Atok Man sekali lagi menjemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan anakandanya. Kali ni giliran yang bongsu. Rasanya ini kali ketiga kami makan kenduri Atok Man.
Selesai majlis Aku Janji Abang, kami ke sini.
Lokasinya sebelah Aeon Keramat (AU2). Kami pun kali pertama ke sini.
Kami sampai waktu puncak dalam pukul 1 t/hari, tetamu tengah ramai. Keluar masuk keluar masuk dewan cari tempat duduk, last² duduk je di luar dewan ni.
Semua sedap; nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, masak lemak ikan masin dan sambal sotong kembang.
Aneka kuih muih yang disediakan. Jambu batu asam boi dan apam balik antara yang jadi rebutan. Dua² Ummi tak ambil, malas nak beratur.
Usai makan, kami minta diri.
Asalnya nak ke Aeon sebelah tu tapi cuaca panas betul, plus dah azan Zohor malaslah nak menyinggah. Balik rumah terus.
Terima kasih atas jemputannya.
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
Nampak tapai pulut di situ, sedapnya 😋
ReplyDeleteNampak lauk dan dessert kenduri semua sedap. Moga pengantin bahagia selamanya.
ReplyDeleteSedap2nya mknn tu
ReplyDeleteLauk2 kenduri memang sedap2!
ReplyDeleteSedapnya ada masak lemak ikan masin. Tapi kalau kita, kenapa tah, nak jugak makan nasi minyak, hihi.
ReplyDeletesemoga bahagia hingga ke jannah... ameeennnnn
ReplyDeleteMenu yang banyak. Kalau saya air teh tarik mesti ambil.
ReplyDelete