Semalam, 29/6 Kakak ambil Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) SRAI 2019. Mengikut info dari PK HEM sebanyak 258 permohonan yang di terima. Yang akan di terima masuk untuk sesi 2020 hanyalah kira-kira 100 orang. Harapnya Kakak antara yang berjaya aamiin. Besar harapan kami agar Kakak dapat sekolah sama dengan Abang dan Angah.
Kakak OK je semalam, tenang dan ceria je. Ada jugalah anak-anak yang nampak cuak je masa berbaris, yang tak nak lepas tangan mak ayah dan yang menangis pun ada. Ikut kata PK HEM ada 3 calon terpaksa dikuarantin (diasingkan) sebab tahap menangis depa boleh mengganggu calon-calon lain 🤠Moga dipermudahkan urusan mereka semuanya. Yang ambik exam dalam bilik rawatan pun ada, sebab calon tu kena chicken pox. Gigih datang sebab exam ni sekali ni sahaja. Kalau miss memang mekepas! Ada sorang kawan Pasti Kakak terlupa tarikh exam hari ni. Takde rezeki dialah :( Uzma dan Rayyan kawan kat Pasti pun ada tapi tak jumpa pula. Ramai kan...
Ujian ni lama, 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari bagi keseluruhan sesi. Adalah break juga. Sementara menunggu tu, Ummi lepak di surau dengan anak-anak.
UKS ni ada 2 bahagian; bertulis (70% markah) dan ujian lisan 30% markah. Kata Kakak ujian bertulis dia OK kecuali jawi, dia tak berapa pandai nak sambung huruf. Ujian lisan pun OK katanya kecuali BI kantoi bila teacher tanya "what is your hobby?" dia tak reti jawab 😆 Takpelah Kakak, Ummi tahu Kakak dah buat yang terbaik. Kita dah usaha, sekarang ni kita berdoa banyak2 bagi Kakak berjaya.
18 Julai ni keluar result. Tolong doakan Kakak ye 🤗🤗🤗
Mudah2an kakak akan berjaya
ReplyDeleteAamiin
DeleteTerima kasih tuan.