Thursday, 6 February 2025

Jemputan yang Tak Dapat di Penuhi

Jemputan dari Aunty Atiq ke majlis aqiqah anakanda ketiganya Ayreen. Majlis di rumah baru mereka di Kajang. Dah terbayang nak makan nasi kenduri, lepas tu nak menyambil² cari Soodap Fish & Chips yang super sedap tu. Tapi bukan rezeki kami, nasi kenduri tak dapat, F&C pun tak dapat sebabnya Walid dan gegirls demam

27/1 pula Abg Anas jemput kami sekeluarga ke kenduri berkhatan Haziem dan kenduri aqiqah untuk Umaira. 27/1 ni Isnin, Kedah cuti sempena Isra' Mikraj. 

Majlis di Sungai Petani. Tak dapatlah kami menghadirkan diri sebab tak balik kampung time ni. Nak balik pun, baru balik kampung  hujung tahun, masa Xmas tu. Raya nanti ada rezeki dapatlah jumpa dengan cucu² Ummi ni. 

Cuti sekolah ni takde pula jemputan kenduri 🤭

9 comments:

  1. Allahu, tak ada rezeki..Tentu ada hikmahnya tu. Semoga walid & gegirls segera sembuh, Amiinnn.

    ReplyDelete
  2. kami pula dari awal cuti sekolah banyaknya jemputan,terpaksa pilih nak pergi yang mana tak dapat nak penuhi semua jemputan

    ReplyDelete
  3. Kami dapat jemputan kawin hujung cuti sekolah ni nanti. Minggu lain tak ada.

    ReplyDelete
  4. Cuya jemputan kahwin sepupu sahaja haritu.. ad juga jemputan kahwin drpd kawan dan aqiqah, tapi Cuya pon tak dapat penuhi

    ReplyDelete
  5. Ada 3 jemputan terima sepanjang cuti sekolah ni. Satu dapat hadir, satu tak dapat, satu lagi belum tiba tarikhnya, tak tahulah boleh hadir atau tidak. Seronok nak makan nasi kenduri.

    ReplyDelete
  6. SA makan kenduri rumah Sis Lin je Hari Tu, Lepas Tu xde dah jemputan..haha

    ReplyDelete
  7. Saya dah jaraaaaang sangat dapat undangan kenduri atau aqiqah. Sebabnya dah tak banyak yg masuk usia menikah dan anak2 mereka pun dah banyak yg besar 🤣. Rindu juga masa2 dulu waktu ramai yg akan menikah dan aqiqah atau acara apapun. Kami rata2 sebaya, JD di usia skr, rata2 dah nikah, ataupun yg belum menikah dah tak teringin menikah Krn usia. Anak2nya pula masih usia sekolah 🤭😄.

    ReplyDelete
  8. Coming soon ada kenduri lagi tapi kat sini je.

    ReplyDelete