Page 11, 2023
Dari perkarangan rumah Ummi nampak asap berkepul-kepul di udara. Asap hitam, pasti ada kebakaran. Lari masuk ke rumah, ambil phone. Manalah tahu, sesuatu berlaku di Pasti. Alhamdulillah takde sebarang info dari guru-guru.
Tapi, hati masih tak sedap. Teringat kawan-kawan/kenalan yang tinggal di belah-belah situ. Dalam hati berdoa sangat agar semuanya dilindungi-Nya dan dipermudahkan segala urusan. Bila dengar siren Bomba yakinlah Ummi memang ada kebakaran. Ialah dari jauh kita hanya nampak asap.
Bagai diduga rupanya Ummi kenal ahli rumah tersebut. Rumah Cg NAAZ, guru kelas Kakak di SRAI ðŸ˜
Hangus rumahnya dijilat api. Tapi syukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku dalam kejadian tengahari semalam.
Sebagai orang yang pernah mengalami musibah kebakaran ni, kami sekeluarga sangat bersimpati dengan Cg NAAZ sekeluarga. Doa tak putus-putus untuk keluarga mereka.
Alhamdulillah pihak surau dan PIBG SRAI juga telah melancarkan tabung derma kilat untuk Cg NAAZ.
Walid pun dah contact NGO Syabab Care sekiranya boleh ditawarkan Rumah Prihatin untuk cikgu sekeluarga. Sekarang kata cikgu, beliau tinggal di rumah adiknya. Alhamdulillah ada saudara-mara terdekat di sini. Berdasarkan pengalaman kami, sekurang-kurangnya 3 bulan juga untuk selesaikan urusan pembaikan rumah. Mungkin lebih lama untuk cikgu sebab rumahnya boleh dikatakan total loss.
Ada insan berhati mulia minta Ummi sampaikan kpd Cg NAAZ. Menangis Ummi sebab terharu. Ummi cuma post di status WA pagi tadi, akak ni (jiran) tengok dan terus sedekah untuk Cg NAAZ. Allahu Akbar! Moga Allah limpahi kebaikan dan kesihatan yang berpanjangan buat beliau sekeluarga 🤲
Sama-sama kita doakan agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan oleh-Nya dan diberi ganti apa yang hilang dari mereka dgn yg lebih baik aamin.
Innalillahi wainnalilla hirojiun.. semoga cikgu NAAZ tabah menghadapi dugaan ini.. berat mata memandang berat lg bahu yg memikul
ReplyDeleteAllahuakbar. Semoga Cikgu Kakak tabah menghadapi dugaan awal tahun baru ni. Total loss pulak tu 😢
ReplyDeleteInnalillah wainna ilaihiraajiun.. semoga diberi kekuatan dan ketabahan buat cikgu. Allahu..
ReplyDeleteAllahuakhbar..... semoga family cikgu NAAZ hadapi dugaan dengan tabah ye...
ReplyDeleteInnalillahiwainnailahirajiun. Semoga Allah gantikan yang hilang dengan lebih baik.
ReplyDeleteAllahuakbar terasa sempit dada..moga mereka kuat&redho dengan ujian ni,moga semuanya dipermudahkan urusan mereka
ReplyDeleteAllahuakhbar...semoga keluarga Cikgu tu tabah hadapi dugaan tahun baru..dah tau ke kebakaran disebabkan apa PH?
ReplyDeleteYa Allah kesiannya ,sebaik selamat semua . Semoga segala urusan dipermudahkan pada mangsa
ReplyDelete