Wednesday 8 May 2024

Resepi Syawal ~ Bihun Sup Utara

Simpan sini resepi Bihun Sup Utara untuk rujukan Ummi dan perkongsian bersama. Yang ni versi Ayam, kalau versi daging tu lagi letops

Sayangnya, Ummi tak sempat ambik gambar BSU ni. Kalut layan tetamu yang terdiri dari saudara mara dan kawan² Abang. Ada rezeki raya haji nanti kita repeat إن شاء الله 

Gambar aksesorinya je yang Ummi sempat snapped sekeping. Sebelah daun sup/daun bawang tu lobak masin, all the way dari Jitra. Yang kelakarnya lepas isi dalam bekas ni terus hilang dari pandangan. Puaslah Ummi cari bila nak top up, sampai habis majlis tak jumpa! Rupanya dia menyorok kat belakang dapur. Semalam ambil talam, rupanya dia dok di bawah talam tu. Patutlah tak jumpa 🙆

Tauhu tu sepatutnya didadu kecil tapi Ummi potong nipis, nak jimat sebab geng Baling tiba² boleh mai pulak. Walid pula masih di sekolah, program Muafakat UPKK Kakak jadi takde runner nak ke kedai :D Kakak pula tukang goreng tauhu tu sementara Ummi siapkan apa yang patut. Tq love 😘 

Bihun Sup Utara 
Sumber: Tiktok Ummi Syahirah (tqsm 🌹)

Bahan-Bahan:
Bihun 
1 ekor ayam 
1 ½ sudu makan serbuk sup 
Sup bunjut
2 batang serai - diketuk 
Air secukupnya 

Bahan Kisar:
Bawang besar 
Bawang putih 
Halia 

Bahan Tumis:
4 sekawan
Bawang merah
Bawang putih 
Halia 

Bahan Tumbuk:
Jintan manis
Bawang putih 
Lada hitam biji 

Bahan² Lain (dimakan bersama):
Tauhu - didadu kecil dan digoreng 
Daun sup
Daun bawang
Lobak masin 
Limau nipis 
Bawang goreng 
Sambal Merah 

Cara Penyediaan Kuah BSU
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia 
2. Tumis 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau dan bawang layu 
3. Masukkan bahan kisar, akar daun sup dan daun bawang, 1 ½ sudu makan serbuk sup, serai dan sup bunjut. Tumis lagi bagi naik minyak 
4. Masukkan ayam dan air secukupnya 
5. Masukkan serbuk Tumix @ serbuk pati ayam 
6. Masukkan bahan tumbuk. Biarkan kuah mendidih dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Tutup api.
7. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang. 
8. Hidangkan bersama lobak masin, daun sup, daun bawang, tauhu goreng, limau nipis, bawang goreng dan sambal merah.  

Cara Penyediaan Sambal Merah :
1. Bancuh 4-5 sudu makan serbuk cili bersama air suam. Bancuh pekat, bukan cair² ye
2. Buka api dan kacau sebati. Ulang tambah air hingga 3x bila sambal kering supaya betul² masak 
3. Tambah sos cili, gula dan serbuk perasa secukupnya. Masak hingga pecah minyak dan sedikit kering. Tutup api. Siap.

#Kepekatan sambal ni kena adjust ye sebab sambal merah ni tak cair tapi pekat² sikit, beza dengan sambal kicap yang lebih cair. 

Bihun Sup Utara ni warnanya kuning ye. Cara nak sediakan bihun; panaskan air, masukkan beberapa sudu serbuk kunyit dan gaul rata. Masukkan bihun dan bila lembut tutup api dan toskan. Sedia dimakan bersama bahan² lain dan kuah sup. Jangan lupa letak sambal merah tu. 

Selamat mencuba 🤗

Kambing Perap Pak Mat Western

Telioq tengok Datin Atikah Suhaimi makan Kambing Perap Pak Mat Western, kita pun beli jugalah 🤭

Her plate; 

Datin ni kalau makan nasi, mesti ada telur mata cair gini. Favorite beliau katanya. 

