First Kakak buat Cornflakes Madu, kelmarin Ummi buat Popia Sira. Resepi macam biasa Ummi ikut resepi Khairul Aming. Mudah² sesuailah dengan level newbie macam Ummi ni :p
Popia Sira
Sumber: Khairul Aming
Bahan-Bahan:
1 peket kulit popia size besar
1 sudu makan tepung gandum - bancuh dgn sikit air (utk gam hujung popia yg digulung)
5 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu makan cili kisar
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Air
½ cawan gula
Cara Penyediaan:
1. Ambil sekeping kulit popia dan gulung. Boleh guna straw. Buat sehingga kulit popia habis. Tak salah ada 50 PCs dlm 1 peket tu.
Ummi gulung dgn tangan je, lagi senang :)
4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
5. Dengan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili kisar. Masukkan air dan tumis hingga pecah minyak
6. Masukkan gula dan didihkan hingga caramelized.
7. Masukkan popia tadi dan gaul sebati. Tutup api
8. Tabur bijan dan gaul sekali lagi.
9. Angkat popia dan masukkan dalam talam atau bekas besar untuk disejukkan.
10. Bila sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara. Siap!
Selamat mencuba 🤗
Alhamdulillah
ReplyDeletemesti sedap ni
Selalu buat popia cheese je. Tak pernah lagi buat sira ni.
ReplyDeleteBaru semalam tolong mak mentua dan biras buat popia nestum. Bab menggulung tu yang macam leceh sikit. Popia sira sebalang pun boleh habis sorang² makan. hihi...
ReplyDeleteyang ni resepi memang nampak ringkas dan senang...boleh la buat bila2 rajin nanti...
ReplyDeletewaahhhhh ini mcm kena try ni! hehe
ReplyDeleteMenarik untuk dicuba ni
ReplyDeleteIni sedaaap memang cemilan yg saya juga suka ❤️. Popiah basah, ataupun kering seperti ini sama sedapnya 😍
ReplyDeleteRaya haritu , plan nak buat popia sira . Tapi terbuat popia nestum dan popia cheese
ReplyDelete