setiap kali balik rumah mak mesti beli.. banyak pulak tu. Sebab dia tau anak² buah lain mesti serbu rumah nenek bila tau sepupu Kajang balik.

    ReplyDelete