Our plate;

Satu pek tu ada dalam 4 keping daging, besar potongannya. Cukup dan puaslah makan untuk kami berenam. 

Ummi beli juga Meatballs PMW, nak try. Setiap pek ni ada 9 biji. Saiznya agak besar, sebesar bola golf. Puas makan. 

Pun sedap cuma hari tu kurang masak sikit bahagian dalamnya. Sebabnya sos percuma yang disertakan dengan setiap pembelian produk PMW ni pecah (salah sendiri) jadi bila masak meatballs tu sosnya sikit, jadi agak hangit bila Ummi masak lama². 

Kambing Perap dan Meatballs PMW ni Ummi beli di MTM Mart. Dekat kedai runcit di taman ni pun ada. Mudah dah nak dapatkan produk PMW sekarang. 

Dan rezeki juga hari tu, Cik Aida hantar sebekas Sup Tulang Rusuk. 


Alhamdulillah rezeki.





Tuesday 7 May 2024

Jamuan Raya Abang @ 23 Syawal


Jamuan raya Abang di kelas masing-masing tapi boleh beraya di kelas² lain juga. Best kan? 

Baca Sini: Jamuan Raya Angah

depa bergotong-royong hias kelas. Ada pertandingan deko raya terbaik/tercantik.

Hari kejadian... Meriahlah nampaknya tu... 

Guru Kelas Abg, Ust A rajin bergambar dan kongsi dalam group kelas. 

Makanan pun banyak alhamdulillah. Sama macam Angah, Ummi sponsor Air Sirap Bandung. 

Beli bekas air saiz 7L sebab awalnya Ustaz cakap nak kena sediakan sekali water dispenser. Sekali, tak guna pun. Ustaz guna yang lebih besar. Takpelah, simpan je untuk kegunaan masa depan 😁

Belum sempat bersembang dengan Abang cerita raya dia. Harapnya semua berjalan lancar. Dah F4 ni selalu 'lupa' nak call Ummi :p Pergi melawat dia pun, dia ada tuition ad-hoc subjek Add Math.  

Dah F4 kan, banyak aktiviti dan komitmen. 


Butik Iylia Malek, Jitra

Kisah balik raya  hari tu belum habis 😊

Misi mencari tudung raya kami teruskan di Jitra. Sebab balik 3 hari awal, sempatlah nak cari tudung di sana. 

Mula tu dah beli dekat pekan sehari depan Market Jitra tapi untuk tudung Ummi takde pula. Makanya, kami ke butik Iylia Malek. Lokasinya antara Lotus's & Hari², shoplot baru. Sebab Ummi nak cari tudung bidang besar 60" @ 55", jadi ada adik sorang ni suggest ke butik ni. 

Banyaknya! Rambang mata ceq nak pilih...

Walaupun butik, tapi harganya affordable. Ada sedikit ralat sebab tak datang sini dulu, sebab harganya lebih kurang dgn di pekan sehari tadi tapi di sini sangat selesa dgn adanya aircond dan SA yang sedia membantu serta pilihan yang sangat banyak. 

Butik ni 2 tingkat, bahagian bawah ni butik, mostly tudung. Manakala tingkat atas operasi (utk online) dan admin. Yang jauh² boleh tengok IG depa. 

Ummi sibuk pilih tudung, dia sibuk ber-selfie :) 

Butik Iylia Malek 
12B First Floor, Kompleks Perniagaan Aman Pekan Jitra, 06000 Jitra
Kedah Darul Aman 
No Tel: 014 386 3628
Business Hour: 10.00 pg - 7.00 mlm 
8.00 mlm - 10.00 mlm 
(Tutup antara jam 7-8 mlm utk solat Maghrib & dinner





Monday 6 May 2024

Jamuan Raya Angah @ 23 Syawal

Untuk Form 1, semuanya disatukan dan jamuannya diadakan di kantin sekolah. Meriah sungguhlah bila 5 kelas bergabung 👍


Nampak respon dalam kelas juadah potluck kurang meriah tapi bila hari kejadiannya, alhamdulillah mewah rezeki anak² ni... Ada Apam Balik dan Takoyaki panas², dah macam dekat kenduri kahwin :) Pihak sekolah pula sediakan lemang 2 batang, rendang, nasi impit, kuah kacang dan ais 1 pek utk setiap kelas. Selebihnya sumbangan ibu bapa. 

