Memandangkan Abang sendiri tak ada bidang khusus yang dia minat dan kami pun belum ada pengalaman berkaitan permohonan melanjutkan pelajaran selepas SPM, kami mohon pelbagai institusi. Cuma, target utama ke Matrikulasi atau Asasi di IPTA.
Permohonan & Keputusan
1. Darul Quran JAKIM
Keputusan: berjaya 🤲🏻
Banyak kelebihan DQ ni. Antaranya elaun RM550/sebulan, yuran pengajian dan asrama percuma. Cuma bayar yuran pendaftaran ±RM2080.
Tarikh pendaftaran 4 Mei yang lepas. DQ paling awal keluarkan offer, hanya seminggu lepas temuduga, keluar keputusannya. Pendaftaran pula 2 minggu selepas keputusan keluar.
2. IPG
Keputusan: kandas di fasa UKCG (ujian bertulis online)
3. Matrikulasi
Keputusan: tidak berjaya > buat rayuan
Abang mohon course kejuruteraan + tahifz.
15/6 nanti baru tahu keputusan rayuan.
In Sha Allah banyak kekosongan sebab ada yang pilih Asasi/IPG.
4. UPU
Keputusan: berjaya 🤲🏻
Selain tu, kami juga mohon IPTS/MARA.
1. UniKL
Keputusan: berjaya
Course ditawarkan Digital Imaging
2. KPTM
Keputusan: berjaya
Course pilihan Abang Islamic Banking & Finance
3. UNITEN
Keputusan: berjaya (surat tawaran dapat on the same day kami ke open day UNITEN hari tu)
Abang pilih Foundation in Management w tahfiz. Kos untuk 1 tahun pengajian foundation ni RM14k.
4. UIS
Keputusan: berjaya
Untuk IPTS ni tak susah untuk dapat tempat, cuma kena sediakan duitlah. Tempoh nak bagi jawapan pun panjang. Mungkin bagi peluang untuk lepasan SPM ni tunggu keputusan Matrik/UPU dulu. Kebanyakan pun Julai baru masuk, lewat sikit dari Matrik/UPU yang kebanyakannya mula sesi pengajian bulan Jun.
Dan Ummi juga baru tahu yang pelajar lepasan SPM yang layak akan dapat tawaran Tingkatan 6 secara automatik ke Kolej Tingkatan 6.
Calon yang layak juga boleh mohon F6 di UKM dan USM ( ikut region).
All the best Batch 08!
Ummi tumpang happy bila dengar kawan² SRAI, kawan² SMKA Abang dapat tempat di pelbagai institusi pengajian tinggi ni. Ada yang ke Utara, Selatan, Pantai Timur, central region/Klang Valley berterbangan mengejar impian dan cita-cita masing². Esok lusa ada yang dah mula mendaftar. Tahniah juga untuk anak Mama Yan, Iris, Kyra dan anak rakan² blogger yang lain.
Selamat maju jaya!
# Share sini untuk self record/reference dan mudah-mudahan boleh jadi rujukan esp bagi inexperienced parents macam kami 🤗

Semoga berjaya Abang!
ReplyDeleteAbang pilih yang mana?
Tq NA
DeleteTahniah pada Abang, banyak pilihan untuk Abang nak pergi mana. Betul, yang swasta, kenalah cari pinjaman, macam Mara dan sebagainya.
ReplyDeleteBetul Nur. Kena sediakan duitlah
DeleteSemoga dapat memilih tempat yang terbaik. Pening juga nak buat pilihan tu.
ReplyDeleteTq Cie
Deletepilih kursus yg bukan sahaja kita minat tp jg kita yakin ada potensi dan peluang pekerjaan selepas tu...
ReplyDeleteall the best abg!
Thanks for the advice Anies. Mudah-mudahan 🤲🏻
DeleteTahniah Abang.
ReplyDeleteTq Kak 😘
DeleteWahhhh banyak pilihan untuk abang. Semoga dapat pilih course yang terbaik dan terus sukses
ReplyDeleteMudah-mudahan 🤲🏻
DeleteTq Ksarie
all the best abang.. tahniah...
ReplyDeletethanks Linda
DeleteTahniah abang... Apa2 pun pilihan nanti... Smoga dpt sesuaikan diri dan explore bidang yg dipilih serta berjaya dunia akhirat
ReplyDeleteTq MT. Aamin doanya 🤲🏻
Deletecongrats abg. moga dpt buat pilihan terbaik insya Allah
ReplyDeleteTq MZ
DeleteAlhamdulillah, congrats abang! Banyak pilihan utk sambung belajar lepas ni. Terima kasih kongsi info ni, 2 tahun lagi akan lalui fasa ni jugak sebab next year turn anak sulung utk duduk SPM. Maknya pulak berdebar!
ReplyDeleteTq sis.
DeleteTbh, it's gonna be a challenging year for you as a mom also. Banyak kena sacrifice esp kalau anak sulong sbb kita belum ada pengalaman. Apapun good luck and enjoy the process 😘
Apapun pilihan Abang....aunty SA doakan semoga pilihan adalah yang terbaik...all the best...
ReplyDeleteTq Aunty SA 😘
DeleteYa...dipilih dipilih dipilih...
ReplyDeleteKyra haritu tak banyak pun dia apply untuk IPTS sbb ammi cakap kita try IPTA dan matriks dulu. IPTS tu anytime boleh sbb intake dia banyak
Itulah kita tak tahu, itu yg apply IPTS banyak² tu... Risau kalau tak dapat Matrik @ Asasi adalah tempat nak further study.
DeleteAamin 🤲🏻
ReplyDeleteSemoga dimudahkan untuk si Abang yaaa ☺️👍. Saya doakan dapat yg terbaik yg sesuai dengan keinginan Abang juga
ReplyDelete