Friday 5 April 2024

Kuih Raya Tunjuk²

Seperti tahun² sudah, Ummi lebih pandai menunjuk² kuih raya, dari membuatnya 🙈

Kuih raya by Cik Mila.
Every year Ummi beli dengan dia, dari harganya RM10 sebalang sampai sekarang harga naik RM14, Ummi beli sebab sedap dan harganya masih mampu beli. Ada offer 6 balang RM80 (dlm RM13.30 satu balang), Ummi belilah satu set. Dapat sampul raya juga. 

Ahad lepas Uncle Shy datang rumah hantar Almond London. Yang ni pun kira murah, RM20/sebekas. Dijamin sedap juga sebab airtangan US ni lama dah kami makan, kena dengan selera. Duit raya tu untuk anakanda berempat. Tq US, mudah-mudahan bertambah luas pintu rezekinya 🤲

Pelbagai jenis kerepek ni pula Ummi tempah dengan kenalan dari Muar, Cik Nor. Berhubungan melalui WA je, sejak 4 tahun lepas masa Abang dapat masuk SMKA TMUA. Anak CN senior sekolah tu, jadi banyaklah juga Ummi tanya itu ini selain bertanya dgn arwah Abe dan isterinya, Cik Dora yang juga kawan baik anak CN. Kerepek banyak² ni Ummi sedekahkan dekat cikgu² kelas dan guru halaqah Abang, selain untuk makan sendiri. 

Paper bag tu mahal :D 

Ni pula semperit, Walid order dgn ex-officemate. Sebalang RM35. Dulu Ummi tak tau pun kuih ni namanya semperit, sebab kenal yang jenis bunga tu je... Tart Nenas pun sama, kenal tart gulung je. Jenis bunga² yang jem kat atas macam bawah ni 👇Mai ke ibu kota baru kenal ☺️ 

Ni tak beli, buah tangan dari bosses. Tart Cadbury tu favorite anak². 

Ni pula dari Mama Nurin. 

Alhamdulillah campur 2-3 jenis yang Ummi buat, meriah jugalah kuih raya tahun ni. Tak tunggu raya, bulan puasa ni pun kami ngap dah. Sebab bulan puasa ni tengok itu, tengok ini jadi teringin. Jadi, lepas berbuka pakat pegang balang sorang satu 🤭

Sebab tu yang dah tinggal balang pun ada :D

7 comments:

  1. Banyak juga beli. Jumpa yang sedap memang harus beli setiap tahun.

    ReplyDelete
  2. Murah² harga kuih tu, PH. Berbaloi la beli dapat harga macam tu. Oh, yg bosses bagi tu kuih mahal, RM42 sebekas.

    ReplyDelete
  3. Harga murah tu. Harga naik pun masih berpatutan lagi. Saya tengok harga kuih sekarang kebanyakkannya RM35 dan ke atas. Kumpul² banyak juga koleksi kuihnya. Memang meriah. Tahu takpe kak. Kalau nak merasa 1, mesti nak makan lagi dan lagi. Belum sempat raya dah banyak ngap.

    ReplyDelete
  4. boleh tahan murah harga kuih2 tu semua...kat opis ni...xde yang murah macam tu PH..hehehhe..biasalah org meniaga dalam pada masa harga bahan asas pun mahal dah kan...so SA beli kerepek2 je..sebab dah tau kalau biskut raya memang x habis

    ReplyDelete
  5. Meriah koi raya depa...
    Kami pun kalau semprit yang bunga tu..sini rupanya depa panggil dahlia..kita pun ikut la panggil semprit dahlia

    ReplyDelete
  6. Kue raya nya jadi bermacam2 ya kak 😄👍. Jadi lebih meriah . Apalagi kalo tamu banyak datang. Bisa bergantian dihidang. Saya pun hanya beli, tak ada yg buat. Memang tak bisa kalo pasal bikin kue sendiri 🤣🤣

    ReplyDelete
  7. Tahun lepas CCL semangat buat kuih raya , tapi tahun ni mood down sikit .. Jangan katakan kuih raya tunjuk .. Kuih raya untuk tahun ni pun xda . Sempat beli kuih lagend² jerr . Sedihh kan . Hehehe first time beraya tanpa kuih raya di rumah .

    ReplyDelete