Tuesday, 31 October 2023

Lunch with Adik




Ummi lunch dengan Adik semalam. Ummi punya la target nak makan sama ada di Mee Tarik Warisan Asli atau JM Bariani di Prima SG tu... Sekali, dia ajak makan di kedai mamak je! 

Motif?

Dia nak makan Maggi Goreng ๐Ÿ˜†
Ummi layan je la... Ummi makan nasi kandaq, lauk Ayam Masak Bawang. 

Adik balik awal hari ni sebab ramai cikgu dan murid ke KESUSRAI di Banting. Kakak dan Angah pun ke sana. 

Mula tu kata belajar, lepas tu dimaklumkan ada ceramah dari AADK. Juga ada pertandingan mewarna (Tahap 1) dan melukis poster (Tahap 2). 

Eloklah juga semua dikumpulkan dalam dewan, senang cikgu² nak jaga ๐Ÿคญ

Belum rezeki Adik menang walaupun dah banyak kali sekolah buat pertandingan mewarna ni :D 



Monday, 30 October 2023

1 Jadi 2

Beli sekerat (satu bahagian) ikan tenggiri, bahagian ekor. Dapatlah dalam 6-7 keping bila dipotong. 

Ummi masak apa? 

1. Ikan Tenggiri Masak Kicap

2. Ikan Tenggiri Masak Lemak + Terung Bulat

Alhamdulillah sekali jalan, 2 menu siap dimasak. Satu untuk dinner malam tadi, satu untuk frozen




3 Jadi 5

Singgah solat Asar di sebuah masjid semalam, dalam perjalanan nak hantar Abang balik ke asrama. 

Alhamdulillah, masjid ni mesra kanak-kanak. Ummi pun nampak ada kanak-kanak bebas ke sana sini, termasuklah 3 beradik ni. Boys semua. Si Abang mungkin 5-6 tahun, yg tengah 4 kot dan yang bongsu ni Ummi rasa belum 2 tahun. Jalan² jatuh lagi... Berderau juga Ummi bila tengok yang no 2 tu tarik tangan Adik dia sampai terjatuh² ๐Ÿ˜… Ibu depa tengah solat. 

Usai solat, Ummi ambil 3 keping duit seringgit di tepi kocek beg. Ummi suruh Kakak sedekahkan sorang seringgit untuk kanak² Ribena tu :D Memang geram tengok esp yang kecik tu, bambam :D 

Ummi keluar dari ruang solat, nampak Kakak berbual dengan ibu depa. Depa bertiga tak nampak dah, mungkin dah bersama ayah depa. 

Kemudian Kakak datang ke kereta... 

Ummi, Acik tu bagi Kakak lima ringgit!
(Sambil tunjuk duit RM5 dia dapat kepada Abang, Angah dan Adik) 

Allahu Akbar! Depan mata Allah tunjuk kelebihan bersedekah. Teruja semuanya nampak duit RM5 tu :D Alhamdulillah, anak⁴ nampak sendiri kelebihan bersedekah. Mudah-mudahan depa pun akan amalkan selalu. Kita yang dewasa mungkin tidak mengharapkan balasan, kecuali redha-Nya tapi di mata anak-anak mungkin ganjaran yang dapat dilihat itu yang lebih mereka sukai. 


Alhamdulillah. 



Sunday, 29 October 2023

Al Fatihah ~ Bad Indigo dan Badrul Muhayat

Salam takziah buat seluruh keluarga dan sahabat Almarhum Bad Indigo dan Almarhum Badrul Muhayat, yang dijemput kembali ke negeri abadi pada Khamis dan Sabtu lepas. Terkejut sungguh Ummi. Benarlah, kematian itu sangat dekat, tidak cepat atau tidak lambat walau sesaat. 

Membesar bersama 'kehadiran' mereka mewarnai persada seni, tidak dapat tidak menyentuh perasaan kita bila menerima berita kematian mereka. Pantas merenung ke dalam diri, apa persediaan kita? Terasa banyak lompong dalam menyediakan bekalan ke sana, namun hati tetap leka. Lalai dalam tipu daya dunia yang hanya sementara :( Ampunkan kami Ya Allah! 

Semoga kesudahan yang baik juga untuk kita semua.

Semoga Allah menempatkan mereka semuanya di kalangan para solihin termasuk seluruh ahli keluarga kita yang telah pergi mendahului kita aamin ๐Ÿคฒ.

Saturday, 28 October 2023

Cara Panjangkan Hayat Daun Kari

Jumpa cara nak Panjangkan Hayat Daun Kari dan kawan-kawannya; daun limau purut, daun kesum... tak ingat baca dekat mana tapi mudah je caranya.

1. Basuh bersih dan lurut daun kari (daun limau purut dsbnya) dan toskan. Basuh siap² supaya boleh terus digunakan bila perlu. 

