Tuesday, 27 September 2022

Api ~ Coretan Minggu 6

24/9 genap 6 minggu musibah menimpa kami. Kalau kawan-kawan perasan makin hari makin slow je Ummi update pasal musibah ni kan? Itulah juga gambaran perasaan dan semangat yang semakin pudar menunggu buah yang belum jatuh :(

Day 36
Kami berpindah sekali lagi, dari Batu 8 ke Sri Gombak semula. 

Kereta Ummi pun dah jadi macam rumah :) 

Asalnya nak staycation sempena cuti Hari Malaysia. Nak cari tempat lebih selesa (ada aircond, ada TV selesalah bagi kami)  tapi berkenan pulak dengan homestay ni. Lebih dekat dengan rumah kami. Senang Ummi nak berulang-alik terutamanya lepas hantar Adik ke sekolah. Jika tidak, 4-5 jam Adik di sekolah tu, Ummi melangut je di rumah kami yang gelap gelita tanpa elektrik tu. Setakat bagi makan kucing, sapu halaman dan siram pokok itu je yang boleh dibuat pun. 

Day 37
Walid follow up with the LA, katanya will submit the report by today. 

Day 39
Follow up with Takaful, katanya depa dah dapat LA'S Report semalam (Day 38). Alhamdulillah semua report yang diperlukan dah siap. So now pending approval from the claim department. 

Itu aje lah progress as at 6th week. 

Penat, jemu, upset semua ada aih...Tapi, setiap kali rasa nak give up, there's always something motivates me... 

Sekali tu nampak status WA jiran, dia share video ceramah 
Datuk Ustaz Kazim Elias. Kata Ustaz, "bila Allah bagi ujian kepada kita, makan bersedialah untuk terima hadiah dari-Nya"  Sebab setiap ujian tu ada hikmahnya. Mudah-mudahan 🤲 

Mungkin juga doa berterusan dari semua membuatkan kami terus sabar. For that, thank you very much semua 🌹

10 comments:

  1. Allahu Akbar! Kagum dgn semangat PH. Tak semua mampu diuji dan kuat mengharungi ujian ini, PH. Semoga Allah swt memudahkan urusan PH sekeluarga, diberi keafiaatan dan sejahtera selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah down sebenarnya SK:( tapi apa boleh buat, benda beyond control terpaksa hadap dgn sabar & redha

      Delete
  2. Ganjaran di akhir ujian. Harap rumah lebih cantik, baru dan selamat. Insya Allah. Amin.

    ReplyDelete
  3. Semoga cepatlah urusan di claim department tu.
    Moga Allah kurniakan kekuatan buat PH sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin 🤲
      Ikutkan dah tak kuat pun :(
      Penat menunggu huhu

      Delete
  4. Semoga urusan claim tu cepat lulusnya...memang amik masa kan PH..kita ni penat..kalau boleh nak tennag- tenang je..apapun..insyaallah pahit akan ada manisnya...ehh..tajuk laguuuuuu...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..
    Masih mampu tersenyum dalam ujian...in shaa Allah ada la hikmah yang tersembunyi..Allah maha pengasih & penyayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senyum je la MC ..nak nangis pun bukan jadi cepat pun prosesnya😅 banyak cengkadak depa :p

      Delete