Tuesday 15 October 2024

Dinner @ Nasi Lemak Recipe M3 Mall

Sambung cerita pergi M3 Mall hari tu... 
Beli kain dah, kedai Eco dah jom la kita dinner terus.

Kami pilih Nasi Lemak Recipe, dalam mall ni juga. Kedai bersih, luas dan service cepat. Adik cashier tu pun friendly and well mannered 👍


Kedainya selesa sangat...


Harga pun berpatutan ... Walaupun namanya kedai nasi lemak tapi menunya pelbagai. 

Walid dan Kakak pilih sizzling Yee Mee. Satu seafood, satu ayam. 

Adik pilih set Nasi Putih & Tomyam. Set ni ada air sekali. 

Ummi pilih Nasi Goreng Petai. 
Udang tak berapa fresh tapi sedap je nasi goreng ni. Abang pun pilih nasi goreng juga...

Angah je makan nasi lemak, Nasi Lemak Paru. Pun disertakan dengan air juga. sambal sedap, layaklah nama kedai ni Nasi Lemak Recipe :) 

Semua ni dalam RM75 termasuk air. Boleh repeat أن شاء الله 




6 comments:

  1. nampak sedap semuanya tu. suasana kedai pun tenang je tu.

    ReplyDelete
  2. wah...murah jugak tu...lenkali boleh p jugak nie

    ReplyDelete
  3. Harga pun berpatutan...memang boleh repeat next time

    ReplyDelete
  4. Pandai Angah makan paru, kita genglah suka makan nasi lemak dengan paru, tau Angah, hihi.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedapnya semua, especially nasi lemak paru.

    ReplyDelete
  6. Angah tak makan pedas ke sebab macam sikit je sambal nasi lemak tu.

    ReplyDelete