Monday, 26 September 2022

Adik ~ Result UKS SRAI

Alhamdulillah nampaknya Adik akan bersekolah sama dengan Angah dan Kakak. 

Adik semasa hadir UKS 20/8 tempohari. 

12/9 lalu keputusan UKS keluar. 

Tahniah Adik. 

Untuk yang berjaya, kena print surat tawaran dan surat pengesahan terima tawaran beserta surat beranak dan bawa ke SRAI sebelum 23/9 lalu. Alhamdulillah Ummi dah submit borangnya pada 19/9 . Bayar RM8.00 untuk name tag. Yang tidak berjaya pula, boleh buat rayuan.

Based on previous experience, kena ke SK juga untuk batalkan tawaran penempatan SK (sekolah kebangsaan). Syarat wajib untuk UKS ialah mendaftar di SK sebab elakkan berlaku kes keciciran murid jika tidak berjaya ke SRAI. Sebelum-sebelum ni masa Abang hinggalah ke Kakak Ummi ke SK yang ditempatkan dan pihak sekolah akan cop BATAL di belakang surat beranak. 

Untuk kali ni, Ummi diminta buat surat pembatalan penempatan dan bawa bersama surat tawaran SRAI & surat penempatan SK. Alhamdulillah selesai urusan pada 26/9. 

Boleh je nak ignore tawaran SK tu, tapi kesian pula yang merayu untuk penempatan di SK tersebut. Bila ada kekosongan barulah PPD akan tempatkan murid yang buat rayuan tu.  Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita. Pegang hat ni ja, انشاء الله yang baik-baik saja Allah bagi pada kita 😘


Lepas ni tak ada lagi dah yang akan ambil UKS :D 






13 comments:

  1. Ada cerita setiap anak ke UKS.
    Tahniah Adik. Senang satu sekolah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Allah sentiasa permudahkan urusan.

    ReplyDelete
  3. Senang satu sekolah, sekali arung hantar. Tahniah buat adik & PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...itulah target-nya pun SK :D

      Delete
  4. Alhamdulillah.. Tahniah buat adik, berjaya ikut jejak langkah abang, angah dan kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Carneyz...Ummi pun senang nak uruskan :)

      Delete
  5. Tahniah adik..
    Semoga dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat...🤲

    ReplyDelete
  6. Syukur alhamdulillah...tahniah Adik..belajar rajin- rajin ok....

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..congrats adik!!!

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah senang sikit boleh akak dan angahnya tgkkan

    ReplyDelete