Saturday 18 June 2022

Cenderahati dari Langkawi

Tok Umi & Tok Ayah dapat tiket ke Langkawi, selepas hit sales target. Tok Umi ni aktif berniaga w/pun dah 7-series :D Pesara guru, dah biasa aktif dari muda. Bila dah pencen Tok Umi tetap aktif.

Walaupun dah biasa ke Langkawi tapi Tok Umi tetap nak join group trip yang dianjurkan pihak syarikat. BtwTok Umi jual produk kesihatan. 

Kiriman ni sampai beberapa hari lepas...

Tak sah pergi Langkawi tak bawa balik coklat sebagai buah tangan kan? Khusus untuk Ummi dapat sudip Tefal 2 batang. Bila nak rasmi tak tahulah. Sebab Ummi ni jenis selagi yang  ada tu boleh digunakan, Ummi akan guna dan simpan yang baru ni. Apapun syukur atas pemberian. 

Ikut kata Tok Umi, trip ni seronok sebab banyak aktiviti. Salah satunya mereka dibawa ke satu extreme park. Ada few photos yang Tok Umi shared antaranya main ATV dengan Tok Ayah. Itu ok lagi, ada satu video tu Tok Umi joined zip bike activity, kayuh basikal atas tali tu. Seram Ummi tengok 😅 Kalau suruh Ummi pun belum tentu Ummi mampu. Gayat! 

Sebelum puasa hari tu dapat tiket ke Pulau Redang. Tok Umi & Tok Ayah ikut ber-snorkeling. 

Dapat T-shirt sorang satu. Ummi dapat kaftan. 

Seronok tengok my PIL, ke sana sini berdua, menggunakan nikmat sihat dan kelapangan masa yang ada bukan sahaja untuk menikmati hidup, tapi juga dalam menyediakan bekal untuk ke sana. Puasa sunat sama-sama, pergi mengaji pondok sama-sama... Moga Tok Ayah dan Tok Umi sentiasa diberi kesihatan yang baik dan kelapangan dan kemudahan dalam segala urusan.

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚



18 comments:

  1. Uiks beraninya naik basikal atas tali. Kalau saya memang tidak akan cuba.
    Alhamdulillah mereka masih sihat. Seronoklah suami isteri buat aktiviti sama-sama. Suka tengok. Mak abah saya pun selalu buat aktiviti sama-sama.

    ReplyDelete
  2. Semoga Tok Umi sentiasa sihat dan aktif meneruskan rutin harian.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya, masih aktif lagi. Kita, kan.. kalau dapat barang baru, laju jer nak guna, yg lama pun simpan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita simpan dulu, selagi yg lama elok lagi memang tak gunalah yg baru tu :)

      Delete
  4. Kagum dengan PIL PH, memang aktif sungguh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sejak muda biasa beraktiviti, sebab tu aktif sampai sekarang :)

      Delete
  5. seronok masih aktif walaupun dh pencen...best dpt mcm2 cenderahati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part cenderahati tu paling best la MT :p

      Delete
  6. Seronok tok umi dapat jenjalan..anak cucu pun seronok dapat cenderahati.Langkawi dan coklat tak dapat dipisahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang kami suka tu bila Tok Umi pi jalan-jalan haha..

      Delete
  7. perghhh caya laaa tok umie masih sihat lagi ye walau dah 7 series... semoga akan sentiasa sihat2 ye

    ReplyDelete
  8. wah... hebatlah tok umi... biasanya dh aktif dr muda mmg x boleh nk santai² bila pencen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul agaknya tu Kakmim. Taj nampak nak slow down, sentiasa aktif dan ada aktiviti yg mil nak buat.

      Delete
  9. helok la. mereka spent time togeder.
    dah pencen tak semestinya dok umah.
    ni la baru ada time berdua-duaan sebenarnya.
    holiday bersama. berikan anak cucu gift yg special :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu juga la target aida. pencen nanti, then releks.
      tak kuasa la nak berniaga pun. hidup dgn pencen seadanya.
      holiday. camping berdua ke kan :) hi hi hi...

      Delete