Saturday 9 November 2013

Balqis Sufya


Alhamdulillah, hari ni genap 14 hari usia anakanda Balqis, puteri pertama kami. Izinkan saya mencatat sedikit sebanyak pengalaman melahirkan Balqis sebagai kenangan di hari tua.

"So, dah pilih tarikh?" tanya Dr S ketika kami berjumpa beliau ketika kandungan mencecah 36 minggu. Dr S kami pilih menggantikan Dr D yang kebetulan bercuti hari tu. Dengan penuh confident, hampir serentak saya dan suami bersuara "ikutkan 8/11 la Dr" sambil merujuk kepada EDD saya.

"Tak boleh tunggu, nanti kalau berlaku contraction kita khuatir jahitan lama tu terbuka" terang Dr S.
.
"kita set 28/10 la ye" sambung Dr S sambil nenunjuk kpd kalendar di atas mejanya. "oklah doktor", celah suami saya pantas. Amboi semangat betul...:p Sedangkan dlm hati saya dok berkira2 lagi, kalau boleh nak nego lagi...he he... sempat jgk saya mencelah "1/11 xleh ke doktor?". " kita khuatir kalau u start contraction, nanti parut lama tu pecah, bahaya utk u & baby", jelas Dr S. 

Setelah mencapai kata sepakat, saya dinasihatkan oleh doktor utk berpuasa bermula jam 12 t/mlm sehingga selesai pembedahan. 

Selepas mendaftar masuk wad, nurse mula menyiapkan saya utk pembedahan - ambik tekanan darah, pasang tiub kencing dll. Sekitar jam 10 pg saya disorong ke OT. Kali      ini saya lebih tenang & bersedia jika nak dibandingkan dgn 2 proses kelahiran sebelum ini. 

Alhamdulillah tepat jam 11 pg lahirlah puteri saya disambut laungan azan dari kaset yang dipasang. Tercapai hajat kami suami isteri utk menimang anak perempuan kali ini. Syukur pada Allah. 

Pengalaman mengandungkan Balqis adalah yg paling mencabar buat saya setakat ini. Berminggu-minggu saya MC, cuti tanpa gaji, masuk wad serta dehydration yg sgt teruk hingga berpuluh botol air & vitamin yg dimasukkan ke dlm badan. Hingga hari kelahirannya saya masih mengalami alahan . Namun segala keperitan itu seolah2 hilang tatkala menatap wajah comel Balqis. 

Angah & Balqis

Abang & BalqisS

Semoga anak-anak Umi membesar sebagai penyejuk mata Umi & Walid. 

4 comments: