Di sinilah singgahan pertama kami sewaktu balik ke Kedah raya tempohari. Ada urusan yang hendak di buat jadi kami bermalam di Sungai Petani (SP) terlebih dahulu sebelum balik ke Jitra keesokan harinya.
Walid booked family room with 2 queen beds. Harganya cuma RM105. 00. Walaupun saiz bilik tak berapa besar tapi cukup selesa untuk kami berenam. Bilik airnya sangat luas. Bonus bila ada bath tub pula dalam bilik air tu. Sukalah anak-anak bila ada tempat berendam. Depa kan best friend dengan badak air 🤣🤣🤣 Entah-entah terbatal puasa Abang dengan Angah tu. Lama sangat berendam hihi...
Bilik kami ni di tingkat 3. Mula tu Ummi komplen juga sebab takde lif hihi... Tapi bila 2-3 kali naik turun tangga tu ok je. Lainlah kalau Tok ikut, memang request bilik bawah.
Biliknya bersih dan kemas. Tuala yang disediakan semuanya wrapped in a plastic case. Toiletries yang disediakan pun 'generous'. This room is meant for 4 occupants sebab tu everything provided are 4 sets.
Waktu checked in kami di berikan 1 unit sejadah dan kupon parking. Hotel ni terletak di kawasan shoplot dan kawasan parkirnya adalah parkir berbayar di bawah seliaan Majlis Perbandaran SP. Lokasi hotel ni berhampiran dengan Hotel Swiss Garden SP. Di hadapan dan bersebelahan hotel ada kedai makan jadi tak susah untuk kami beli juadah berbuka dan sahur. Cuma untuk berbuka tempohari kami beli food di bazar Ramadhan Taman Ria yang happening tu.
Staff pun friendly and helpful. Rupanya Adik tertinggal buku aktiviti di hotel. Bila staff hotel call Walid (lepas checked out) baru kami sedar. Bagus betul depa maklumkan dan tolong simpan dengan elok sekali. Raya ketiga on the way balik ke Baling baru kami singgah ambil. Hampir seminggu juga dalam simpanan mereka.
Sastria Hotel ni dibawah senarai Hotel OYO. Sepintas lalu dari pembacaan Ummi , OYO Hotels is South Asia's largest and world's fastest growing chain of homes, hotels and living spaces (Sumber: NST) . Ummi pun tak berapa faham konsep/business modelnya tapi katanya kalau book thru OYO apps boleh dapat harga murah. Lebih menjimatkan. Tapi kami direct booking, lebih selesa cara konventional. Kalau perasan, sekarang banyak hotel bajet yang ada nama/logo OYO di premis mereka. Mungkin OYO membantu dari segi sales & marketing.
Sastria Hotel
28 Jalan Pahlawan
Taman Lagenda Indah
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman
No tel: 04 424 6744
OYO ni banyak letak bilik diorang kat hotel2 lain..konsepnya, diorang beli/sewa beberapa bilik kat hotel2 lain untuk dijadikan OYO room..mana2 hotel yang ada logo OYO tu, haaa ada bilik OYO kat situ...
ReplyDeletebagus juga kann diorang call guest yang tertinggal barang..tak semua hotel macam tu...good job Sastria Hotel 👍👍👍
Oh terima kasih info ni Sunah 👍
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih dari Sastria Hotel Sungai Petani,Kedah.
ReplyDeleteasslamualaikum hotel ni buka 2021 ni
ReplyDeletekami start beroperasi dari 21.01.2012. Jemput la mai Sastria Hotel Sungai Petani.
Delete