Kali ni kami memilih bermalam di Sunway Hotel Seberang Jaya sewaktu ke majlis perkahwinan Ijah.
Sampai dah malam, ginilah gambarnya :D Semua dah lemau, 10 jam atas jalan. Sebelah hotel ni ialah Sunway Medical Center.
Kami booked bilik deluxe twin (RM253/night).
TV mula tu tak boleh guna. Then staff maintenance datang tukar wayar. Wayar putus katanya. Haha, lama tak dengar perkataan 'wayar putus' :D
Bilik air luas. Air lajuuuuu 👍
Apalah maknanya mai Penang tak pekena nasi kandaqkan? Layan nasi kandar ni dalam bilik ja... Pagi esoknya pun Walid keluar beli sarapan dan Ummi sarapan dalam bilik juga.
Alhamdulillah selesa sangat menginap di sini. Di samping bilik yang selesa, lokasi juga strategik. Dekat dengan highway dan pelbagai kemudahan; kedai makan, self service laundry, bank... semuanya walking distance je.
Kami pernah menginap di The Lights Hotel dan Blanket Hotel yang letaknya dalam kawasan yang sama. Kalau ada bajet lebih boleh ke The Lights (ada swimming pool dan breakfast buffet superb!), kurang bajet boleh ke Blanket Hotel dan jika bajet sedang-sedang boleh pilih Sunway Hotel ni (takde swimming pool). Semuanya ada kelebihan. Tepuk poket masing-masing :p
Sunway Hotel Seberang Jaya
11, Lebuh Tenggiri 2
Pusat Bandar Seberang Jaya
13700 Perai
Pulau Pinang
Tak tau pulak Sunway ada hotel di Pulau Pinang jugak. Ingatkan di KL je.
ReplyDeleteDi Penang ada 2 sis; satu di Georgetown, satu kat SJ ni.
DeleteNampak cantik pula hotelnya PH tapi tak ada swimming pool?. Kalau saya ok je. Kalau anak2 kecik memang nak mandi pool la.
ReplyDeleteCantik dan well maintained 👍
DeleteKami pun ok sbb sampai pun dah malam hehe... Esoknya pun keluar awal, gi makan kenduri.
Jap Cuya cuba tepuk poket. *pap pap pap!
ReplyDeleteKeluar lalat jerrrrr XD
Naper lalat pulak dok dlm poket tu? Kot keluar syiling gagah lagi 😆
DeleteSaya nampak makanan je... terus lapar...😅
ReplyDeletePi la pekena nasi kandaq. Dekat dah Kulim tu :)
Deletedr mgu lepas en suami ajak cari nasik kandaq... bestnya dpt mkn nasi kandaq ori di penang
ReplyDeleteWahhh.. baru semalam nampak PH gi makan kenduri SA kat Somban, tiber dah sampai Seberang Jaya pulak. 10 jam tu... Mujurlah dapat tempat yg selesa utk bermalam.
ReplyDeletekami tak kesampaian nak ke utara cuti ni,ingatkan dapat la pekena nasi kandar..tak dak rezeki
ReplyDeleteSeronoknya..cadangnya nak hanimun kat Penang..lepas tu macam x sanggup plak nak lama atas jalan...tu yg decided pi CH
ReplyDelete