Walid nak keluar gunting rambut,
W: Ada apa² nak beli?
Begitulah beliau setiap kali nak keluar ke kedai, tanya dulu kot Ummi nak kirim barang.
U: Nak roti telur boleh?
Cepat-cepat Ummi jawab.
Sebab kalau ke barber sebelah mamak tu, mesti dibelinya mee goreng atau bihun goreng. Awal dulu suka je makan, lama-lama jemu juga. Sementelah rasanya tak sesedap sebelum-sebelum ni...style masak sama, tapi rasa lain. Tawar je selalunya:(
Kali pertama makan roti telur dari kedai ni.
Eh, sedaplah!
Roti lembut, kuah pun sedap.
Lain kali boleh beli lagi, In Sha Allah.
Masin mulut Ummi, repeat lagi roti telur ni. Isnin lepas Abang nak keluar beli teh ais, Ummi kirim beli roti telur ni. Sebelum tu dah sarapan nasi goreng jadi roti telur ni simpan je dulu. Siapa lapar makan je la nanti.
Bunga dari kenduri di Janda Baik tu sepanjang minggu lepas jadi penyeri meja.
Nasi goreng ni ngam² makan 3 orang. Takut anak² tak cukup kenyang, itu yang top up dengan roti telur tu. Keropok keping tu Abang bawa balik dari Ganu.
Kalau sedap dan kena dengan selera, rajinlah ulang beli.
Betul tu, kalau sedap akan repeat. Kalau tak sedap mungkin itulah kali pertama dan terakhir...
ReplyDeleteMesti roti tu dia uli sendiri kan? Bukan belu yg dah siap
ReplyDeleteKita mak-mak memang selalu je pikir "takut tak cukup".
ReplyDeleteBetul kan... Kalau makanan tu sedap, berulang kali repeat. Kalau tak kena dengan selera kita, sekali tu je lah kita beli.
ReplyDeletePagi tadi pun kami ke kedai roti canai. Anak & suami jela makan roti canai.
ReplyDelete