Saturday, 6 June 2026

Abang | Permohonan & Tawaran Pasca SPM

Credit source 

Memandangkan Abang sendiri tak ada bidang khusus yang dia minat dan kami pun belum ada pengalaman berkaitan permohonan melanjutkan pelajaran selepas SPM, kami mohon pelbagai institusi. Cuma, target utama ke Matrikulasi atau Asasi di IPTA. 


Permohonan & Keputusan 

1. Darul Quran JAKIM 
Keputusan: berjaya 🤲🏻 

Banyak kelebihan DQ ni. Antaranya elaun RM550/sebulan, yuran pengajian dan asrama percuma. Cuma bayar yuran pendaftaran ±RM2080. 
Tarikh pendaftaran 4 Mei yang lepas. DQ paling awal keluarkan offer, hanya seminggu lepas temuduga, keluar keputusannya. Pendaftaran pula 2 minggu selepas keputusan keluar. 

2. IPG 
Keputusan: kandas di fasa UKCG (ujian bertulis online


3. Matrikulasi 
Keputusan: tidak berjaya > buat rayuan 
Abang mohon course kejuruteraan + tahifz. 

Timeline Matrik 


15/6 nanti baru tahu keputusan rayuan. 
In Sha Allah banyak kekosongan sebab ada yang pilih Asasi/IPG.

4. UPU 
Keputusan: berjaya 🤲🏻 

Tak tidur malam menunggu keputusan UPU ni 😅 

Selain tu, kami juga mohon IPTS/MARA. 

1. UniKL
Keputusan: berjaya 
Course ditawarkan Digital Imaging 


2. KPTM
Keputusan: berjaya 
Course pilihan Abang Islamic Banking & Finance

3. UNITEN 
Keputusan: berjaya (surat tawaran dapat on the same day kami ke open day UNITEN hari tu)
Abang pilih Foundation in Management w tahfiz. Kos untuk 1 tahun pengajian foundation ni RM14k. 

4. UIS 
Keputusan: berjaya 

Untuk IPTS ni tak susah untuk dapat tempat, cuma kena sediakan duitlah. Tempoh nak bagi jawapan pun panjang. Mungkin bagi peluang untuk lepasan SPM ni tunggu keputusan Matrik/UPU dulu. Kebanyakan pun Julai baru masuk, lewat sikit dari Matrik/UPU yang kebanyakannya mula sesi pengajian bulan Jun.  

Dan Ummi juga baru tahu yang pelajar lepasan SPM yang layak akan dapat tawaran Tingkatan 6 secara automatik ke Kolej Tingkatan 6.

Calon yang layak juga boleh mohon F6 di UKM dan USM ( ikut region). 

Ada juga peluang untuk sambung F6 di KISAS dan SMAP Labu bagi pelajar aliran agama. 


All the best Batch 08! 
Ummi tumpang happy bila dengar kawan² SRAI, kawan² SMKA Abang dapat tempat di pelbagai institusi pengajian tinggi ni. Ada yang ke Utara, Selatan, Pantai Timur, central region/Klang Valley berterbangan mengejar impian dan cita-cita masing². Esok lusa ada yang dah mula mendaftar. Tahniah juga untuk anak Mama Yan, Iris, Kyra dan anak rakan² blogger yang lain.
Selamat maju jaya! 

# Share sini untuk self record/reference dan mudah-mudahan boleh jadi rujukan esp bagi inexperienced parents macam kami 🤗

26 comments:

  1. Semoga berjaya Abang!
    Abang pilih yang mana?

    ReplyDelete
  2. Tahniah pada Abang, banyak pilihan untuk Abang nak pergi mana. Betul, yang swasta, kenalah cari pinjaman, macam Mara dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. Semoga dapat memilih tempat yang terbaik. Pening juga nak buat pilihan tu.

    ReplyDelete
  4. pilih kursus yg bukan sahaja kita minat tp jg kita yakin ada potensi dan peluang pekerjaan selepas tu...
    all the best abg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the advice Anies. Mudah-mudahan 🤲🏻

      Delete
  5. Wahhhh banyak pilihan untuk abang. Semoga dapat pilih course yang terbaik dan terus sukses

    ReplyDelete
  6. all the best abang.. tahniah...

    ReplyDelete
  7. Tahniah abang... Apa2 pun pilihan nanti... Smoga dpt sesuaikan diri dan explore bidang yg dipilih serta berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  8. congrats abg. moga dpt buat pilihan terbaik insya Allah

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, congrats abang! Banyak pilihan utk sambung belajar lepas ni. Terima kasih kongsi info ni, 2 tahun lagi akan lalui fasa ni jugak sebab next year turn anak sulung utk duduk SPM. Maknya pulak berdebar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis.
      Tbh, it's gonna be a challenging year for you as a mom also. Banyak kena sacrifice esp kalau anak sulong sbb kita belum ada pengalaman. Apapun good luck and enjoy the process 😘

      Delete
  10. Apapun pilihan Abang....aunty SA doakan semoga pilihan adalah yang terbaik...all the best...

    ReplyDelete
  11. Ya...dipilih dipilih dipilih...
    Kyra haritu tak banyak pun dia apply untuk IPTS sbb ammi cakap kita try IPTA dan matriks dulu. IPTS tu anytime boleh sbb intake dia banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kita tak tahu, itu yg apply IPTS banyak² tu... Risau kalau tak dapat Matrik @ Asasi adalah tempat nak further study.

      Delete
  12. Semoga dimudahkan untuk si Abang yaaa ☺️👍. Saya doakan dapat yg terbaik yg sesuai dengan keinginan Abang juga

    ReplyDelete