Wednesday 16 October 2024

Pagi Nan Cerah

Semalam 15.10 hujan lebat. Banyak kawasan dinaiki air termasuk di Hulu Klang, area Masjid Al Ridzuan tu. Dan juga berlaku tanah runtuh di Taman Melawati. Malah, nun di Kedah masih ramai berada di PPS. Baling pun banjir teruk kali ni. Semoga dipermudahkan urusan semua 🤲 

Alhamdulillah hari ni cuaca baik. 

Pemandangan ni jam 6.41 pagi tadi. Terkejut juga tengok matahari keluar awal, belum pukul 7 dah cerah. Kuasa Allah kan, semalam seharian mendung dan banyak aktiviti terganggu dek hujan lebat dan banjir kilat di beberapa tempat, hari ni Allah bagi nikmat cuaca baik hingga ke petang. 



2 comments:

  1. Ye lah.. pagi ni cepat cerah. Pagi tadi keluar jam 7.10 pagi silau mata bila memandu mengarah matahari.

    ReplyDelete
  2. Terasa jugak pagi cepat cerah, hubby kata kan Subuh awal. Ya tak ya. Alhamdulillah hari ni dah panas. Rumah family adik ipar dekat area zoo pun air masuk sampai lantai rumah. Moga dipermudah kan semua urusan mereka yg terkesan.

    ReplyDelete