Thursday, 21 March 2024

Resepi Ramadhan #4 ~ Sagu Gula Melaka

Salah satu juadah berbuka yang famous pastinya Sagu Gula Melaka. Kena juga tengok resepi almaklumlah setahun sekali nak membuatnya pun :p 

Sagu Gula Melaka 
Sumber: Che Sayang

Bahan-Bahan: 
1 cawan sagu - basuh dan rendam 10 minit  
2 cawan air - didihkan dalam periuk
2 cawan air panas - Ummi tambah (sagu tak kembang masa rebus) 
Susu cair 
Pewarna merah dan hijau 

Cara Penyediaan: 
1. Didihkan 2 cawan air. 
2. Bila air menggelegak, masukkan sagu. Tutup periuk. Masak hingga sagu kembang. Kalau air kering tambah air panas untuk bagi cepat kembang. 
3. Bila sagu dah kembang, tutup api. 
4. Masukkan sagu tadi ke dalam 2 bekas berlainan dan tambah 1 sudu kecil pewarna berbeza ke dalam setiap bekas. Kalau nak lalukan bawah air/basuh buang kanji dulu pun boleh tapi CS masuk direct dalam bekas. Ummi follow.

5. Kacau sebati kemudian simpan dalam peti ais bagi sejuk

Sementara tu boleh buat air gulanya...

Bahan Air Gula:
1 ketul gula Melaka 
1 cawan air 
2-3 sudu makan gula pasir
Daun pandan
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh sikit dgn air 

Masukkan air, gula Melaka, gula pasir dan daun pandan ke dalam kuali. Masak hingga gula hancur dan mendidih. Masukkan campuran tepung jagung & air dan masak hingga air gula agak pekat. 

Cara Hidangan:
Sudukan sagu hijau dan merah ke dalam mangkuk, masukkan susu cair secukupnya dan akhir sekali masukkan air gula secukupnya juga ke dalam mangkuk. Boleh tambah ais kalau suka. 

Selamat mencuba šŸ¤—



9 comments:

  1. Sama sayalah, setiap kali nak buat kena rujuk semula resipi šŸ¤­

    ReplyDelete
  2. menarik la...rasa nak buat..tengok resepi macam senang je...

    ReplyDelete
  3. Kita pun nak buat juga..haritu nak membeli sagu bila org kedai tanya nak sagu A ke B terus confuse

    ReplyDelete
  4. fav ni...cuaca skarang panas ..dpt mkn sagu gula melaka sejuk2 sedapnya

    ReplyDelete
  5. Bila berbuka puasa dengan sago gula melaka ni rasa segar je tekak. Nak nak minum sejuk2

    ReplyDelete
  6. Sedap . CCL pun kalau teringin nak makan sagu gula melaka better buat sendiri lagi puas makan

    ReplyDelete
  7. Saya sukaaa menu ini. Pernah makan dulu. Sedaaap. Ntahlah bisa atau tak buat sendiri šŸ˜…

    ReplyDelete