Sunday 18 December 2022

Swiss-Belhotel Kuantan

Swiss-Belhotel Kuantan letaknya di Tanjung Lumpor, lubuk makanan bagi yang melawat Bandaraya Kuantan. Malah, dari hotel ni nak ke Ana Ikan Bakar Petai atau Mail Ikan Bakar pun dekat (dalam 600m), boleh je nak jalan kaki kalau malas nak berkereta. Tapi, kami rajin berkereta :p 

Baca sini: Know-know sampai Kuantan 😘


Hotel ni baru 2-3 tahun beroperasi kalau tak silap.  Memang seronoklah bila menginap di hotel baru kan. Ambience best, facilities pun tip-top. Staff pun ramah dan baik. Muda-muda belaka. Antara perkara positif bila ada pembangunan sebegini, dapatlah memberi pekerjaan kepada anak-anak tempatan, selain limpahan ekonomi kepada peniaga setempat. 

Ada 2 tower, satu residensi, satu lagi hotel. Driving entrance berasingan jadi takde masalah. Parking pun takde masalah, banyak tempat boleh parking.

Jom tengok bilik...

Credit: Alif 

Bilik kami Deluxe Double. Bilik sangat luas dan selesa untuk kami 6 beranak. Tak rasa crowded sebab biliknya sangat besar selain susun atur perabot yang semuanya in place. Ada pantry, breakfast counter, meja kerja dan ruang menonton yang luas.

Dari segi kelengkapan pun serba lengkap; ada kettle, iron, iron board, mini fridge, hair-dryer serta toiletries yang lengkap. 


Sebelah kanan katil juga ada tingkap kaca yang besar. Jadi bila dikuak langsirnya, nampak lagi lapang dan cerah dengan natural light

View Bandaraya Kuantan from the window. 
Boleh nampak Kuantan 188 (Menara Teruntum) dan Masjid Negeri dengan jelas. Malam pula semua bangunan ni dilimpahi cahaya. Cantik! 


Teammate Walid minta bilik sea view, top up RM50 khabarnya. Bagi kami, city view ni pun dah awesome 👍

TV termasuk AXN Channel. Memang hilang boring kitorang melepak di bilik. Di rumah memang channel ni jadi pilihan..Tengok CSI, McGyver, SEAL Team, FBI berulang-ulang kali :D Khamis malam tu bentang toto depan TV, tengok Pendekar Bujang Lapok

Selain bilik yang best, swimming pool di Tingkat 5 juga salah satu tarikan di hotel ni. Pools bertingkat, ada seperate kids pools dan menghadap laut! 

Selain dari pools, di Tingkat 5 ni juga ada playground. 

Waktu kami menginap di sini bolehlah dikatakan fully booked hotel ni. Tapi, hotelnya besar, tak terasa crowded pun.

Ada musabaqah hafazan peringkat negeri Pahang anjuran majlis agama negeri. Seronok bila terserempak dengan para peserta dan petugas. Segak berbaju Melayu, jubah dan baju kurung. Nampak juga Ustaz Tirmizi Abdul Rahman, Qari tersohor tu. Sempatlah angkat tangan dari jauh. Ustaz rushing nak ke event tersebut agaknya. Hari kami nak check out, geng FGV pula check in. Tempat baru, selesa dan lengkap segala kemudahan pastinya jadi pilihan. 

Alhamdulillah, a wonderful getaway for us

 

20 comments:

  1. Luas biliknya memang selesa sungguh.. ;)

    ReplyDelete
  2. Besar betul bilik.
    Ustaz Tarmizi Abdul Rahman atau Ustaz Tirmizi Mohd Ali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tembam-tembam tu sapa NA? Sy ingat muka tp nama selalu confused 😅

      Delete
  3. Puas hati dapat menginap di tempat yang bersih dan selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak, dapat pula hotel yang strategik lokasinya.

      Delete
  4. Wah, seronoknya. Saya orang Kuantan duduk Penang. Balik kampung nanti nak menginap juga la kat hotel ni. Tenang sungguh suasana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhnya Kuantan ngan Penang 😯
      Penat-penat travel jauh tu elok sangat kalau stay sini sis :)

      Delete
  5. sonoknyer dok hotel baru nmpk menara 188 kuantan tu., tp wak musykil gak kenapa dinamakan menara 188 tu? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap sbb ketinggiannya Wak, 188-meter.

      Delete
  6. Replies
    1. Dah balik Gombak sis...
      Lupa nak hello-hello hari tu... Ruginya, kalau tak boleh jumpa kan :(

      Delete
  7. Memang best hotel ni, rasa tanak balik, hahaha.

    ReplyDelete
  8. Quality time with family kan...nanti kalau tau2 dah sampai Kuantan bleh menginap kat sini...

    ReplyDelete
  9. Seronok kan PH, sekali-sekala staycation di hotel. Bilik hotel nampak luas dan moden. Yang penting ada kolam renang utk budak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki:D
      Budak2 ada kolam renang memang happy -lah depa kan...

      Delete
  10. nampak selesa hotel baru ni
    seronok nk lg ada pooltu he hee

    ReplyDelete
  11. Saya dah komen semalam..Agaknya saya lupa klick publish...huhuhu

    ReplyDelete