Wednesday, 11 December 2024

Fraser Place, Puteri Harbour

Dah dapat kunci bilik, jom la kita naik bilik. 

Modern deco; nice & clean look 👍🏻

Bilik besar alhamdulillah selesa utk 4 beranak. 

Sebelah sini ada kerusi dan wardrobe besar juga. Iron, iron board, safety box semua disediakan. 

TV channels ada yang biasa² je, termasuk TV Singapore. 

Dekat tempat Adik berdiri tu dapur. Depan dapur tu bilik air. 

Jom tengok apa ada dekat dapur tu.... 
Surprised ye Ummi dengan apa yang ada dekat dapur ni. Limited space tapi sangat functional 👍🏻 

Electric cooker

Microwave pun ada...

Bukan setakat tu, disediakan juga peralatan dapur; 

Pisau pun ada, tak nampak pulak dalam gambar ni. 

Periuk pun disediakan! 
Memang complete ye dapur ni 👍🏻

Sabun basuh pinggan dan span pun depa provided. 

Pinggan mangkuk dan gelas utk 2 orang, sesuai dengan kategori bilik (deluxe double). 

Ni standard lah kan... 

Barang memasak je depa tak sediakan 😁

Bawah mini fridge tu, washer + dryer machine
Detergent powder pun depa bagi. Ini macam, ajak Ummi mai pindah sini pun takpa ahak! 

Laundry basket pun lawa 🤩

Bathroom tour pulak... Kot la nak cari idea reno bilik ayaq kan... Macam dapur tu Ummi suka, kecik tapi semuanya tersusun.

Toiletries dia guna jenama 19-69. Shower cream dia wangi sangat. Plant based kot, ada bau² citrus. 

Kesukaan gegirls :D 

"Fraser Place Puteri Harbour offers 25 floors of contemporary lifestyle accommodation for urban travellers visiting for both work and play."

Memang kena dengan description yang diberi di laman webnya 👍🏻

Entrance to Fraser Place dan Pine Tree, depa sebelah². 

Fraser Place 
Residensi & Hotel Marina, 
Jalan Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 
79100 Iskandar Puteri, 
Johor




9 comments:

  1. Siap ada 2in1 wash n dry tu yang seronok...

    ReplyDelete
  2. tu semua yang rasa syahdu je masa nak check out tu

    ReplyDelete
  3. wahhh.. boleh main masak-masak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...
      Microwave je kami guna Kak. Datang sekejap je, malas nak masak² 😁

      Delete
  4. Hahaha.. barang masak boleh beli kat pasaraya Pasar kat hujung tu, PH. Dapat masak Maggi pun jadilah kita masa duduk sini dulu.

    ReplyDelete