2. Ambil tisu dapur dan lap dedaunan tersebut hingga kering. 

3. Jemur di bawah terik matahari hingga kering ataupun masukkan ke dalam air fryer selama 5 minit, suhu 160-170°C. 

Hasilnya! 

4. Simpan dalam bekas bertutup. Boleh letak dalam peti ais ataupun freezer. 

Teknik n dikaii dapat memanjangkan hayat daun kari anda, selain teknik sejukbeku. Cumanya, teknik ni mampu mengekalkan warna dan aroma daun kari. Kalau sejukbeku tu daunnya jadi kehitaman dan baunya terjejas. Kalau daun limau purut okay, warna dan aromanya kekal walaupun berbulan disejukbekukan. Tapi, kali ni Ummi keringkan sekali daun limau purut. 

Tip tambahan: Supaya daun² kari kita tak melompat² dlm AF tu, letak sudu sebagai pemberat alas basket ni. Kalau tak, dengan alas ni sekali terlingkup dalam AF tu ๐Ÿ˜†

Aroma daun kari ni masih kekal, walaupun tidak sekuat bau daun kari segar. 

Cubalah try :p 

Friday, 27 October 2023

Bubur Kacang & Cream Crackers

Cream Crackers atau orang Berlin panggil roti 4 sagi (segi) ๐Ÿ˜ ni sedap betul kalau dimakan bersama buboq kacang :D 

Patah²kan dan masuk terus ke dalam mangkuk berisi bubur kacang. Allah, nikmatnya ☺️

Bubur kacang ni selalu Akak Mee Kari tu bagi free je bila Walid beli jualannya. Mungkin cara dia untuk berterima kasih dan bersedekah utk pelanggan. Ialah, bubur tak tahan lama, bersantan kan ... 

Ummi jarang sangat dah masak bubur kacang ni, takde geng nak makan. Walid & anak⁴ tak berapa suka bubur ni. Tapi, kalau cc cicah Milo tu favorite Angah. Stok cc memang sentiasa ada di rumah la ... Yang jenama Hup Seng tu jugak yang sedap :D 




Wednesday, 25 October 2023

Pagi Nan Indah

Syukur dapat bersantai² menikmati keindahan waktu pagi ...


Si manis sedang mekar... 
Ada beberapa kuntuman lagi menunggu masa untuk mempamerkan kecantikannya. Bermadah puisi sikit pagi² ni :) 

Tak nak kalah, masih setia menghadiahkan kuntuman² indah untuk tatapan Ummi.

Si Telang yang tak pernah jemu berbunga hampir setiap hari. 

Masih galak berbunga, terima kasih ๐Ÿ’™

Teruja melihat pokok Chaya mula bertunas. Ummi cucuk rantingnya yang tak sampai 2 inci tu tapi masih mampu hidup. Alhamdulillah nampaknya betullah pokok ni mudah ditanam. Mudah-mudahan ada rezeki nak memetik daunnya nanti ๐Ÿคฒ

Dan hari ni ada tetamu juga...

Pak Belalang! 

Alhamdulillah Allah rezekikan peluang  untuk terus menghirup udara segar di bumi bertuah ini, dengan aman dan sentosa. Bila dibayangkan kesengsaraan saudara kita di merata pelusuk dunia, terasa berat didada. Hanya doa mampu dikirim dalam setiap hela nafas, tatkala terkenang ujian yang sedang mereka hadapi. 

Surah at Taubah 9:111

Allahlah sebaik-baik yang membalas. 



Tuesday, 24 October 2023

Kek Batik Cadbury

Lama juga Angah request nak Kek Batik Cadbury ni. Ada je nampak seller jual dekat online bazaar tapi Ummi tunggu Acik Solehah open order. Dah biasa makan airtangan AS ni. Walaupun mahal, sebab dia guna bahan premium tapi berbaloi dengan rasanya. 

Tengoklah teksturnya, cantik sempurna. Ummi ni buat kek batik biasa pun tak berapa nak lulus, inikan nak buat KBC. Baik la beli aje :) 


Monday, 23 October 2023

Nasi Lemak Bunga Telang

Seminggu sekali tu kalau boleh nak juga jenguk Abang di asrama. Lepak², borak², makan² dengan dia... 

Untuk edisi kelmarin, Ummi masak Nasi Lemak Daun Telang, brunch dengan Abang. 

Masih tak cukup biru nasi Ummi ๐Ÿ˜…

Ayam Goreng Tepung Bestari, Telur Rebus, Sambal Tumis, Timun & Sotong Berlada. 

Sotong ni ada telur, itu yang Ummi masak seekor² dan rebus dulu supaya telurnya masak dan tak terkeluar dari badannya dan supaya sotong tak jadi liat bila dimasak. 

