Tuesday 2 April 2024

Projek Raya I ~ Cornflakes Madu Air Fryer

Cuti Nuzul Al Quran 4 hari tu ambil kesempatan buat kuih raya. Buat Cornflakes Madu je :) Cipta kenangan dengan anak²... 

Cornflakes Madu 4 Bahan 
Sumber: Siakap Keli

Bahan-Bahan:
Butter 250 gm  
Madu 5 sudu besar
Gula perang 3-5 sudu makan
1 kotak emping jagung/ cornflakes 

Cara Penyediaan:
1. Sediakan kuali dan gunakan api perlahan untuk mencairkan mentega, madu dan gula sehingga kesemua bahan larut sepenuhnya
2. Apabila kesemua bahan telah cair, tunggu seketika dan biarkan ia mendidih seketika dan tutup api dengan kadar segera. Selepas api ditutup, biarkan campuran mentega cair bersama madu dan gula suam sedikit.
3. Seterusnya, masukkan cornflakes ke dalam adunan dan gaulkan kesemua sehingga semua cornflakes disalut dengan campuran tersebut secara sekata
4. Kemudian, alaskan bakul air fryer dengan baking paper masukkan cornflakes yang telah disaluti campuran tadi ke dalam bakul air fryer. Jangan masukkan padat sangat cornflakes, takut masak tak sekata nanti. [Untuk saiz air fryer kami, Kakak masak 3 batch adunan di atas]. 
 5. Tetapkan suhu dalam lingkungan 165-170 darjah Celcius dan masa dalam lingkungan tiga hingga lima minit. Biarkan cornflakes tersebut masak di dalam air fryer.
6. Apabila masak, masukkan Cornflakes Madu yang telah dimasak ke dalam bekas kedap udara. 

Versi ni tak payah masuk dalam cupcake papers, terus masuk balang je :) 

Dapat 3 bekas. 
Satu dah licin 😂



12 comments:

  1. Alamak, nampak gaya, macam tak boleh bertahan sampai raya ni. Kena sembunyi dalam almari, bagi anak tak nampak. :D

    ReplyDelete
  2. biskut yg mudah buat ni...mkn pn laju juga....hah lg senang ni trus masuk balang ye..tk ltk dlm paper cupcake

    ReplyDelete
  3. wahhhhh mudah buat & cepat licin juga ni hehe

    ReplyDelete
  4. Cipta kenangan yang mahal, itu yang best tu. Alamak, kuih ni belum sempat raya dah boleh habis dah. hihi...

    ReplyDelete
  5. Anak2 pun dah request nak cornflakes madu ni. Weekend ni baru nak buat.

    ReplyDelete
  6. Bagus tidak patah masuk bekas cawan. Hehe yang ini memang popular.

    ReplyDelete
  7. Lagi 2 bekas kena sorok ke PH takut licin jugak. Haha

    ReplyDelete
  8. dah beli dah satu paket besar tu cornflake nya. tapi belum start lagi

    ReplyDelete
  9. Iris heboh nak buat ni.. x tau la bila nya. MA nak buatkan dia x kasi, dia nak buat sendiri katanya

    ReplyDelete
  10. Sekarang lebih simple tak masukkan dalam paper cup dah kan..Anak jantan saya ada juga beli 2 balang saya ingatkan yang pedas tu sbb takda paper cup🤣

    ReplyDelete
  11. Conrnflakes madu ni mudah sejerr nak buat

    ReplyDelete
  12. cornflakes macam ni memang kesukaan ramai la ni..memang x jadi kuih raya la nanti

    ReplyDelete