Thursday, 7 March 2024

Kenduri Kesyukuran Jiran

2.3 Cik Zana jemput ke rumahnya, kenduri sambut puasa katanya. Rupanya ada majlis di sebelah pagi, majlis merisik anaknya, Mira. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan untuk disatukan nanti 🤲

Boleh dikatakan hampir setiap kali menjelang Ramadhan Cik Zana buat kenduri kesyukuran. Dan seperti biasa kendurinya mewah dengan aneka makanan. 

Kali ni pun ada Rendang Udang Galah dan Keli Berlada. Yang nampak ekor ni Ikan Senangin Masak Asam Pedas. Ada juga Nenas Masak Lemak, Ayam Goreng Berempah serta ulam-ulaman. Penuhlah pinggan Ummi pun 🤭

Adik ambil laksa, sedap 👍 Tapi Ummi tak ambil gambar sebab semeja dengan jiran-jiran lain, segan :) Selalu makan kenduri duduk dengan Walid tapi kali ni tetamu lelaki sesama lelaki, perempuan sesama perempuan. Senang nak berborak.

Lepas Zohor Abang dan Angah pula ke rumah Cik Zana. CZ tapaukan kuih² untuk depa dua. Masa Ummi makan tadi tu Ummi teringin tengok Cik Ana makan kuih koci, tapi Ummi tak ambil. Alhamdulillah merasa juga sebab dalam bekas ni ada kuih koci. Rezekikan...

Malam sebelum tu, depa bawa balik nasi kenduri. Nampak tak Kacang Munggai tu? Betullah kata Aunty, kacang ni boleh dibuat dalca. 


Beras ni pula Angah bawa balik lepas solat Subuh. Ada jiran sedekah beras. Bagus tau kejiranan kami ni, macam² yang disedekahkan. Sayur, buah-buahan, makanan dsbnya... 

Alhamdulillah rezeki. 

18 comments:

  1. seronok baca cerita kejiranan PH..bukan senang nak dapat kawasan bandar jiran2 sepakat,baik,ramah macam duduk kg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki kami juga Mama Pia 🤲

      Delete
  2. Mewah menu kenduri rumah cikZana, memang tak boleh makan sikit kalau gini 😄

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...seronok dapat kejiranan macam nie...moga ukhwah yang terjalin berterusan..aamin

    ReplyDelete
  4. Nampak mewah juga kenduri kesyukurannya. Dapat jiran baik pun rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ezna, jiran yg baik pun besar nikmatnya alhamdulillah syukur

      Delete
  5. seronoknya kejiranan rajin bersedakah mcm-mcm sempena Ramadhan! ada rumah kosong lagi tak kat situ? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sangat la tu, Akk nak pindah ke kg Ana, Ana pulak nak duduk area rumah Akk. Kita tukar suka sama suka haha 😂

      Delete
  6. Alhamdulillah . Dapat jiran yang macam ni pun salah satu rezeki juga . Bestnya kalau dapat buat makan-makan sikit sempena sambut ramadhan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH pun teringin nak buat makan² b4 Ramadhan tapi x sempat dah. Esok Abang balik asrama dah :)

      Delete
  7. Kacang munggai tu memang tak pernah jumpa kat pasar atau pasar raya. Kalau ada benih boleh tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat perumahan byk yg tanam pokok munggai ni. Semai dari biji atau batang. PH pernah tanam tapi x hidup :(

      Delete
  8. Alhamdulillah ramai buat kenduri kesyukuran menyambut ramadhan.. selamat menyambut ramadhan:D

    ReplyDelete
  9. Kejiranan PH best betul compared kejiranan SA

    ReplyDelete
  10. Wow ..rendang udang galah .
    Eh,lepas PH masak kari munggai hari tu terliur la pulak..rezeki hari ni hitea kat Marriott Hotel ada gulai munggai ni..terus teringat PH

    ReplyDelete
  11. Aisssh banyak makanan 😍😍. Sedap pula semua. Baiiik sangat Jiran kakak. Beras skr lagi mahal, dan dibatasi tiap beli kalo di sini. Jadi bagi yg sedekah beras, memang sangat membantu lah. Semoga mudah rezekinya nanti

    ReplyDelete