Sayangnya, Adik tak nak makan sotong gini. Pelik katanya sebab selalu Adik makan yang bulat-bulat (sotong yg dipotong) ๐Ÿ˜‚

Rezeki Ummi la Adik ooi, dapat makan sotong lebih :D 

Sunday, 22 October 2023

Kari Ikan Tanpa Santan ala Kak Amie

Inilah Kari Ikan Tanpa Santan airtangan Ummi, yang resepinya Ummi ambil dari blog Kak Amie

Ummi gunakan ikan tongsan. Nampak segar elok ikan ni, siap dipotong. Ambillah sepeket. 

Isinya seakan ikan siakap, tapi ada tulang halus dicelah-celah isinya. Tak banyak tulangnya tapi tetap kena hati-hati. 

Lain sikit cara masakan Kak Amie ni, tapi itu yang buatkan Ummi nak sangat cuba :D 

Terung dan kacang panjang perlu digoreng terlebih dulu. Warna terung dan kacang panjang tu kekal bila digoreng, cantik! 

Kemudian, tumislah bahan hiris; bawang merah + bawang putih + bawang besar + halia beserta halba campur, serai dan daun kari. Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari ikan + serbuk cili. Tambah air jika kering. Tumis hingga pecah minyak. Tambah air dalam 2 cawan, biar hingga pecah minyak dan mendidih. Masukkan ikan dan biar hingga ikan masak. Masukkan tomato ceri dan perisakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kemudian masukkan jus limau nipis. Kacau sebati karinya. Tutup api, masukkan kacang panjang dan terung tadi. Hidang panas². 

Seperti selalu, ambil gambar dalam periuk je mampu haha...sampai di meja makan, tak sempat dah nak berfoto bagai ๐Ÿคญ

Ada kelainannya rasa kari ikan ni bila guna jus limau nipis. Rasa masam tu lain, tapi sedap!  

Untuk resepi lengkap, sila ke dapur Kak Amie. Terima kasih daun keladi ye Kak Amie ๐ŸŒท







Saturday, 21 October 2023

Kurma Ajwa pulak ☺️

Lepas kursus umrah dapat merasa kurma segar, 2-3 hari lepas dapat pula kurma Ajwa! Allahu Akbar, berturut-turut pula ☺️

Nenek Medina bagi buah tangan dari Tanah Suci. Cik Tah sampaikan kepada Ummi petang semalam, alhamdulillah ingat mereka pada kami. Medina ni kan bff Kakak tahun lepas. Tahun ni tukar kelas, bff pun tukar ๐Ÿคญ

Kacang cerdik dan kurma kegemaran Ummi. Ummi ni tak kira apa jenis kurma, semua Ummi suka. Tekak Arab! Haha... 

Hari yang sama juga ada aktiviti masak memasak unit beruniform. Adik bawa balik sandwich sardin ni untuk Ummi. Cikgu HN suruh ambil sorang satu, termasuk murid-murid darjah 1 yang dok tunggu abang kakak habis Gerko. Meriah nampaknya aktiviti semalam. Kakak buat roti lilit, tinggal sekejap tengok² dah hilang rotinya yang sedang dipanggang atas unggun api! Angah pula bawa sosej seperti yang diminta. Rupanya kena goreng dulu sosej tu, tapi info tak sampai kepada dia. Selamat sosej Ummi haha... 

Friday, 20 October 2023

Pepatung ๐Ÿงก

One of the reasons why I love gardening...

Suka tengok serangga atau binatang² kecil datang bertamu. 

Kusyuk sungguh dia, tak berganjak or even bergerak bila Ummi fotokan dirinya :) 

Tidak dapat tidak, bila lihat pepatung ni semestinya teringat zaman kanak-kanak, membesar di kampung kecil kami. Bebasnya kami masa tu umpama pepatung yang bebas berterbangan. Asalkan tahu batasan, balik makan tengahari dan sebelum Maghrib dah masuk rumah, selamat kami masa tu. 

Rindu pulak zaman kanak-kanak dulu... 

Bihun Goreng ala Shahila Amzah

Ummi memang peminat tegar bihun goreng. Walaupun kita dah tahu cara menggoreng bihun tapi bila ada resepi baru teringin juga nak mencuba. Macam Bihun Goreng ala Shahila Amzah (Sha) ni Ummi nampak Kak Azie Kitchen share resepi. Teringin pula nak tahu rasanya sebab lain cara Sha masak. 

Apa yang lain tu? 

1. Bihun yang kita dah rendam hingga lembut tu, kita toskan macam biasa. Yang tak biasanya (bagi Ummi), bihun tu digaul bersama kicap (Ummi guna kicap lemak manis), minyak bijan dan lada sulah. Ketepikan. 

