Last week on Monday Walid cuti, nak pegi lunch dengan ex-officemates dia di CM. Sanggup tu ambik cuti nak jumpa kawan2 lama hihi...
So pagi tu Umi ajak Walid breakfast kat kafe ni. Kafe ni satu row dengan Thaqwa Sri Gombak, at the end lot. Berhadapan dengan kedai makan Seri Ayu yang famous dengan lauk pauk kampung tu.
Kafe ni menyediakan hidangan pantai timur; nasi tupe (tumpang), nasi air dingin, nasi kerabu, nasi dagang dll. Semuanya dah di pack siap2 seperti mana2 kedai makan/restoran di pantai timur. Dan food semuanya 'diimport' dari sana. Ada Umi nampak artikel dalam newspaper yang dibingkaikan tergantung di tepi meja cashier berbunyi "Nasi Tupe Naik Pesawat". Kalau tak silap, nasi baru sampai before noon so stock memang sentiasa ada especially untuk sesi petang. Kafe tutup pukul 5 ptg.
Selain tu ada juga kuih muih pelbagai jenis. Dah namanya my31 kueh kan mesti banyak kueh. Yang bestnya semua kuih diletakkan dalam almari kaca, macam kat bakery tu. Ini baru style 😃 teringat masa Umi pegi Bandung dulu macam ni lah depa display kuih muih depa. Memang nampak menarik dan ada class gitu :)
Ini pilihan Walid.
Umi malas nak makan nasi, order bihun sup. Ada option kalau kita taknak makan nasi antaranya bihun/mee sup @ soto.
Yang ni roti titab. Famous dekat Kopitiam
Kita, KB. Roti bakar sapu marjerin & kaya then pecahkan 1/2 boiled egg. Buat sendiri pun boleh 😉
Umi suka ambiance kat kafe ni, old school. Rasa macam duduk dekat kedai kopi dolu dolu je. Dengan meja & bangku kayu tu memang menggamit memori. Eh harga air dia rm1 je tau! Kecuali la ada yang order air hebat2 lainlah harganya. Takat teh O, teh tarik ke kopi ke secawan singgit je.
Jom kita!
Banyaknya kuih, lagi2 menu dari pata Timo, dak sungguhla, Ada laksam Tak?
ReplyDeleteYup menu pata timo :)
DeleteAda Kak...jom!
Teh tarik seringgit tu yang best 😍
ReplyDeleteItulah sis, sampai cik Abang kita order 2 gelas hehe
Deletesedap nampak roti tu, walaupun boleh buat sendiri dirumah tapi kalau pergi kedai nak juga order tu
ReplyDeleteWaw byk menu pantai Timur rare kat sini
ReplyDeletedekat je gan rumah mak ni, tapi tak perasan kedai ni hehee
ReplyDelete