Anak soleh kusyuk makan... 

Ummi sponsor Air Sirap Bandung. Ummi sediakan sekali water dispenser, kordial, susu, aiskrim soda, senduk, cawan semualah, tinggal bancuh je 😆  Angah kata dia bancuh dengan Ust Fairus, guru kelas dia. 

Sudut raya kelas Angah. Ada parent tolong hias, tqsm 👍

Tapi sayangnya, takde pulak gambar depa Ustaz/Ustazah share dekat sudut ni. Kalau bergambar sekelas menarik ni utk disimpan buat kenangan kan...


Alamak, lambat 🙆

Keluar rumah macam biasa, usai solat Subuh. Pukul 6.45 Walid called, masih dalam kawasan taman, jalan sesak teruk. Pukul 7.00 called lagi, baru masuk main road 🤦 Pagar sekolah tutup pukul 7.30, sempat ke ni? Ummi pun naik risau dah. Terus maklumkan dalam group kelas, minta maaf kemungkinan Adik Kakak sampai lewat ke sekolah hari ni. Pukul 7.20 Adik call bagitau sampai Greenwood. Ummi pasrah 😅

Then Walid bagitau depa sempat sampai, 2 minit sebelum pintu pagar tutup. Alhamdulillah.

Ada accident rupanya :( 

Apapun syukur, sampai dengan selamatnya. Nyaris² dah nama kena ambil sebab sampai lambat tapi alhamdulillah awal 2 minit. 

Bekal untuk Kakak hari ni. Baru nak berjinak² sediakan bekal semula, moga Ummi istiqamah 💪 Adik tak nak bekal, nak beli nasi lemak favorite dia. Tapi hari ni takde rezeki dia, dah lambat memang Walid tak singgah la beli kan... 

Ni pula pemandangan masa balik tadi. Ingatkan keluar lewat tak perlu hadap traffic jam, sekali sangkut juga. Sebabnya diorg yang nak ke kanan block lane orang yang nak jalan terus.  Kena tunggu traffic light diorang hijau barulah kami yang ikut jalan yang lurus ni boleh gerak sama. Macam² pe'el 😇

Sunday 5 May 2024

Beraya Lagi @ 25 Syawal

Rezeki hujung² Syawal, penuh jemputan beraya hujung minggu ni alhamdulillah. 

Hari Sabtu ada beberapa jemputan; 

1. Open House Surau


Hujan masa ni tapi gigih juga berpayung ke surau. Walid bertugas jadi kita bagilah moral support hihi.... 

Anak² ambik Nasi Hujan Panas, Ummi ambil lemang + rendang. Pulut kuning, sate kongsi² je... 

2. Open House Ustazah

Ustazah R, jiran sebelah rumah kami dulu jemput ke rumah depa di Sg Buloh. Dari Sri Gombak ke SB sejam pergi, sejam balik. Jalan sesak sebab ramai masih beraya :D 

Kawasan orang have² :D 

2x repeat Agar² Santan & Agar² Sirap lejen ni. Ustazah sendiri buat agaknya, rasa sedap macam airtangan orang tua²... 

Rapat dengan Ustazah jadi memang santai je la budak² ni pun...makan sambil layan movie... Masa nak balik tu Cik Leha & Cik Ana sampai. Sambung lagi sembang :D 

Adik tumpang bergambar depan rumah cantik ni... Seronok kejiranan ni, tak crowded. 

3. Open House Uncle Shah

Shaq hantar invitation ni, utk kawan² sekelas dia. US pun ada PM Walid. Ummi & gegirls tak pergi, sampai rumah pun dah dekat pukul 7. Walid je singgah tunjuk muka sebelum pergi surau. Kakak dah pergi beraya dah di rumah US sebelum ni jadi tak ralat sangatlah walaupun tak pergi. 

Ikutkan Walid ada 2-3 jemputan lagi dari surau² berdekatan, tapi dah ada AJK lain pergi, ada wakil oklah. 