2. Kisar pula bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi. Ummi tak pernah masak bihun goreng letak cili padi ✌️

Yang lain² sama je bagi Ummi..
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau
2. Masukkan fish balls dan goreng hingga fish balls masak. Ummi tambah ayam dan fish cakes
3. Masukkan bihun yang digaul bersama kicap, minyak bijan dan lada sulah tadi. Kacau raya
4. Masukkan sayur -sayuran. Jika guna tauge, masukkan last sekali, lepas tu tutup api. 
5. Perisakan dgn garam dan kiub ayam, jika perlu. Tutup api. Siap! 

Untuk resepi penuh, sila ke blog Azie Kitchen. Terima kasih atas perkongsiannya Kak Azie. 

Ini hasil bihun goreng Ummi. Yang gelap sikit tu kerak² dia, ambil jugalah kan...tak baik membazir :p 

Rasanya sedap, dan aromanya wangi dari minyak bijan tu kan... Cumanya termasin sebab kicap + kiub ayam. Mungkin pilih salah satu antara garam dan kiub ayam tu lebih baik. Ummi puasa jadi malaslah nak rasa², just agak² je garam dan kiub ayam tu pun dalam ¼ je letak pun. Itu yang termasin sikit, esp bagi Ummi yang tak 'kuat masin'. 

Lagi satu, bihun tu agak keras sebab ikut nota Kak Azie, dilarang letak air. Ummi lurus ye ๐Ÿ˜ Biasanya Ummi bila rendam bihun dgn air biasa, masa masak tu tambah juga air panas bagi bihun lebih lembut. 

Jadinya, bila Ummi panaskan semula bihun tu pagi ni, Ummi tambah sikit air panas. Alhamdulillah hasilnya lebih sedap dengan citarasa Ummi. Bihun lebih lembut jadi tak perlu guna gigi taring ๐Ÿ˜‚ (semalam review jenis gigi dengan Angah, Sains Darjah 3 dia kata :D)

Masin pun berkuranglah bila dah tambah air tu kan... 


Definitely will use this recipe next time. Senang juga tak payah nak tumis cili kisar, which is lagi cepat dan tak payah guna sos bagai... Jimat! 

Ditemani secawan kopi, ngam! 
Sambil tu Ummi ikut usrah maya, alhamdulillah a Friday morning well spent. 


Selamat mencuba ๐Ÿค—




Thursday, 19 October 2023

Kursus Umrah Percuma

Sabtu 15/10 Ummi dan Walid attended Kursus Umrah Percuma anjuran Rehlah Travel & Tours. Nak tambah ilmu... Ada rezeki memang nak kembali ke Tanah Suci. Siapa tak hendakkan, jadi tetamu Allah? 

Ramai yang hadir, sekitar 100-120 orang. Alhamdulillah. Mudah-mudahan semuanya direzekikan Allah sampai ke rumah-Nya ๐Ÿคฒ

Seronok penerangan Ustaz, jelas dan mudah faham. Sesekali Ustaz buat lawak :D

Depa letak replika Kaabah depan mata... Terus ayaq mata keluaq, rindu Baitullah ☺️ 

Praktikal tawaf. 

Antara ilmu baru bagi Ummi; 
~ ucapan paling tepat untuk doakan jemaah umrah ialah umrah maqbulah manakala untuk jemaah haji pula haji mabrur

Di akhir sesi, ada kuiz dan hadiah untuk peserta yang jawab dengan betul...

Alhamdulillah, rezeki Ummi dan Walid. Ummi dapat buku "Di Sebalik 114 Surah dalam Al Quran". Buku ni dah ada dalam koleksi kami sebenarnya. Mungkin hadiah ni Ummi boleh regift untuk manfaat orang lain kan? 

Walid pula dapat senaskhah Al Quran...

Kulit lembut tapi tebal, macam corporate planner/diary. Mudah dan praktikal untuk dibawa kemana-mana. 

Menarik sangattttt! 

Sebelum attend kursus, kami hantar kereta Walid ke service center dulu. Elok habis program, kereta pun dah siap diselenggara, alhamdulillah. 

Ikutkan ada jemputan wedding di Royale Chulan Damansara, Tok Cik Fuziah terima menantu. Menjelang Zohor dah habis kursusnya pun memang tak sempatlah nak pergi. Nak ambil kereta di pusat service lagi...
Bukan rezeki kami. 
Lagipun ini belah perempuan, belah TC Fuziah mungkin menyusul lepas ni di Jitra nun... Jadi, tidaklah ralat sangat. 

Walaupun begitu, jika dah ditetapkan hari tu makan nasi kenduri, dapat jugalah ...

Jemputan kenduri aqiqah Hj Halim, jemaah surau hadir usai solat Zohor. Walid pergi dengan Angah, Ummi makan nasi ayam kursus dengan anak³ lain. Bawa Angah tu nak bagi dia release tension jap :D

Usaha bimbang tentang rezeki, semuanya sudah ditentukan. Tiber ๐Ÿ˜†