Thursday 31 October 2024

Wedding @ Taman Koperasi Polis

Alhamdulillah penuh jadual weekend kami dengan undangan majlis perkahwinan sepanjang Oktober. 


Minggu ke-4 ni, kami dijemput oleh rakan jemaah surau, En Mail. Tak cukup dengan jemputan di surau, EM cari Walid nak 'jemput mulut'. Bersungguh² beliau nak kami hadir ke majlis perkahwinan anakandanya. 

Majlis di Taman Koperasi Polis. Dah beberapa kali kami makan kenduri di dewan ni. Jadi, lepas Zohor baru kami ke sini. Tempat dah biasa, dah boleh bajet masa nak sampai pukul berapa. 

Tu dia, penuh pinggan... 
Orang lelaki (Walid) ambilkan, memang ikut portion depa la kan 🤭

Ada juga bihun sup. Laksa dah habis. Sedap bihun sup ni, ala² Utara. 

Pengantin nak potong kek ... 

Kami pun usai makan terus minta diri. Nak ambik Kakak pulak dari Perkampungan UPKK. 

Alhamdulillah, rezeki beras pula :D 
Kenduri di Hijrah Banquet Hall tu dapat sos cili dan kicap, kali ni beras pula. 

Bagus ada detail PIC sekali, manalah tahu ada yang nak berurusan dengan Syarikat Faiza ni. 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 
Terima kasih sekali lagi En Mail atas jemputannya. 

6 comments:

  1. Alhamdulillah... Sedap nya makan lauk kenduri... Lagi2 daging masak hitam.. Tak sama rasa dengan buat sendiri.. Hihihi

    ReplyDelete
  2. Meriah jemputan weddingnya tuuu..mz ada gak wedding to attend next week..kat putrajaya

    ReplyDelete
  3. Nampak sedaaaap bihun kuah nya kak 😍😍😍. Dah lama tak attend wedding saya. Rindu juga nak makan menu kenduri 😄😄

    ReplyDelete
  4. Goodie bag ni best kalau dapat. Beras mahal pulak tu.

    ReplyDelete
  5. Suka dapat cenderamata makanan.
    Pernah merasa tiap-tiap minggu ada kenduri kahwin. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Ammi harini ada wedding anak cousin tp tak dpt attend sbb train Kyra pukul 1.30pm. Kenduri di Banting. Mmg tak sempat sungguh. Kita kirim salam dan doa jelah

    ReplyDelete