Alhamdulillah atas rezeki dari-Nya. 








Saturday 4 May 2024

Mandi-Manda di Lata Bayu

Sementara Ummi merewang di masjid, Walid bawa anak⁴ ke Lata Bayu. Dekat je kan dengan homestay kami sewa tu. Ikutkan di seberang jalan homestay tu ada satu lagi tempat mandi-manda tapi tutup masa ni. Lubuk Terap Campsite namanya, yang mana Ummi Walid pun kenal pemiliknya. 

Depa mandi kat bawah je ...
Ummi dulu² naik atas, bawah² ni tak pandang pun 🤭 Ada satu port kat atas tu kita boleh duduk bawah air terjun. Sakit juga badan kena timpa dengan air terjun tu tapi best haha... 

Merasa jugalah anak⁴ mandi air terjun. Ada rezeki kita piknik kat sini nanti. 

Friday 3 May 2024

Orang JB Mai Beraya @ 24 Syawal

Kawan sekolah rendah Walid, Uncle Wadi sekeluarga datang beraya malam tadi. Jemput sekali Uncle Ajis yang tinggal berdekatan. UW sekeluarga dari JB, balik beraya di rumah orang tuanya di Rawang. Beliau orang kuat sebuah jabatan kerajaan, baru dapat cuti raya. 

Ummi masak;

Nasi Beriani

Lauk Ayam Masak Bawang dan Dalca Sayur serta Papadom. 

Hidang juga Kek Pisang dan kerepek². Kuih raya dah tinggal serdak 🤭

Seronok layan si kenit ni...
Teringat cucu saudara Ummi, rambut pokok kelapa tu trademark dia 😁

Duit raya dari UW. Comel kan sampul raya Grab ni... 

Alhamdulillah selesai untuk malam tadi. Last kot untuk Syawal tahun ni. Ikutkan hari ni ada yang nak datang beraya tapi jadual kami full. Alhamdulillah rezeki open house bersusun untuk Sabtu Ahad ni. Sabtu minggu depan pun dah penuh. Sibuk ala² PMX :p 


Thursday 2 May 2024

Homestay Rumah Seri Bayu, Baling, Kedah

Balik beraya di kampung Ummi tempohari kami menginap di Rumah Seri Bayu yang letaknya tak jauh dari Lata Bayu, air terjun yang terkenal di Kedah. 

Cantik rumahnya, banglo setingkat dalam suasana kampung. 

Ada 2 unit studio/bilik bersebelahan. Kami pilih rumah sebab ada kemudahan memasak dll. Ummi  tak masak pun (eh, ada sekali masak nasi, guna PC sendiri) tapi ada dapur ni senang sikit.  Nak makan pun proper sebab ada meja makan, pinggan mangkuk, peti ais dsbnya. Fully furnished. Rumah ni pun ada 2 bilik, sesuailah untuk kami yang ada anak remaja. 

Lawa homestay ni. Banyak port nak OOTD :D 
Actually petang raya kedua  tu ada juga kami perasan ada budak² muda, mungkin orang situ dok OOTD 😁 Dengarnya owner pun orang kampung ni juga tapi menetap di luar. Rumah keluarga ada di belakang homestay ni. Mungkin homestay ni dibina atas tanah keluarga juga. 

Kadar sewaan. 

Alhamdulillah secara keseluruhan kami puashati stay di sini. Owner pun baik, bagi kami extend sampai lepas Jumaat masa checked out. Minta keluar lewat sikit sebab Walid dan boys nak solat Jumaat dan Ummi & girls pun bolehlah solat dan bersiap² sebelum ke reunion sekolah rendah Ummi tu. 

Terima kasih daun keladi, ada rezeki jumpa lagi. 

Homestay Rumah Seri Bayu 
Lata Bayu 
09100 Baling 
Kedah Darul Aman



Resepi Syawal ~ Puding Kastard Koktail

Puding Kastard Koktail ni Ummi buat asalnya untuk jamuan raya potluck PIBG SRAI Sabtu lepas, usai Majlis Muafakat UPKK & PSRA. Tapi kastard yang Ummi masak tu agak lembik, jadi Ummi jadikan dessert untuk kami anak beranak je. 

