Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga πΉ
Actually kebaya ni Maklong bagi 2-3 tahun lepas tapi Ummi simpan sebab tak sedondon dgn baju Walid & kids.
Beraya di Jitra lagi untuk kesekian tahunnya π
Kali ni ada geng; Maksu & her girls. Itu yang lepas solat lepak makan jamuan raya surau dulu:) Selalu dgn gegirls je, lepas solat terus balik. Segan nak lepak dengan geng Tok Umi :D
Sebelum ke surau, Ummi masak Nasi Beriani, Ayam Goreng Kari & Acar Timun. Pukul 4 pagi dah bangun, nak kekalkan momentum bangun waktu sahur. Masak guna dapur gas sebab Ummi merajuk dgn Bik Phillips Ummi :p Semalam masak Rendang Daging terlebih empuk. Taknak salahkan diri sendiri kita salahkan periuk haha...
Daun Kunyit dan Daun Limau Purut petik belakang rumah Tok Umi, puashati dapat daun segar, sebanyak² Ummi letak :D
Yang ada family kami dan family Paksu je. Depa tema lilac. Ramai juga yang pakai warna lilac tahun ni kan?
Pukul 12 lebih baru sampai di rumah pertama. Panas sungguhlah cuaca di Kedah ni. Berpeluh dan berlengaih!
Kali ni pun ziarah rumah² wajib;
1. Rumah Tok Cik Daq @ Siputeh
2. Rumah Toklang Pian @ Kandis (suaminya Toklang Chen meninggal Ahad, 7.4, hari kami balik kampung itu hari)
3. Rumah Tok Kodiang @ Kodiang lah kan :p
4. Rumah Toklong Im @ Kodiang
5. Rumah Paknjang Asri @ Pdg Perahu
6. Rumah Paksu Syukri @ Pdg Perahu
Selalunya sebelum rumah #2 π, kami akan singgah dulu rumah Tokngah Mah. Rupanya pertemuan raya tahun lepas adalah pertemuan terakhir dengan Tokngah Mah. Beliau telah dijemput pulang kepada pencipta-Nya. Begitu juga Toklang Chen, last kami jumpa raya tahun lepas. Bila berlaku sebegini terasa setiap pertemuan tu sangat berharga. Jadi, gunalah sebaiknya untuk cipta kenangan terindah π«Ά
Dan ini...
selamat hariraya aidilfitri 2024 utk cikpuan hazel sekeluarga., aminn
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidilfitri buat PH sekeluarga ya. Cantik kebaya PH dengan bunga² kecik tu. Oh, tak jumpa lagi org pakai baju warna lilac.
ReplyDeleteBunga api cantik berseri,
ReplyDeletePelita bulu menghiasa halaman;
Hari Raya menjelma lagi,
Tangan dihulur bermaaf-maafan.
Selamat Hari Raya. Tudiia jauh di Jitra nun. Dengar kata 4 negeri terpanas setakat ni, Perlis, Kedah dan 2 lagi kat mana entah. Lupa!
ReplyDeleteseronok agaknya beraa jauh2 ni kan...tahun depan x semua family ada beraya, kalau x silap family SA je..ang lain semua beraya kat rumah in law...sedihnyaaaaa....
ReplyDeleteEid Mubarak Pn Hazel
ReplyDeleteKami kena scam....orange π§±π€£
ReplyDeleteseronoknya beraya dikampung....
ReplyDeleteTuh laah, kadang kalo lihat foto kluarga saat raya tahun lalu, kemudian berulang di raya THN ini, baru sadar dan bersyukur kalo member masih lengkap.
ReplyDeleteLalu berdoa semoga semuanya bisa berkumpul lagi THN depan.
Pagi-pagi petik bunga raya
ReplyDeleteSelamat hari raya .