Puding Kastard Koktail 
Sumber: Rasa

Bahan-Bahan (boleh pelbagaikan ikut selera):
Nata de Coco
Buah dalam tin 
Sumi 
Laici tin 

Bahan-Bahan Kastard:
1 cawan tepung kastard 
4 cawan air
4/5 tin susu pekat manis – (kalau nak manis sikit, letak 1 tin susu pekat) - Ummi letak +-1 cawan

Cara Penyediaan:
1. Satukan semua bahan kastard, sebatikan kemudian buka api.
2. Kacau sentiasa sehingga mendidih. Masak lama sedikit anggaran 5-10 minit selepas mendidih.
3. Masukkan terus dalam bekas dan biarkan ianya keras di luar (20-30 minit). Kemudian simpan dalam peti ais.

Bahan Kuah:
1 tin susu cair
2 tin air - sukat guna tin susu cair 
Sedikit air buah dalam tin
Sedikit gula
1 sudu teh esen vanila
½ tin susu pekat manis - letak dlm ¼ cawan (adjust ikut nak manis takat mana) 
1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air

Cara Penyediaan:
1.Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih anggaran 2 minit. Padamkan api. Biarkan sejuk seketika.

Cara Hidang
1. Untuk menghidang, letak sumi, laici, buah dalam tin, sumi dan nata de coco dalam bekas bersesuaian.
2. Potong kastard yang telah mengeras tadi. Saiznya ikut kesesuaian. Jangan terlalu besar.
3. Tuang kuah yang dimasak tadi. Sejukkan sebelum dinikmati atau boleh juga hidangkan bersama ais. 

Selamat mencuba 🤗 



Wednesday 1 May 2024

Cuti 1 Mei

Selamat Hari Pekerja semua! 

Cantik tema Hari Pekerja tahun ni. Nak tau maksud kesuma/kesuma bangsa tu sila Google 🤗 Yang pasti Ummi suka kalau guna bahasa Melayu klasik sebegini, auto terasa bangga kekayaan bahasa kita. 

Banyak juga aktiviti hari ni. Sebab masih dalam bulan Syawal, ramai ambil peluang buat rumah terbuka. 

Antaranya masjid kariah kami. 

Walid bertugas jaga kaunter sate. Dapat jugalah kami merasa sebab Ummi & gegirls tak ikut. Walid naik motor je, malas nak berebut parking dan nak elak traffic jam

Gerai sate dapat anugerah Gerai Popular & Tercantik. Tumpang bangga :D  

Untuk lunch Ummi repeat masak Nasi Ayam sebab hari tu tak puas makan 😆 

Nak ke asrama sekejap tapi belum keluar Sri Gombak dah 'sangkut' 🤭

Setel urusan anak² di asrama patah balik ke rumah sebab Cg NAAZ, bekas guru kelas & guru BoJa Kakak buat open house. Alhamdulillah rumah Cikgu yang terbakar tahun lepas dah selesai dibaikpulih. Setahun juga kalau tak silap mereka menyewa di luar. 



Hujan lebat masa sampai di rumah Cikgu. Nampak ada sup dan roti, terus ambil. Hujan² ni memang layan la hirup sup kan...

Ummi nampak Ketupat Palas Kelantan, amik juga 2 biji. Bukan selalu jumpa ni... 

Versi inti serunding, mabeles! 
Hari tu nampak Mama Tisya post, hati terus gundah haha ... Mana la nak cari ketupat ni ...
Ummi pernah makan sekali dua sebelum ni. Alhamdulillah hari ni Allah bagi rezeki makan Ketupat Palas Kelantan ni. Beza dengan Ketupat Palas Utara, KPK ni pulutnya (bahagian putih) tu pun manis. KPU pula rasanya lemak masin² gitu. Apapun rasanya, masing-masing ada keistimewaannya dan jadi kegemaran Ummi. 

Terima kasih daun keladi Cikgu jemput kami 🤗

#Adik pakai shawl Walid beli :D